Showing posts with label Football. Show all posts
Showing posts with label Football. Show all posts

Wednesday, November 7, 2012

Selera Sedih

Sedih ~ Asnl 2-2 Schalke
dah elok leading 2-0..hmmm



Selera ~ sikit pun x terjejas..muahahaha



Bersiaran langsung dari IPGM Raja Melewar,Seremban.
Dua hari dah kat sini...esok last...





Monday, November 21, 2011

Apekeheynyer...???

Assalamualaikum...

Nyibuk sini kejap...

INI ADALAH LUAHAN PERASAAN SECARA AMAN!

Nengokkan perkembangan team2 lawan rase
geram gak dgn penyusutan team 'cursor' saya
tuh..Arghhhhh....

Team lain berbelanja mewah beli pemain yang
berbaloi,ko plak dok lepaskan pemain2 bintang
ke team lain...

Dulu boleh la bagi alasan berjimat cermat sebab
nak gantikan Highbury yang dah uzur,tapi skang
dah ade The Emirates yang tersergam indah
pun still nak kedekut lagi...

Ape ke*****nye???
(Tetiba ade gambor dia..)


Come on Gunners,bangkit wei!!!

Dengan 'Kose Bulannnn'...
BERTINDAKKKK!!!!


Raya pose aritu sungguh tragis sebab
korang baru jer kalah ngn setan merah tu 2-8..sob..
Mase amik gambor time raya,anak2 buah
x kira 1,2,3 mcm besa tapi dorang kira
8,2 seblom snap pic...ade ke patot????

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Tahniah Angah Aliff sebab berjaya
mengutip 1B dalam UPSR..
Hehehe...xde rezeki nak dapat
ipad kan...opss...apad jer...

 Watak2 di atas menayangkan
result Angah 4A 1B..hehehe
Jahat tau! (nada gedik)

2x5 jer senornye..

Takpe Angah,UPSR jer kot...
Jangan sedih yer...
Ape2 pun,kami tetap bangga dengan 
Angah..!!! Angah still yang terbaik
antara yang terbaik!!!!
Tahniah.

Mintak adiah dengan 'Paduka Nenda'
yep.Kalau boleh bior le adiah
yang boleh di'share'..hehehe ;p

 Sedih kejap jer dak ni..dapat pizza ilang
sedih...

Burpp...Alhamdulillah...


Salam Sayang,

Tuesday, July 26, 2011

Gol Safiq Rahim - Malaysia vs Liverpool

Liverpool Asian Tour 2011

Malaysia 3 - 6 Liverpool
16 July 2011


Gol hasil dari 'free kick' yang sangat
cantik dari Kapten Malaysia,Safiq Rahim..
Malangnya beliau tidak dapat bermain
menentang Singapura di Kuala Lumpur
bagi perlawanan timbal balik akibat
digantung perlawanan kerana menerima
kad merah..Fuhhh..panjang ayat!


Harimau Malaya x biasa main kat padang tiruan
Susah nak agak arah lantunan bola..
Kita tunggu aksi kat padang rumput
di Bukit Jalil nanti...!! 
Go..go..Harimau Malaya!!!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~**~*~
Segmen 'Timkai aa' ??

Kenapa orang yang menombong diri dan bongkak
digelar sebagai hidung tinggi walaupun ada
di antara mereka berhidung kemek mcm saya..
kihkih :P


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*



n3 autopublish untuk seminggu ni..
Ade komitmen yg x dapat dielakkan..
Minggu depan saya ziarah balas..
TQ singgah... :)



Monday, July 25, 2011

Gol Didier Drogba - Malaysia vs Chelsea

Chelsea Asian Tour 2011

Chelsea 1 - 0  Malaysia XI
21 July 2011


Lambat post n3 ni...
Better late than never..
Pangkat 'pR' dah turun..
Paham2 jelah nape byk n3 x popular
pasni...


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Segmen 'Timkai aa' ??

Kenapa orang kedekut digelar 'taik idung masin' ?

Mesti jimat belanja dapur orang2 macam ni kan
sebab x payah beli garam..kuikuikui :P


~*~*~*~*~*~*~*~*~



n3 autopublish untuk seminggu ni..
Ade komitmen yg x dapat dielakkan..
Minggu depan saya ziarah balas..
TQ singgah... :)

Monday, July 18, 2011

Sudah Terang Lagi Bersuluh!

Gambar : anamarzablog.com


PERHATIAN!

(Jerit kuat2 atas bukit sambil cekak pinggang)



Imanshah


Mr Vampire

Mario  ( ko fan liberpul kan?)
Afiq


Angah Faruq

Yus

Leen

Cerra

Chris



Malaysia vs Arsenal =  0 - 4

Malaysia vs Liverpool = 3 - 6


Sudah terang lagi bersuluh...
bahawasanya...
Arsenal jauh lebih hebat dari Liverpool!!
Yieehaaaaaaaaaaa...........


Jangan mara aaa.... :P


(Lari laju2 nyorok balik pokok sambil tutup tinga)

Hahaha...korang menjawab ke? X dengar.. X dengar...kihkih :P



TAHNIAH Datuk K Rajagobal dan  Harimau Malaya!
Kami bangga dengan prestasi anda...


Tahniah juga pada penyokong yang memakai jersi Liberpul
kerana ternyata walaupun luarannya anda adalah AYAM,
tapi dalam hati tetap HARIMAU... :P


*** Selamat Berpuasa kepada yang berpuasa esok.



Saturday, July 16, 2011

Mari Pakai Baju Kuning!!!

Assalamualaikum.....

Gambar : jaguru-ohyeah.blogspot.com

Jom rakyat Malaysia,kita pakai baju kuning petang ni.
Err,maksud ai,jersi Harimau Malaya kaler kuning tu yer.
Jersi biru pun ok.


Tau la awak tu 'kipas susah mati' Liberpul.
Tapi agak2 la kan.Kalau nak sangat pakai campur2.
Jersi Liberpul,sweater kuning Harimau Malaya atau
jersi Harimau Malaya,topi Liberpul.


Ala,friendly match jer pun...Bukan senang nak
tengok kelab ternama bermain kat tempat kita kan.
Kalau boleh nak dua2 menang.Liberpul datang pun
dapat duit.Harimau Malaya lak jadikan perlawanan
ni sebagai medan latihan berdepan Singapura x lama
lagi untuk kelayakan Piala Dunia.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Gambar : Harian Metro


KETUA jurulatih negara, Datuk K Rajagobal menggesa peminat tempatan mempamerkan semangat patriotik apabila hadir menyaksikan perlawanan persahabatan Harimau Malaya menentang Liverpool petang ini.
Pengendali yang menjulang Piala AFF 2010 dan pingat emas Sukan Sea 2009 itu jelas kurang senang dengan suasana ‘Gelombang Merah’ yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil ketika menentang Arsenal pada Rabu lalu.

“Saya mengharapkan mereka akan lebih patriotik kali ini. Saya menasihatkan mereka untuk memakai jersi biru (jersi kedua Malaysia) namun saya tidak melarang mereka untuk menyokong kelab luar.
“Saya tidak faham dalam keadaan genting seperti ini kenapa mereka tidak menyokong skuad negara. Mereka perlu berfikir dengan bijak untuk membandingkan pasukan mana yang lebih penting untuk disokong,” katanya.

Tambahnya ia mungkin memberi impak positif untuk pemain negara bangkit memberikan tentangan kepada lawan, malah pemain luar (Arsenal) memuji aksi pemain negara yang menggambarkan permainan Malaysia bagus pada separuh masa pertama.

“Gol mudah dan sepakan penalti pada peringkat awal mengubah permainan. Peminat perlu faham Malaysia adalah negara mereka namun bukan semuanya bersikap seperti itu kerana ia membabitkan sebahagian peminat saja,” katanya.
Rajagobal menggalas tugas berat petang ini untuk mengembalikan semula rentak sebenar permainan Harimau Malaya selepas aksi hambar menentang Arsenal sehingga diaib dengan kekalahan 4-0.


Berita selanjutnya : Harian Metro




Wednesday, July 13, 2011

Malaysia vs Arsenal ~ Keputusan Perlawanan Persahabatan

Terkini...


Arsenal 4 (Ramsey '5, Walcott '36, Vella '59, Rosicky '90)
Malaysia 0







 Gambor bila dibesorkan jadi pecah..
Sayup jek..tiket paling murah ker? :P

 Ryo Miyaichi taruhan musim baru...
Dah bagi pinjam,amik balik..
Harap2 dah semakin berbisa..




Tq Makcik Senah sbb bagi gambo ni..
Orang gi stadium pun x dapat gambo clear gini..
Maklumlah,tiket paling murah kan..

Hapdate via blekberi Makcik Kiah!



Wednesday, June 29, 2011

Keputusan Malaysia vs Taiwan ~ Pusingan Pertama







Skuad Malaysia memenangi perlawanan pusingan
pertama kelayakan Piala Dunia dengan menewaskan
Taiwan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar
tadi.


Malaysia mendahului 1-0 ke pada minit ke-28
hasil jaringan Safiq Rahim.


Gol kedua pula dijaringkan oleh Mohd Aidil Zafuan,pada 
minit ke-55.


Gol Taiwan pula dijaringkan pada minit ke-76 oleh
Chen Po Liang.


Di akhir2 perlawanan nampak macam pemain pertahanan
sambil lewa jek..Byk bagi ruang utk penyerang Taiwan mengatur 
gerakan serangan.Marah tol Dato' K . Rajagobal tadi.Kalau
saya ade kat situ siap la dorang ni kena carut baling ngn botol
air mineral..hakhak...Ampun,jgn percaya..Saya x pernah wat gitu.


Dah agak2 tinggal 10 minit baki perlawanan baru la pemain
Malaysia bangkit dari pengsan.


Namun usaha menambah gol gagal..




*** 2-1 bukan keputusan yang selesa... :'(
Harap2 Taiwan x guna bomoh masa pusingan
kedua kat Taipei ahad nanti..hakhak... :P




***Dalam masa dua minggu ni saya memegang status 'pelarian'..
Terpaksa la tgk bola kat umah jek...sob.. :'(

Tuesday, June 28, 2011

Tiket Perlawanan Malaysia vs Taiwan Dijual Esok


Assalamualaikum...




Untuk makluman penyokong setia Harimau Malaya:



2011/06/28

TIKET untuk perlawanan pertama, pusingan pertama kelayakan Piala 
Dunia 2014  antara Malaysia dan Taiwan akan dijual mulai jam tiga 
petang pada hari perlawanan, esok. 

Perlawanan bermula jam 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Menurut kenyataan laman web Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), 
semalam, tiket terbahagi kepada tiga kategori iaitu RM30 untuk tempat 
duduk grand stand, RM20 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 
12 tahun.
Beliau berkata penonton boleh membeli tiket perlawanan di pintu kuning 
stadium berkenaan. 

Malaysia tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia sejak pertama kali 
beraksi dalam pusingan kelayakan pada 1974 di Jerman. 

Pusingan akhir Piala Dunia 2014 akan diadakan di Brazil. - BERNAMA 


Sumber : Berita Harian Online




*** tu dia...rega tiket grandstand 30 hengget jek..
Gi la reramai bg sokongan ke team kita.Better naik lrt
la weh..Untuk elakkan kesesakan dan bayaran parking.

Friday, March 11, 2011

Dua Dah Bungkus.. + Makan Kek Lagi...

Salam Jumaat Sidang Hadirin Yang Dirahmati ALLAH sekalian...


Tetiba rase mcm nak update blog...Nape tah..huhuh
Saya kuciwa..sob..:'( 



Lama dah x citer sal bola kan..hehehe..(kalah pun gelak)
Team paberet saya,Arsenal dah bungkus dalam saingan
Liga Juara Lagu Eropah..Bukan kalah oleh kehebatan Barca..
(statement cari pasal ngn Barca supporters..hikhik :P)
Tapi kami dikalahkan oleh Ref..ade ke patut? Tiada patut
di situ!! Ohh Collina..Collinaa...(nyanyi jap) hanya ko yang 
mampu menjadi ref yg adil!

Sehari kemudian satu lagi team pojaan hati saya kecundang
iaitu AC Mizal Milan...Terer sangat ke Spurs tu hah??
(cari pasal ngn Spurs Supporters plak..hikhik lagi :P)

Tinggallah Real Madrid yang menyambung harapan saya
untuk berlagak jika menang nanti..Go..go.. Casillas!!
Saya dah dapat bygkan muka2 yang akan mengeji saya
bila bersua nanti setelah dua team pojaan saya itu
kecundang di tgh padang...Siap ko Teh! (buat muke bengis)
Arsenal boleh tumpukan untuk merampas takhta liga
Inggeris jer skang ni.Chayok!!!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Besday di sane sini :

Ni gambar2 sambutan besday anak2 buah...Aritu
buat n3 sempena besday jek..gambarnye baru dapat
ni haa...(lembab sket jurukameranye..:P)

Angah Aliff : 1 Januari -  sambut di Kuarters KLIA jek..

Arisya menempel dgn muka penuh berhajat..


Arisya : 27 Februari - Lokasi sama ngn Aliff..huhuh

Afiq n Aliff plak menempel!


Mase balik kampung seminggu kemudian,kami
celebrate skali lagi...Gasak la ko adik..mentang2
cucu bongsu..

Kakak2ku..sila la branak lagi supaya si Arisya ni 
turun takhta..miahahahaha :P

kek dimasak dgn penuh kasih sayang oleh 

juadah serba ringkas dibeli di pasar malam...

Birthday girl x bape nak ceria sebab abah n abang2nye
x ikut balik kampung...Sepupu2 dan makcik2nya yang 
terlebih ceria..hukhuk..


Mekasih Makngah sediakan kek,Along Faris yang
membeli-belah juadah n Angah Faruq yang banje
ice blended! 20 May ni b'day Mak Andak pulak yer.
Sila amik perhatian..hikhik...

Wednesday, December 29, 2010

We Are The Champion!!!

Salam...

Tahniah pasukan bolasepak Malaysia yang julung2 kalinya
menjuarai Piala AFF - Suzuki 2010.Walaupun tewas 1-2 tapi
ditabalkan juara dgn agg 4-2...Terliur ai tengok keta
idaman ai kat blakang gol tu td..Lama dah ngidam Suzuki
SX4...huhuh..sob..


Senarai penjaring gol:


Safee Sali, m53 (MAS)
Mohamad Nasuha, m71 (INA)
Muhammad Ridwan, m88 (INA)








Wajah2 Gembira Juara Piala Suzuki AFF 2010


Awal2 lagi penyokong Indonesia dah melaser yer..hehehe
Tanpa pemain asing yang diberi kerakyatan pun kita mampu 
menang! BANGGA!! (otomatik idong ngembang neh..) 
Tahniah K.Rajagobal!!




K.Rajagobal yang sentiasa cool..
Bulan 10 thn depan p Pekan amik pingat... :P




Bukan senang nak bertarung kat Indonesia tu.Ai mmg
dah agak kita xleh menang.Tapi yang bangganya,dua
perlawanan menentang Indonesia di tempat lawan
Malaysia berjaya jaringkan gol.Itu yang penting.Mereka
x berjaya jaringkan gol di Bukit Jalil.




Top Scorer : Mohd Safee Sali



Sesak napas tengok Kapten Indonesia amik penalti tadik.
Sib baik Fahmi tu bijak meneka arah sepakan encik 
kapten itu.Baru 21thn,syabas Fahmi! Panjang lagi perjalanan
anda.Bertuah skuad Kelantan.


Naib Juara Piala Suzuki AFF 2010 - Indonesia
Tahniah sobat! Xde la teruk sgt penonton Indonesia..
Siap tepuk tgn lagi mase Malaysia diumumkan
sbg Juara.




Tahniah juga kepada FAM,Kementerian Belia Dan Sukan,
dan terutama kepada Ultraman Malaya yang setia menyokong
x kira mase kalah atau menang.Andalah tulang belakang
skuad juara ini.Yang nyatanya,jika kita fikirkan boleh,pasti
kita BOLEH! Kekuatan mental amat penting.Cepat2 la
agihkan adiah USD100,000 tu yer.Jangan lupa pas kat
Ultras Malaya sket.. :P


Nak menunjuk sket:


Rio Ferdinand update twitter beliau n ucpkan
tahniah pada pasukan Malaysia..sila klik utk
tumbesaran..Ini bkn bermakna ai sokong MU
plak yer..hahaha




-- Nak amik semangat Harimau Malaya ni untuk
mengharungi tahun 2011 yang penuh cabaran.Ape
saja azam kita pasti tercapai jika diiringi usaha dan
kekuatan mental...Semoga segala urusan kita 
dipermudahkan olehNYA.InsyaALLAH.






Aummmmmm...