Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts
Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Sudah Terang Lagi Bersuluh!

Gambar : anamarzablog.com


PERHATIAN!

(Jerit kuat2 atas bukit sambil cekak pinggang)



Imanshah


Mr Vampire

Mario  ( ko fan liberpul kan?)
Afiq


Angah Faruq

Yus

Leen

Cerra

Chris



Malaysia vs Arsenal =  0 - 4

Malaysia vs Liverpool = 3 - 6


Sudah terang lagi bersuluh...
bahawasanya...
Arsenal jauh lebih hebat dari Liverpool!!
Yieehaaaaaaaaaaa...........


Jangan mara aaa.... :P


(Lari laju2 nyorok balik pokok sambil tutup tinga)

Hahaha...korang menjawab ke? X dengar.. X dengar...kihkih :P



TAHNIAH Datuk K Rajagobal dan  Harimau Malaya!
Kami bangga dengan prestasi anda...


Tahniah juga pada penyokong yang memakai jersi Liberpul
kerana ternyata walaupun luarannya anda adalah AYAM,
tapi dalam hati tetap HARIMAU... :P


*** Selamat Berpuasa kepada yang berpuasa esok.



Saturday, July 16, 2011

Mari Pakai Baju Kuning!!!

Assalamualaikum.....

Gambar : jaguru-ohyeah.blogspot.com

Jom rakyat Malaysia,kita pakai baju kuning petang ni.
Err,maksud ai,jersi Harimau Malaya kaler kuning tu yer.
Jersi biru pun ok.


Tau la awak tu 'kipas susah mati' Liberpul.
Tapi agak2 la kan.Kalau nak sangat pakai campur2.
Jersi Liberpul,sweater kuning Harimau Malaya atau
jersi Harimau Malaya,topi Liberpul.


Ala,friendly match jer pun...Bukan senang nak
tengok kelab ternama bermain kat tempat kita kan.
Kalau boleh nak dua2 menang.Liberpul datang pun
dapat duit.Harimau Malaya lak jadikan perlawanan
ni sebagai medan latihan berdepan Singapura x lama
lagi untuk kelayakan Piala Dunia.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Gambar : Harian Metro


KETUA jurulatih negara, Datuk K Rajagobal menggesa peminat tempatan mempamerkan semangat patriotik apabila hadir menyaksikan perlawanan persahabatan Harimau Malaya menentang Liverpool petang ini.
Pengendali yang menjulang Piala AFF 2010 dan pingat emas Sukan Sea 2009 itu jelas kurang senang dengan suasana ‘Gelombang Merah’ yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil ketika menentang Arsenal pada Rabu lalu.

“Saya mengharapkan mereka akan lebih patriotik kali ini. Saya menasihatkan mereka untuk memakai jersi biru (jersi kedua Malaysia) namun saya tidak melarang mereka untuk menyokong kelab luar.
“Saya tidak faham dalam keadaan genting seperti ini kenapa mereka tidak menyokong skuad negara. Mereka perlu berfikir dengan bijak untuk membandingkan pasukan mana yang lebih penting untuk disokong,” katanya.

Tambahnya ia mungkin memberi impak positif untuk pemain negara bangkit memberikan tentangan kepada lawan, malah pemain luar (Arsenal) memuji aksi pemain negara yang menggambarkan permainan Malaysia bagus pada separuh masa pertama.

“Gol mudah dan sepakan penalti pada peringkat awal mengubah permainan. Peminat perlu faham Malaysia adalah negara mereka namun bukan semuanya bersikap seperti itu kerana ia membabitkan sebahagian peminat saja,” katanya.
Rajagobal menggalas tugas berat petang ini untuk mengembalikan semula rentak sebenar permainan Harimau Malaya selepas aksi hambar menentang Arsenal sehingga diaib dengan kekalahan 4-0.


Berita selanjutnya : Harian Metro




Wednesday, June 29, 2011

Keputusan Malaysia vs Taiwan ~ Pusingan Pertama







Skuad Malaysia memenangi perlawanan pusingan
pertama kelayakan Piala Dunia dengan menewaskan
Taiwan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar
tadi.


Malaysia mendahului 1-0 ke pada minit ke-28
hasil jaringan Safiq Rahim.


Gol kedua pula dijaringkan oleh Mohd Aidil Zafuan,pada 
minit ke-55.


Gol Taiwan pula dijaringkan pada minit ke-76 oleh
Chen Po Liang.


Di akhir2 perlawanan nampak macam pemain pertahanan
sambil lewa jek..Byk bagi ruang utk penyerang Taiwan mengatur 
gerakan serangan.Marah tol Dato' K . Rajagobal tadi.Kalau
saya ade kat situ siap la dorang ni kena carut baling ngn botol
air mineral..hakhak...Ampun,jgn percaya..Saya x pernah wat gitu.


Dah agak2 tinggal 10 minit baki perlawanan baru la pemain
Malaysia bangkit dari pengsan.


Namun usaha menambah gol gagal..




*** 2-1 bukan keputusan yang selesa... :'(
Harap2 Taiwan x guna bomoh masa pusingan
kedua kat Taipei ahad nanti..hakhak... :P




***Dalam masa dua minggu ni saya memegang status 'pelarian'..
Terpaksa la tgk bola kat umah jek...sob.. :'(