Showing posts with label Persoalan Akal. Show all posts
Showing posts with label Persoalan Akal. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Pilih Harga Atau Kuantiti?

Assalamualaikum...

Hari tu saya beli bihun sup kat pasar malam.
Memang selalu beli dgn kakak tu.Sedap bihun
supnya.Tapi kali ni ada kelainan sket.Kuantiti
bihun berkurangan,supnya masih sama.Harga
masih RM3Cikgu Aida pun mesti pernah beli
bihun dgn kakak tu kan? Hehehe


Kalau dulu beli bihun sup tu bila makan mmg
kenyang giler la.Penuh mangkuk.Tapi mcm dah
kurang hampir separuh.

Ni la bihunnya..

Agaknya kerana nak mengekalkan harganya (di sebalik
kenaikan harga bahan mentah) maka kakak tu kurangkan
bihunnya.Tapi elok la bagi saya yang tengah diet ni konon
kalau makan sikit2 camtu.


Anda pula bagaimana? (mcm ayat Sahrom San plak..
huhuhu) Anda pilih harga lama dikekalkan dan kuantiti 
makanan dikurangkan atau anda pilih harga dinaikkan dan 
kuantiti makanan kekal?


Kumpul jawapan hingga minggu ketiga dan hantarkan 
kepada kakak jual bihun tersebut beserta slogan 'awat kakak 
kurangkan bihun........' tdk melebihi 20 patah perkataan.


Muahahahaha... 


sebal :( 




*** n3 utk amik ati nuffnang..ikutkan malasnye 
nak update tp ade 4 BE tgh joget2..













Sunday, January 16, 2011

Masuk Jawi Atau Tulisan Jawi.Mana Lebih Penting? :P

Salam...


Jangan pening2 baca tajuk entri ni ok..
Saya main2 aje..:P




Merujuk pada komen sahabat saya susulan n3 kempen
Berbahasa Melayu Dengan Betul semalam,saya rasa
terpanggil untuk membincangkan mengenai nasib
tulisan Jawi sekarang ni.Dah pupus ker? Erkk..
Sayangnya..Tapi memang betul la..macam dipinggirkan
jer tulisan jawi ni..Thanks Para2 San :)


Kecik2 dulu seingat saya,ayah baca akhbar Melayu/rumi
gak..Tapi bila anak2 dah mula pandai membaca,ayah pun
tukar selera dengan membeli akhbar Utusan Melayu.
Sebabnya? Ayah nak kami pandai tulisan jawi.Oleh
kerana kami minat membaca waktu tu,nak tak nak
terpaksa la biasakan diri dengan tulisan jawi.Paling susah
kalau nak eja nama negara2 luar dan tokoh politik
serta ahli sukan luar negara..hahaha..terbelit lidah kami.
Ayah selalu panggil kami,pilih satu tajuk dalam paper
tu dan suruh kami baca kuat2... :P



Ini akhbar Utusan Zaman
Diterbitkan setiap ahad manakala
Utusan Melayu setiap Isnin-Sabtu.


Percaya tak tulisan jawi pernah gemilang suatu ketika dulu?

PENEMUAN Batu Bersurat Terengganu pada 1303 menjadi asas penting kewujudan tulisan jawi di negara ini. Ia membuktikan bahawa tulisan tersebut sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan rumi yang hanya ditemui pada akhir abad ke 19.
Kemunculan tulisan yang berasal dari tulisan Arab ini berkait rapat dengan kedatangan Islam ke Nusantara. Tulisan jawi berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai, disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan Aceh pada abad ke-17.
Sejak itu ia menjadi tulisan yang digunakan dalam pelbagai urusan rasmi dan tidak rasmi di Nusantara. Peri pentingnya tulisan jawi ini dapat dilihat semasa penjajahan British di Tanah Melayu, apabila ia dijadikan tulisan rasmi bagi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. -- sumber : Blog Upsi.edu

See...tulisan jawi digunakan dalam urusan rasmi bagi 
Negeri-negeri Melayu Bersekutu! Negeri-negeri Melayu 
Bersekutu pun tatau? Kena belajar sejarah la ok..

Berbalik kepada akhbar Utusan Melayu tadi yer..
Ianya mula diterbitkan pada tahun 1938 (sebelum merdeka 
lagi tu..) Malangnya,pengeluarannya dihentikan pada 29 Januari,2006 
ekoran tidak lagi mendapat sambutan.Sedih kan..tulisan 
kebanggaan kita seakan dipinggirkan oleh kita sendiri.
Yelah kan,kalau tiada pembeli sudah tentulah rugi.

Bagaimanapun,pencetus agenda bangsa dan lidah 
memperjuang kemerdekaan Tanah Melayu ini disambung 
semula riwayatnya pada 1 Mei 2006 dengan tajaan Kerajaan.
Namun ianya hanyalah Utusan Zaman yang diterbitkan secara
mingguan..Manakala Utusan Melayu tidak lagi disambung.

Terkini,di sekolah-sekolah rendah tulisan jawi diajar 
dalam program JQAF...Bagus la..Semoga tulisan yang digunakan 
oleh pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita ini tidak hilang
dari tatapan kita.

Saya respek dengan Ahli Parlimen Kepong dari parti DAP. 
Bukan saya respek dengan perjuangan DAP tu yer..Tapi saya 
respek dengan Dr Tan Seng Giaw kerana beliau mampu membaca 
tulisan jawi dengan baik.

Salah seorang saudara ayah saya pernah mengkaji teknik
belajar tulisan jawi cara mudah..Beliau pernah beri kami 
contoh hasil kajian beliau tapi tatau dah kakak saya simpan 
kat mana masa sibuk2 nak pindah rumah hari tu.Nanti kalau jumpa,InsyaALLAH saya akan kongsikan di sini dengan izin 
beliau.


* Saya mengalu-alukan sebarang penambahan fakta
mengenai tulisan jawi ini untuk menampung kekurangan
fakta dalam n3 saya ni..


Salam Hormat,

Tuesday, January 11, 2011

Pakat Lupa Belaka!

Salam...

Saya nak kongsi citer lama pasal 'LUPA'..
Dua2 kes terjadi masa bulan puasa tapi tahun yang 
berlainan..Masa solat terawih kat masjid kampung saya..

Gambar : Pakcik Google kasi.

Situasi 1:

Sampai2 kat masjid belum masuk waktu Isyak..
So memasing buat hal sendiri,ada yang baca Al-Quran,
ada yang amik wudhu',ada yang sembang2..
Dari sebalik tabir (yelah kan,laki ngn ppuan dipisahkan tabir)
saya dengar bunyi langkah orang bergegas keluar dari masjid
pastu bunyi enjin keta...Tertanya2 gak sape yang balik umah
sebab dah nak masuk Isyak..

Lepas solat Isyak tu mcm biasa masing2 solat sunat..
Tetiba terdengar keta tadi datang balik dan x lama 
pastu ada suara orang tanya:

" Hah..ngape tetiba balik tadi? "

" Koi lupe pakai spenda "


HEHEHE... :D

* ntah sape la agaknye,wallahualam


Situasi 2 :

Beberapa tahun kemudian..
Lokasi yang sama,waktu lebih kurang sama..
Saya tengah amik wudhu' pastu nampak kelibat Pakcik
saya bergegas keluar masjid,start enjin keta pastu blah..
Masuk dalam masjid saya tanya Makcik saya nape
Pakcik balik? Makcik saya pun mula la risau..
Dia suh saya gi tanya sepupu saya kat ruang solat lelaki.

Saya pun gi cari sepupu saya.Sebaik terpandang jer 
kat dia terus saya tanya :

" Ejoy, aboh gi mane? "

" Balik umoh jap.. "

" Ngape? "

" Tertinggal gigi..!! "

HEHEHE.. :D


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Sikap pelupa ni bukan saje ada pada orang2 berusia
tapi juga berlaku kepada golongan muda..


Gambar : Makcik Google suh amik.


Yang peliknya nape orang muda pun ramai yang pelupa.
Saya citer ni bukan ape,saya sendiri seorang pelupa dan
sering ditegur oleh kawan2...Sorang kawan sebaya saya
yang sekarang menetap di Paris juga pelupa macam saya.
Setiap hari beliau kena tulis ape yang nak dibuat dalam buku
nota..Saya pun macam tu,saya catat apa yang perlu
diingat atau ape yang saya nak buat dalam satu nota.

Puncanya? 
Saya rase sebab zaman sekarang ni banyak sangat gadget yang 
memudahkan hidup seharian kita menyebabkan kita jarang berfikir.
Contohnya,reminder dalam hp..Kita set jer ape yang kita
nak buat atau jadual sepanjang tahun..Bila sampai waktunya
kita akan diingatkan oleh reminder dalam hp tu..Senang,x payah
nak mengingat semua jadual kita..

TAPI

Itulah yang menyebabkan kita jadi pelupa..Sebab kita sentiasa
diingatkan..Sampai tahap kita jadi malas berfikir...
Macam memasak gak,dulu2 orang bakar kuih dalam oven biasa..
X boleh nak set time..so,otak sentiasa ingat bila kita harus
keluarkan kuih yang kita bakar tu supaya x hangus..Dalam
otak memang dah ingat berapa lama masa yang diperlukan
untuk membakar kuih..Sangat tepat..

Berbeza zaman sekarang,oven pun dah canggih..
Set jer masa,nak bakar bape minit,suhu berapa..
Pastu p buat benda2 lain..Sampai masanya oven tu akan 
mengeluarkan bunyi menandakan masa dah cukup..
Sekali lagi x payah berfikir..

Bila semua gadget ni xde atau x berfungsi terus kita jadi pelupa.
Sebabnya x biasa berfikir...Dah terbiasa dibantu dengan kecanggihan
teknologi sekarang...Tanpa kita sedar,semua ini menjadi
faktor penyebab kita malas berfikir dan akhirnya menjadi pelupa.

Ape susah...Masuk exam math dah boleh bwk calculator..
Orang zaman dulu main congak2 jer,semua ade dlm kepala..
Kalau x ingat akta2 plak masuk dewan exam boleh
bawak statut..Semua bantuan ade..otak dah kurang bekerja..


~*~*~*~*~*~*~**~*~*~*~*~


Ini petua ulama untuk mengubati pelupa atau mengelakkan jadi pelupa: 


1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekaligus.

2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.

3. Tidur awal bangun awal

4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu

5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam

6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan
makan daging

7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan
perlahan-lahan mulut.Amalkan 10 kali setiap pagi.

8. Buat stretching bila bangun dari tidur

9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut 

10. Elakkan lihat kemaluan dan najis

11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari

12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros,sandal atau gaharu
setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )

13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah 
     ( wanita ketika dalam rumah).

14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar

15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.

16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.

17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan.

 (Harian Metro 1 November 2006)

Semoga Bermanfaat :)


p/s : pagi tadi saya rebus telur untuk buat 'half boil egg'.
Sedar2 dah jadi telur rebus..air rebusan pun hampir kering.
Dah x reti fikir sendiri angkara terlalu bergantung pada
reminder hp.Silakan mengomen tapi jangan kutuk watak2 
pelupa dlm situasi di atas termasuk saya yer.Hehehe..peace!

Monday, January 10, 2011

Teh O ke Teh Susu? ~ Aku Sengal!

Salam...

Pagi ni minum teh tarik..buih lebih..
Mane tidaknye,sendiri tarik...Mase kecik2 kan,saya x suka susu..
Minuman bersusu saya x layan la..
Kalau minuman panas tu Teh O jelah yang serasi dgn tekak..
Tuang dalam piring pastu tiup..
Dah sejuk baru minum..


Gambar Pakcik Google bagi
Sape tau mane satu teh ? :P



Ada satu hari tu kan,saya ikut ayah p mana ntah..
Pastu singgah kedai makan..Kawan ayah saya pun ikut sama..
Nama dia Pak Majid...

Pak Majid order teh O..saya plak order teh..
Sampai jer air tu saya terus rembat yang xde susu..
Terkulat2 orang tua tu tengok teh susu depan mata dia..
Pastu ayah saya tanya Pak Majid..


" Tadi aok order air ape? "

" Kawan rase kawan order Teh O tadi.. "

Ayah terus tengok saya..huhuhu..

" Takpe la,order lain"

Saya tak tau kalau nak teh tanpa susu kena sebut 'O' kat ujungnya..
Saya kira kalau sebut teh jer memang kompem teh tanpa susu la...
Nape orang panggil teh susu tu 'teh' jer ekh?
Dan nape kalau teh tanpa susu kena panggil 'teh O' ?

Kalau ikut logik akal,teh O tu kita panggil teh jer sebab memang
x campur benda lain kecuali gula..warnanya pun still warna teh..
Yang teh tu pulak kena panggil teh susu sebab dah dicampur susu..
Warnanya pun dah keruh lepas campur susu..
Ahhh...x puas hati betul la..

Jom makan mihun goreng Singapore + tongkeng ayam goreng..