Showing posts with label Harta Pusaka. Show all posts
Showing posts with label Harta Pusaka. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Harta Pusaka Dan Wasiat

Assalamualaikum...





Dah dekat sebulan saya berada di kampung
menguruskan hal2 berkaitan harta pusaka...
Tu pun dah puas kena bebel dek mak dan
mak sedara sebab kami x pernah ambil peduli
selama nih...

Terutama kepada mereka yang tidak mempunyai
anak lelaki...Harap dapat baca n3 ini sebagai ingatan.
Saya kongsikan citer ni sebab nak ingatkan kawan2
semua,betapa pentingnya pembahagian harta pusaka
dan penulisan wasiat ketika masih hidup.Fakta menunjukkan
orang Melayu dan umat Islam di negara ini memang 
mengambil mudah tentang perkara ni.Banyak harta dibekukan
oleh Amanah Raya dan tidak dituntut hingga kini.


Saya pernah lihat kes tuntutan harta yang x setel
bertahun2 lamanya kerana tiada kata sepakat 
antara penerima pusaka yang layak.Biasanya ianya
melibatkan jumlah yang besar.Pemberian oleh pemilik
harta semasa masih hidup dapat mengelakkan masalah
perebutan harta kelak.

Act,arwah ayah saya dah tukar nama siap2 tanah hakmilik
beliau ketika masih hidup dulu...Itu dipanggil harta tak alih.
Maksudnya harta itu kekal disitu dan x boleh dialih2.
Kalau kereta,akaun bank dan saham2 tu pulak dipanggil
harta alih.


Cuma ade beberapa lot tanah lagi yang belum sempat 
ditukarmilik memandangkan ade masalah di lot2 tanah 
tersebut.Lagipun ayah saya pergi mengejut,jadi ianya
bukanlah disengajakan.

Salah satunya lot tanah di tengah2 bandar Kuantan,
ianya hadiah daripada bapa angkat ayah saya yang 
berbangsa cina,yang memberi tanah tersebut kepada ayah 
sebelum beliau berhijrah ke Australia.Tanah tu diduduki 
secara haram oleh sebuah keluarga Melayu dan kesnya masih 
belum setel semasa ayah saya meninggal dunia.


Ayah dah bahagikan siap2 tanah tu kepada kami
5 beradik cuma x meninggalkan wasiat secara sah.
Memandangkan kami semua perempuan,ada
masalah sikit mase membuat tuntutan.Kami terpaksa
mencari saudara lelaki untuk menguatkan tuntutan.
Jika tiada saudara lelaki,satu bahagian daripada
harta tersebut akan diserahkan kepada Baitulmal.

Bab ni kami ada masalah sikit sebab ayah pun cuma
dua beradik dan adiknya perempuan..Jadi saya tiada
bapa saudara di sebelah ayah.Mujurlah ayah mempunyai
sepupu lelaki di sebelah bapa saudara ayah.Terpaksa
la kami menyusahkan beliau untuk proses tuntutan
ini.Sekarang ni baru submit borang tuntutan.Banyak
prosedur nak kena buat bila dah jadi mcm ni.Kena p
bank ambil penyata terbaru akaun bank,penyata
saham2 lagi.


Sesiapa yang tiada anak lelaki,saya nasihatkan
buatlah pembahagian harta sekarang samada
terus menukar hakmilik ataupun membuat wasiat
dengan Amanah Raya.Jika tidak mungkin harta 
anda nanti akan jatuh ke tangan pihak lain.Kalau
sekadar dapat ke Baitulmal xpe lagi...Bagaimana
pula jika ade saudara lelaki anda yang tamak
dan merampas hak anak2 perempuan anda nt?
Kita xtau bila ajal kita sampai kan.


Di zaman serba memerlukan RM ni kerana harta ade
yang sanggup putus saudara.Bukan nak menghasut
atau menakutkan,tapi dah banyak kes tuntutan harta
tertangguh di mahkamah..Sanggup bawa ke mahkamah
sivil plak tu.Mohon ALLAH jauhkan sikap 'busuk'
ini dari kta semua.

Dalam kes ini kami sangat bersyukur kerana
mempunyai bapa saudara sepupu yang sudi 
menolong dan sangat bertanggungjawab.

Untuk menulis wasiat sila rujuk web Amanah
Raya Berhad.Kalau nak tukar hakmilik
tanah siap2,gi jer ambil borang di pejabat
tanah.




Untuk mengetahui turutan penerima
berhak ke atas harta pusaka mengikut hukum
faraid lihat di sini:


http://www.yousaytoo.com/pembahagian-harta-pusaka-islam-faraid/82701


Bagi cara menuntut harta pusaka yang x sempat
dibahagikan pula rujuk syarat2nya di sini :







To Be Continue...