Showing posts with label Selamat Hari Guru. Show all posts
Showing posts with label Selamat Hari Guru. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

Contest Selamat Hari Guru,Cikgu!

Assalamualaikum...

Mencelah jap...Sementara lapang ni saya nak memenuhi
jemputan dari sahabat blogger iaitu IMANSHAH untuk
menyertai contest pertama anjurannya.Saya pun bercadang
nak buat contest pertama nanti so kena la bagi sokongan
kat kawan2 supaya mereka menyokong saya plak nt..heheh..


Syaratnya mudah sahaja:


1) Buat satu entri bertajuk CONTEST SELAMAT HARI 
GURU, CIKGU! - ok

2) Kalau sudi follow lah HOK SENGOTI. Tiada paksaan. 
-dh lama follow

3) Jangan lupa letakkan banner contest ini.
-done


Oleh kerana kesuntukan masa,saya x dan nak creat
ucapan baru...Saya amik ucapan hari guru yang saya
cetak dalam kad hari guru utk semua guru2 saya tahun
lepas jer...Ucapan ini tidak ditiru dari mana2
pun yer..Sebab tu ianya x indah..xpe,janji ikhlas,yer dak?



Buat Ustaz/Ustazah/Cikgu/Sir/Teacher/Lecturer..

Kamu bukan lilin..
Kerana...
Api lilin akan padam pabila ditiup angin..
Cahaya lilin akan hilang pabila habis sumbunya..

Hakikatnya

Kamu ibarat matahari..
Yang menyinari siang..
Dan meminjamkan cahayamu kepada bulan
Buat menerangi malam...

Cahayamu kekal menyuluh kegelapanku
Sinarmu takkan hilang..

Dan hidupku takkan suram..
Selagi ilmu yang kau curahkan 
Tersemat di dalam sanubari..

Keikhlasanmu kuhargai..
Jasamu kusanjung tinggi...

Selamat Hari Guru,Cikgu!








*** Terlanjur dah join contest ni kan,saya nak ucapkan
Selamat Hari Guru buat semua guru2 yang pernah
mendidik saya sejak bayi (mak dan ayah),kakak2 saya,
guru2 skolah rendah,menengah,guru agama,dan sesiapa sahaja
yang pernah mencurahkan ilmu kepada saya walaupun
hanya sebaris ayat..termasuk la blogger2 yang banyak
berkongsi ilmu dalam blog mereka...Terima kasih,
ikhlas dari sudut hati ini...Selamat Hari Guru juga buat
Imanshah,Cikgu Aida KW,Cikgu Sham,Ustaz Mitos,
Mr V dan semua blogger yang bergelar guru..
 (touching nih..sob :'(  )


*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

** kembali bz...nt ada masa baru saya jenguk kwn2 erk..


Rasulullah SAW telah bersabda: 

"Akan datang atas umatku dimana mereka memyukai lima hal. 

Mereka suka pada dunia dan melupakan akhirat. 
Mereka suka pada harta sehingga melupakan hari hisab. 
Mereka cintakan makhluk sehingga melupakan Khaliknya. Mereka suka berdoa, tapi lupa bertaubat dan... 
Mereka suka rumah dan lupa pada kubur."