Mencelah jap masa tengah lapang neh...
Maaflah jarang ke blog kawan2 skang ni.
Sibuk sikit...
Aritu ada blogger tanya,apa kena ngan kaki
saya ni.
Kisahnya,saya risau sebab lama dah x bersenam
secara konsisten,banyak komitmen pada kerja skang ni.
Tapi makan tetap pulak konsisten.Ajaib sungguh...huhuhu...
Makanya banyak la lemak yang diternak sebulan dua ni.
Komen ini menyedarkan saya bahawa selama
ini saya menternak sesuatu yang tidak sihat dan
tidak mendatangkan hasil melainkan penyakit
semata2...
Lalu saya membeli 'menatang' ini...
Inilah puncanya! Tengah melompat2 tu
kaki saya tersalah landing atau dengan kata
saintifiknya 'terpelecok'.Sakitnya ya ampun!
Meraung sorang2 di tempat kejadian..
Dalam masa yang singkat jer kaki saya
membengkak dan lebam.
Walaupun sakit,saya langsung xde masa nak merawat
dan memanjakan kaki saya nih.Esoknya dah memandu
dari Sepang-Pekan.Makan ubat tahan sakit jer.
Dua tiga hari pastu memang bz uruskan hal2 penting.
Baru sehari dua ni la saya lapang sket.Selalu sapu
minyak pada tempat yang terseliuh dan sebelum
tidur saya balut kaki dengan daun tembaga suasa
yang dilayur dengan api.Mudah-mudahan sembuh
seperti sediakala.Jangan harap la saya nak gi berurut
walaupun disuruh berkali2.Saya memang penakut.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Sempat lagi singgah beli manggih kat Kuala Pilah
otw balik kampung aritu.Tekak saya diprovok bila
membaca status FB Uncle al-lavendari...huhuhu...
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Selamat Hari Lahir buat Angah Alif,
Ayahanda Wan Mahadi, Zarina Rashid
dan Idaly Musa pada 1 Januari lepas.
Juga Cik Kembang yang menyambut hari
lahir pada 3 Januari.
Buat semua - Semoga panjang umur,murah rezeki,
sihat walafiat,bahagia dan dirahmati ALLAH
selalu..Amin.
Kek bday Angah Alif..
Mcm besa,makngah buatkan.. :)
Tahniah gak buat Adik Mirah yang berjaya
memperolehi 8A dalam PMR baru2 ni.
Mak Andak sorang jer lagi blom bagi adiah
yep...hohoho... (muke x bersalah)
Stop sini dulu..Esok jangan lupa jawab kuiz
yep...
Si Kaki Bengkak,



























