Showing posts with label Peace No War. Show all posts
Showing posts with label Peace No War. Show all posts

Friday, July 8, 2011

Sindiran Tajam...Zappp...Auchhhh...Adoiii...

Assalamualaikum...

gambar : atok google 

Malam tadi lepas maghrib,ada seorang penceramah jemputan
memberi tazkirah sesambil kami menyemak tafsir Al-Quran...


Nama beliau adalah Ustaz Abdullah Fatani...rasanya ramai
yang kenal kot...


Topik utama ialah 'SABAR' kami semak surah Al-Baqarah
ayat 155-157 sambil beliau menerangkan maksud ayat 
secara terperinci..Pastu ke surah Al-Nahl, Al-Qasas dan 
beberapa surah lain...Saya x bawak pen dan kertas...(sbb 
tujuan utama nak baca tahlil).


Pastu kan,masa menyentuh tentang kesabaran Nabi 
Musa.a.s,ustaz mengambil contoh sewaktu Firaun mengupah
seorang wanita untuk menfitnah Nabi Musa dengan mengaku 
berzina dengan baginda.Nabi Musa a.s sangat sabar dan 
sentiasa berdoa agar satu masa nanti kebenaran terbukti.
Akhirnya wanita itu berasa tidak sedap hati dan mengaku 
bahawa Firaun telah mengupah beliau untuk menfitnah Nabi 
Musa a.s. Moralnya,jika kita di pihak yang benar,bersabar 
dan berdoalah.


Contoh kedua, isteri Nabi Muhammad s.a.w iaitu Saiyidatina
Aisyah telah difitnah berzina...Ustaz menggelarkan mereka
yang menfitnah wanita mulia itu sebagai golongan hipokrit 
dan munafik.Kata ustaz, nak kata dorang kafir x boleh. Sebab 
mereka mengucap dua kalimah syahadah dan mengakui 
kerasulan Nabi Muhammad.Lainlah kalau mereka itu tidak 
solat dan tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad..
Maka,jangan sewenang2nya mengkafirkan saudara 
seagama! 


Ustaz juga berpesan,carilah redha ALLAH dan bukannya 
redha sesama manusia...redha ALLAH,kita x nampak 
dengan mata kasar..Hasilnya kita akan nampak bila berada 
di Padang Mahsyar kelak.Janganlah mengejar kesenangan 
dunia yang sementara kerana ia hanya la secebis sahaja,
tidak setanding kesenangan yang bakal kamu perolehi di 
akhirat kelak.Harta,pangkat dan gelaran semuanya akan 
hilang dan musnah kecuali amalan kita.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Kamon la...bersatulah saudara seagamaku,demi 
mempertahankan agamanu,bangsamu dan negaramu.
Yang beragama,betulkan mereka yang kamu kata kafir 
itu...Gunakan pengetahuan agamamu untuk membimbing 
saudara seagama.Bersengketa sesama sendiri bukanlah 
bijak.Kasihanilah anak2 generasi akan datang.Jangan 
biarkan todak melanggar untuk kali kedua...Kesian mereka 
yg dilanda todak itu kerana bumi  dipijak milik orang...


*** Mereka itu gentar bila dengar kita akan bersatu,
dan mereka akan memastikan itu tidak berlaku...Jangan 
biarkan kita dipergunakan untuk kepentingan orang lain.
Telah banyak contoh kita lihat,bangsa yg musnah kerana 
tidak bersatu.Mereka berpecah dan perpecahan itu memberi 
kelebihan kepada musuh untuk menjajah mereka.Sedarlah 
bangsaku sebelum terlewat.Hapuskan segala kebencian.
Selagi ada benci,hati kita takkan tenang.







Wednesday, December 8, 2010

Peace...Jangan Gaduh2 Dong!

Salam...

Bz sket arini..
Nak share video jek yang saya dpt dr emel.


Tak tau la korang boleh tengok ke tidak video nih.
Bergantung pada kelajuan line tenet gak kan.




Masa saya tengok video ni menitis airmata..nak2 masa
kuar lagu ..'inilah barisan kita'..masa tunjuk tentera2 Malaysia
tengah berkawad tu.


Saya percaya,kata2 jeneral tu tidak mewakili rakyat Indonesia.
Kita bersaudara ok!! :)



Salam Sayang,