Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

Notis 2

Assalamualaikum...

Memandangkan bulan Jun adalah bulan yang
teramat sibuk,saya bercadang nak menamatkan
Kuiz Soalan Terkumpul sehingga Jumaat minggu
terakhir bulan May ini.

Mungkin inilah kuiz terakhir dan tanda selamat
tinggal saya untuk kawan-kawan blogger.
Mungkin...

Harap Maklomat :P



Thursday, May 5, 2011

Contest Selamat Hari Guru,Cikgu!

Assalamualaikum...

Mencelah jap...Sementara lapang ni saya nak memenuhi
jemputan dari sahabat blogger iaitu IMANSHAH untuk
menyertai contest pertama anjurannya.Saya pun bercadang
nak buat contest pertama nanti so kena la bagi sokongan
kat kawan2 supaya mereka menyokong saya plak nt..heheh..


Syaratnya mudah sahaja:


1) Buat satu entri bertajuk CONTEST SELAMAT HARI 
GURU, CIKGU! - ok

2) Kalau sudi follow lah HOK SENGOTI. Tiada paksaan. 
-dh lama follow

3) Jangan lupa letakkan banner contest ini.
-done


Oleh kerana kesuntukan masa,saya x dan nak creat
ucapan baru...Saya amik ucapan hari guru yang saya
cetak dalam kad hari guru utk semua guru2 saya tahun
lepas jer...Ucapan ini tidak ditiru dari mana2
pun yer..Sebab tu ianya x indah..xpe,janji ikhlas,yer dak?



Buat Ustaz/Ustazah/Cikgu/Sir/Teacher/Lecturer..

Kamu bukan lilin..
Kerana...
Api lilin akan padam pabila ditiup angin..
Cahaya lilin akan hilang pabila habis sumbunya..

Hakikatnya

Kamu ibarat matahari..
Yang menyinari siang..
Dan meminjamkan cahayamu kepada bulan
Buat menerangi malam...

Cahayamu kekal menyuluh kegelapanku
Sinarmu takkan hilang..

Dan hidupku takkan suram..
Selagi ilmu yang kau curahkan 
Tersemat di dalam sanubari..

Keikhlasanmu kuhargai..
Jasamu kusanjung tinggi...

Selamat Hari Guru,Cikgu!








*** Terlanjur dah join contest ni kan,saya nak ucapkan
Selamat Hari Guru buat semua guru2 yang pernah
mendidik saya sejak bayi (mak dan ayah),kakak2 saya,
guru2 skolah rendah,menengah,guru agama,dan sesiapa sahaja
yang pernah mencurahkan ilmu kepada saya walaupun
hanya sebaris ayat..termasuk la blogger2 yang banyak
berkongsi ilmu dalam blog mereka...Terima kasih,
ikhlas dari sudut hati ini...Selamat Hari Guru juga buat
Imanshah,Cikgu Aida KW,Cikgu Sham,Ustaz Mitos,
Mr V dan semua blogger yang bergelar guru..
 (touching nih..sob :'(  )


*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

** kembali bz...nt ada masa baru saya jenguk kwn2 erk..


Rasulullah SAW telah bersabda: 

"Akan datang atas umatku dimana mereka memyukai lima hal. 

Mereka suka pada dunia dan melupakan akhirat. 
Mereka suka pada harta sehingga melupakan hari hisab. 
Mereka cintakan makhluk sehingga melupakan Khaliknya. Mereka suka berdoa, tapi lupa bertaubat dan... 
Mereka suka rumah dan lupa pada kubur."

Tuesday, April 26, 2011

Terima Kasih Semua... :)

Assalamualaikum...



Minggu lepas sangat seronok..macam minggu bertuah
saya plak...


1- Dapat tengok Sheikh Dr Abd Rahman Al Sudais secara live!

Mekasih kawan2 yang merealisasikan impian saya sabtu lepas..
Gila ah...berpeluh ketiak kawan saya bersesak2 ngn orang
ramai...sayup..xkan nak cakap ketiak saya plak kan..huhuh..


2- Menang tempat pertama GA blog Kak Reen...

Seronok gila ah...dapat tirai cun adiah GA ni..
Unik cara Kak Reen memilih pemenang...Alhamdulillah,nombor
saya yang naik..huhuh...Ramai sungguh yang join...
Semua sporting...Pestaim join GA..Dah banyak
kali kena tag tapi x pernah join..Tak sangka plak
ade tuah..Pasni kalau ade rakan2 blogger rapat yang anjurkan
kompem saya join..Bukan kuar modal pun..huhuh
Boleh merapatkan ukhuwah sesama blogger lagi..
Mekasih yer Kak Reen..Semoga dimurahkan
rezeki pastu boleh buat GA lagi,dan lagi..dan lagi... :D



3- Menang contest blog Komensen

Syiokkk giler pestaim menang contest..Kali kedua saya 
join contest..yg pertama dulu anjuran Uncle Hamzah gak,
saya dapat tempat ke-3 masa tu..Kali ni saya x mengharap
sangat..sebabnya penyertaan lain semua hebat2..Tahniah
buat semua peserta sebab sporting...Sangat meriah...
Masa Uncle umumkan pun saya x pasan..Pagi smlm
pas sahur saya buka blog, blogger En.Azani gtau saya menang motor
Wahhh...seronok gila...orang x penah menang katakan..huhu
Hadiah kemenangan tu dah selamat sampai ke tapak tangan
saya yang gatal sejak minggu lepas..
Mekasih Uncle n Makngah..Semoga dimurahkan rezeki
dan bahagia berkekalan..Aminnn...

Alhamdulillah...





Terima kasih gak buat blogger Sahrom Nasruddin kerana 
sudi menunaikan permintaan saya dgn menerbitkan n3 INI...
Banyak komen2 bernas dari pengomen tegar blog beliau
Blog beliau memang ramai pengomen..


Sedih sebab beliau mengundurkan diri dari dunia blog
Harap2nya berehat sekejap jer la yer...Banyak info dan
ilmu yang saya dapat dari blog Probitas Et Fides selama
ni... :'(   Semoga beliau kembali aktif nanti..




Salam Hormat,

Thursday, April 14, 2011

Contest Kedua Blog Al-Lavendari

Assalamualaikum...

Wahai orang-orang kampung semua.....
Uncle Hamzah buat contest kedua sempena ulangtahun 
kelahiran Makngah pada 13 April..Meh la join beramai2...
Menang kalah belakang kira,janji kita bagi sokongan yer dakk..
Moh...


Syarat-syaratnya sila rujuk di blog KOMENSEN yer..


Pak Ngah : "Hallo..ayong...ekau x balik rayo ko? Omak kau masak
rondang ayam kampung salai ni haa..tapi ayah dah abehkan semuo..
Podeh yong..sodap bonar..Ekau balik nanti suh omak kau masak 
dua ekor laie yo..Ayah raso mcm nak makan laie..nak mintak omak kau
 masak lain ayah dah malu plus takut omak kau membebel...burrppp..
alhamdulillah.."

Mak Ngah : "Hallo Cik Tipah..mai la datang beraya umah chek..
Chek masak rendang ayam kampung salai ni ha...khas untuk
hangpa satu keluarga..mai la datang ..Ajak ahli group marhaban 
kita yang llain tu no..Chek tunggu ni..Chek nak pi dapoq 
tengok rendang sat..nak bagi perangat sket untuk hangpa.."


Pe lagi Uncle...lariiiiiiiikkkk..

Monday, December 13, 2010

Contest Pertama Blog Al-Lavendari

Salam...

Dengan lafaz Bismillah...saya menyertai Contest Pertama 
Anjuran Uncle Hamzah  a.k.a Al-Lavendari sempena genap 
300 orang follower blog beliau.Ini kali pertama saya join 
mana-mana contest sejak menceburkan diri dalam dunia 
blog ini.Sebabnya,saya tak dapat menahan diri untuk berangan 
'menyopping' dengan hadiah RM300.00 jika menang dalam 
contest ini nanti..Berbinau mata RM saya dibuatnya.Kali 
pertama Uncle buat contest,juga kali pertama saya join contest.
Harap-harapnya saya la pemenang pertama..eeewahhh :P




Saya mula terjebak menjadi 'penagih entri' di blog Uncle 
Hamzah sejak pertengahan tahun 2010 ni..Baru lagi..Hikmah 
di sebalik contest ini saya dapat mengenali beliau dengan 
lebih dekat dengan mengkaji entri beliau sejak dari entri pertama.Sejujurnya,saya jarang komen entri  beliau,selalunya 
saya baca jer ala2 'silent reader' konon.


Wajah Kesayangan MakNgahnya :)





Apa yang membuatkan saya suka baca entri beliau adalah 
kerana lawak selambanya persis Arwah Ayahanda saya.
Persamaan mereka,muka tegas..(sumpah x gaya rupa pelawak) 
makin tengok makin takut..hikhik..:P  Lawak mereka selamba 
jek.




Ok,ini syarat-syarat penyertaan:








Kata Uncle :

"nyatakan nama negara luar yang pernah saya
pergi / tajuk entri yang berkaitan / tarikh ia disiarkan".

(Jika lebih dari satu entri untuk satu negara yang pernah saya pergi, memadai dengan menyebutkan satu entri sahaja sebagai dalil) - DONE

Contoh Jawapan:


1. Indonesistan / Jalan-jalan di kebun buaya tapi tak jumpa / 31 Ogos 2010


2. ...... , dan seterusnya.

1.        


Terma dan Syarat.



A. Yang Wajib.
1. Buat satu entri tentang contest ini dan linkkan ke blog ini. -DONE

2. Lekatkan banner di atas dalam entri tersebut dan juga di sidebar dan biarkan di situ sehingga keputusan disiarkan.-DONE (puas dah 
cuba besarkan size banner kat sidebar tu..x reti dah :( )

3. Mesti menjadi follower. Kalau belum, sila jadi follower dahulu.-DONE 
(follower ke 100++..x ingat dah)


4. Jawapannya hendaklah diberi di ruangan komen entri ini sahaja.-DONE

5. Tag 3 rakan blogger anda untuk turut serta. - DONE

 ZELLA





B. Yang Di Larang.

1. Anak-anak dan saudara-mara al-lavendari tidak dibenarkan menyertai contest ini.





C. Yang Lain-lain.

1. Kalau ada jawapan betul yang sama, jawapan yang mula-mula diterima akan dipilih. - alaaa... :'(

2. Tarikh tutup kontes ini adalah 10 hari dari sekarang dan pemenangnya akan diberitahu dalam blog ini.

3. Pemenang akan dipilih oleh saya sendiri kerana sudah pasti saya tahu ke mana saya sudah pergi.


p/s - mulanya saya nak tunggu last minute baru 
publish sebab saya takut ada yang ambil jalan mudah 
dengan meniru hasil kajian saya dari blog Uncle nih 
pastu join contest ni..Rupanya saya silap faham,jwpn 
hanya perlu diberi dalam kotak komen pada entri contest 
tersebut.Jadi,tiada risiko jwpn ditiru hokay!
hooyeaaahhhh... :D Rugi plak join lambat...Uncle cakap 
jwpn yang diterima dulu akan dipilih sbg pemenang..
Tipis peluang saya.. :P


Pasrah :(







Salam Hormat,