Salam.....
Ahad lepas ai join xpdc mendaki puncak Bukit Broga..
Atas permintaan En. Piewahid ai akan ceritakan xpdc
ini untuk panduan bagi yang berminat untuk ke sane.
Serba sedikit info mengenai Bukit Broga atau juga
dikenali sebagai Bukit Lalang di kalangan penduduk tempatan.
: Ketinggian 400m
: Mempunyai 4 puncak
: Terletak di Semenyih iaitu di sempadan Selangor
dan Negeri Sembilan
: Amat terkenal di kalangan jurugambar kerana keindahannya
yang memukau
Xpdc pada ahad lalu disertai oleh 10 org terdiri dr 8org
dewasa dan 2org kanak2.Seawal 4.45pg kami telah keluar
dr umah dan berkumpul di Nilai sementara menunggu
kwn2 lain sampai.5.20 pg bertolak dr Nilai,singgah solat
subuh di Masjid Beranang...kebetulan baru azan maka
sempatlah berjemaah bersama kariah masjid tersebut.
Lbh krg pukul 6.20pg kami bertolak ke Kg Broga,Semenyih.
Act,kg ni dihuni oleh majoriti masyarakat cina.Waktu kami
sampai tu dh banyak kereta di kiri kanan jalan.Maklumlah,
sumer nak kejar sunrise.Kami park keta dlm ladang kelapa
sawit.Hari masih gelap lg wlupun jam dah menunjukkan
pukul 6.50pg.
Kami mulakan pendakian dr ladang kelapa sawit tu melalui
denai yg dah tersedia.Mmg penat giler la gak,bukit tu curam,
denai pun sempit dan kiri kanan tu gaung.15minit kemudian
baru jumpa kwsn yg agak datar.Mmg semput la gak kan,
mujur ai bwk 100plus..:)
Pendakian ke puncak pertama agak sukar,bukit dgn
kecerunan 70 darjah agak bahaya jika kita x hati2.
Anak tangga yg ada hanyalah dr lekuk2 tanah yg dibuat
oleh pendaki terdahulu.Sampai di puncak pertama kami
berehat sambil snap gambar.Subhanallah,mmg indah sgt
view kat situ.Nak2 mase tu matahari baru nak naik.
Kat puncak pertama tu dah ramai pendaki yang berehat
sambil membuka bekalan makanan.Ai & kwn2 pun
sama la.Lapo tu x sgt la tp dahaga yg amat tekak ni.
Setelah ilang penat kami teruskan pendakian ke puncak.
Sesambil tu sempat gak amik gambar.Yang paling ai suke
bila pepohon lalang ditiup angin,bunga2 lalang tu
berterbangan jer...Mmg cantik sgt..Act,xtvt mendaki ni selain
dr menguji kekuatan mental dan fizikal kita,boleh juga
merehatkan minda sambil menghayati keindahan alam ciptaan
Tuhan.
Antara 4 puncak ai rase selain dr puncak pertama,
puncak ke-4 agak mencabar.Maunye tdk,nak naik ke puncak
ke-4 tu kena panjat melalui celahan batu besar yg sempit.
Mmg x boleh naik tanpa bantuan.Kalau ade yg boleh panjat
sorg2 tu mmg ai tabik spring la kat dia.Mase ai sampai kat
situ kwn2 masih lagi bergambar di puncak ke-3,so ai mati
kutu gak la mikir cemane nak naik.Mujur la ade pendaki dr
group lain yg tlg tarik...huhuhu..Di sinilah semangat 1 Malaysia
terserlah,yg tlg ai tu bangse cina n india..Dlm pukul 8.10pg
ai berjaya sampai ke puncak Bukit Broga,Alhamdulillah.
Sementara nak tggu kwn2 sempat la ai jadi tukang amik gambar
group2 lain.Sempat gak berborak dgn pendaki2 yang tgh lepak2
kat puncak tu.Lbh krg 15minit kemudian baru kwn2 smpai,
apalagi...buka bekal la..:)
Lama gak la kami lepak kat puncak tu,oh ya lupe nk gtau...
dlm 10 org td,hanya 6 org berjaya sampai ke puncak..Lg 4
org tu berhenti separuh jalan..Xpe,nt korg try lg yer...Chai Yok!!! ;p
Pkul 9.30pg kami mula menuruni bukit,time turun pun
kena hati2...jalan curam,kalau silap langkah boleh tergelincir..
Sampai kat bawah pukul 9.55pg.Tuan punya ladang kelapa sawit
hanya caj RM2 sbg bayaran parking.Ok la tu kan?
Sori yer En piewahid, sya ni bab bercerita mmg fail...kalau
x puas hati sila dapatkan butiran lanjut di Google ok...hehehe...;)
Apepun tmpt ni mmg best,sesuai la klu nak bwk family coz ai
tgk mmg ramai yg dtg bersama family x kira peringkat usia.
Mase nak turun tu terserempak dgn pendaki wanita yang berhenti
rehat utk susukan anak..Hebat kan? Ai sertakan antara gambar2
yang diambil sepanjang xpdc ni...X leh nak upload semua...
amik sikit2 jer...Layannnnn...;p

Izat dan Nashriq bersemangat mulakan xpdc...

Ni anak sedara ai,Aliff..

Lenguh lutut weh..

Ramainye org,sib baik x runtuh bukit nih..;p

Omar mendaki hanya dgn selipar ajaibnyer,kasut Yatt plak 'tersengih'
akibat terlalu bekerja keras meredah denai..huhuhu..:)
Wajah2 riak...hahaha...
Salam Sayang,
