Showing posts with label Minah Leter. Show all posts
Showing posts with label Minah Leter. Show all posts

Tuesday, February 14, 2012

Tidak Salah Mengingatkan..

Assalamualaikum...






Tadi saya baca blog-blog yang mengingatkan
remaja-remaja sekarang tentang hukum sambutan
Valentine's Day oleh umat Islam.Saya juga baca semua
komen pembaca blog-blog tersebut.


Ada yang sinis dan menempelak penulis.Mereka
kata,buat tak tau sudah la..Tak perlu nak ingatkan
setiapkali Valentine's Day tentang itu.Makin ramai
menulis mende yang sama,makin popular pulak
hari perayaan penganut agama lain tu.Macam-macam 
lagi la komen-komen sombong diberikan.


Bukankah kita wajib untuk mengingatkan antara satu
sama lain? Bersyukurlah kalau keluarga anda sempurna
dan cukup pendidikan.Tapi masih ramai remaja di
luar sana yang terkapai2 dan perlukan teguran serta
peringatan.Setiap tahun kanak-kanak kecil beranjak
ke usia remaja.Remaja bertambah setiap tahun.
Godaan semakin banyak.Mereka perlu sentiasa
diingatkan.


Kalau tengok di kompleks beli-belah,hotel,banyak 
promosi Valentine's Day ni...Di majalah juga.Semua tu 
tempat mudah akses kepada remaja.Manakala hebahan
larangan menyambut Valentine's Day bagi umat Islam
pula hanyalah di media2 cetak tertentu (selain dari berita
fitnah dan maki hamun antara sesama bangsa). Stesen2
tv pula,walaupun dah x mempromosi secara terang-terangan,
masih lagi dalam mood Valentine's jika dilihat penyiaran
filem2 dan drama2 bertemakan cinta sepanjang
bulan februari ni.


Ape salahnya jika remaja2 tersebut diingatkan melalui
blog2 dan fb yang memang popular di kalangan remaja.
Tak payah la memperlekehkan niat orang lain.Tak payah
ego dan sombong diri.Mungkin anda rasa anda cuma
bertanggungjawab mendidik anak2 sendiri saje.Tapi jangan
lupa anak2 anda boleh dipengaruhi anak orang lain
juga suatu hari nanti.Lantak la kalau x faham pun.






SEBAL...




Tuesday, December 20, 2011

Cip Mykad Rosak

Assalamualaikum...

Skema giler tajuk n3 ni..Saje je,senang
kalau orang gugel nanti trus masuk sini..
Cheewahhhh...;p


Saya geram sangat semalam,tapi hari ni baru
luahkan,kalau luahkan semalam memang bahasa
indah-indah yang kuar di skrin ini.

Saya p CIMB cawangan kLia untuk tukar kad
mastercard.Dah isi form lengkap pastu nunggu giliran.
Punya la ramai orang semalam.Bila sampai giliran saya,
tup2 cip mykad saya tak boleh dibaca datanya oleh
komputer.Makanya saya tak boleh la tukar kad baru.
Buang masa jer...Grrrrrrrrr...


Mykad saya elok lagi tau,dok dalam purse jer.
Tak bengkok,tak terkopak,pendek kata sempurna
sangat lagi fizikalnya.Saya tak pernah jemur mykad tu 
atas bumbung umah mahupun membawanya mandi 
bersama-sama sehingga boleh merosakkan cipnya.


Selepas menggugel dengan hati yang sebal,saya dapat
info ini : Hairan mykad rosak!
Patut la..Sejak dari mula diperkenalkan dah berjuta2 mykad
yang rosak.Tak masuk yang kena klon lagi.Bangla pun
ada mykad maa...Kata syarikat yang menang tender tu,
mykad berkualiti tinggi,tidak mudah rosak dan tidak
mudah diklon..Buat lawak betul la u olls neh..


Itu berita untuk tahun 2010.Tak masuk tahun 2011 ni.
Yang geramnya nak tukar mykad tu kita tetap kena
caj RM10 walaupun bukan salah kita pun cip tu rosak.
Lainlah kalau fizikal kad tu rosak,dah sah2 sebab kita
x tau jaga.Sabo jelah! Patutnya kalau cip rosak x perlu
caj la.Bukannya nak berkira caj RM10 tu tapi ni soal
keadilan.Pengguna mykad yang berhemah macam saya
ni rasa teraniaya.Bukan saya sorang,ade berjuta pengguna
lagi kat luar sana tu yang senasib.Berapa dah untung tu?


Harap kerajaan berhati2 memilih pembekal mykad pasni.
Janjinya mykad berkualiti tinggi dan tahan lasak.Hampeh!


Saya masuk web JPN untuk tukar mykad secara
online.Ingatkan esoknya nak p amik kad yg dah siap
kat JPN.Tup2 kuar menda ni.

Baik xyah war-warkan perkhidmatan tukar mykad
secara online tu... :@





Koi x puaih ati,











Sunday, August 7, 2011

Bagus Sangat Leteww...

Assalamualaikum...

Kes HIV tu saya kiv jap..Xde mood nak 
mengulas der...


Ni nak citer bab menderma...Yelah kan,
bulan mulia penuh berkat ni segala amalan
kita akan diberi ganjaran pahala 70 kali ganda.
Termasuk la bersedekah...


image : google


Nak gitau nih...Syarikat ubat gigi tolgate
ada buat kempen beramal bersama dorang
dengan kerjasama pasaraya Taska..Korang
tau tak ni?


Syarikat ubat gigi tolgate tu kalau x silap
ada kaitan dgn Bahudi..Pasaraya Taska tu
lagi la..Pemiliknya dipercayai keturunan
Bahudi yang menetap di Eropah...Wallahualam..


Bagus sangat la tu...Orang kita ni x reti
nak p menderma sendiri kan..kena sangat la
kempen amal dorang ni...Sesambil beli ubat gigi
tolgate kat pasaraya taska,korang dapat la 
menyumbang tak sampai 10% dari hasil
jualan mereka ke rumah anak2 yatim di Malaysia
ni.Selebihnya yg sebanyak 90% tu korang
sumbang kepada Bahudi.Dah banyak duit
nanti bleh dorang p serang sedara mara kita
kat Palestine kerap2 sket.Tak gitu?


Bagus kan orang kita...Dok di negara sendiri
jer pun..tapi nak menyumbang kena tunggu
kempen2 menderma orang luar yg buat.
Untung ke kita sikit jer,laba dorang yg
lebih...Gi la menderma sendiri kat umah2 anak
yatim berdekatan.Ala,x kisah la kat mana2
pun kan..Surau/masjid boleh,umah org2 tua 
boleh,badan2 amal pun boleh.Janji ikhlas.


Tak rompongnya gigi korang kalau pakai
ubat gigi jenama lain...Lain la kalau jenis
gosok gigi seminggu skali masa nak kuar
dating jek...kohkohkoh...






*** Berehat seminggu..x mboh tengok belog..










Tuesday, April 12, 2011

Buat Awek Bertudung...

Assalamualaikum semua...

Bz lagi ni senornye,tapi ade hal penting nak gtau
kawan2, pempuan terutamanya...erm....Jangan
sentap yek...

Semalam saya bw,singgah blog ATOK baca n3 baru
dia...

Kat pesbuk tu,ade satu group bebudak laki wat keje amal.
Dorang kumpul gambo2 awek bertudung n publish kat
wall dorg...Sumbernya? Dari fb2 dan blog awek2 malang
tu juga la....Taip jer 'pengumpul gambar awek bertudung' 
kalau nak tengok.


Marah ke? Memang dorang ni sengal,xde keje..Curi gambar
orang pastu wat tayangan amal...Tapi...awek2 pun,jgn la suka
sangat tepek gambo memacam kat fb n blog..Gambo mulut
muncung (mcm mintak kiss), gambo melentik tepi dinding,
gambo berdiri senget (mcm antu Kak Limah :P)..mcm2 gaya
ade.Sebabnya,mudah sangat org nak cilok gambo anda tu.


Memang la blog tu hak peribadi kita,sukati kita la nk letak
gambo kan...Tapi kemudahan internet ni byk baik buruknya...
Yang buruknya,maklumat peribadi kita akan dieksploitasi
oleh orang2 tak bertanggungjawab...Sebab pic tu boleh diambil
dengan mudah..Jangan sampai disuperimposekan plak nt.
Sakit jantung ayah ngn mak nengoknye.

Rasanye budak lelaki yang punya kerja ni dak2 IPT gak..
Ade 6 org semuanya..Memasing siap pakai tudung gak..
hahaha..adoi la korang nih... :P


Motif dak2 ni,kononnya nak sedarkan awek2 yg degil,
xnak dengar nasihat supaya jgn tayangkan gambo
memasing..Tp guys...matlamat x menghalalkan cara.
Korang curi pic orang tu memang salah,menyebarkan
tanpa izin juga salah...2x5 jer korang si pengumpul ni
dengan awek bertudung yg korang kata seksi tu..Sama2
memburukkan imej agama kita di mata bukan Islam.

Lelaki ada 9 akal,pempuan ada 1 akal...Tugas lelaki
membimbing,membetulkan yg salah..Tapi dengan cara
yang berhemah la weh,bukan cara mengaibkan dorg mcm
ni...Saya nak menegur pun x kena,x sesuai,x layak...
Sekadar nak mengingatkan jer...Mohon dijauhkan ALLAH
drpd terjadi kat diri sendiri.

Ni gambar saya dapat di blog INI
Harap2 tuan punya gambo ni amik buat la
ape2 yang patut..Jgn biarkan gambo anda
diekspoitasikan..X sanggup nak tunjuk gambo
asal..Saya dah edit..




Semua gambo2 dlm blog ni milik awek bertudung yang
dicuri dari fb dan blog korang...


Peringatan untuk diri sendiri dan family saya sendiri,buat
awek2 yang ade fb dan blog,juga buat pakcik2 n makcik2 yang ada
anak pempuan...Beringatlah sebelum kena....Zaman dah berubah..


Moralnya : X boleh salahkan golongan muda mcm kami...
Ketam ajar anak berjalan lurus..tapi anak2 tetap jalan
menyenget,sebabnya ketam pun 2x5...Berebut2 nak dedahkan
aib sesama bangsa dan agama...Siapakah ketam itu??
Mungkin suatu hari nanti,mendedahkan aib orang akan jadi
profesion yang lumayan?



Salam Sayang,

Wednesday, March 23, 2011

Skandal Sana Sini...Come On Laa...!!





Assalamualaikum...


Saya tahu saya dah banyak kali bagitahu yang saya
x mahu berpolitik di blog 'family' ini...Saya akur!




Kejap la..sekali ni jer..Geram sesangat...Saya cuma nak 
menyuarakan isihati kami,golongan belia yang x dipandang
dan x didengar suaranya..Yang pengalaman hidupnya baru
sebulan jagung..3 subjek saya paling minat,sukan,politik dan law.

Jangan tanya plak 'agama x minat ke?' Kang saya
lempang plak nt...agama tu kita bukan kena minat..
Tapi wajib tau!


Come On La Wehhhh...Bosan dengan skandal sane sini...
Salah ke x salah belakang kira...Ade kes hadapkan jer ke 
mahkamah..Selebihnya antara dia dengan Tuhan..Tak perlu
nak jadikan modal politik,aibkan orang sane sini...Ingat
tak berdosa ker? Tak kira parti Islam ke parti Bangsa ke,
sama naik jek dedahkan aib orang...Elok la tu,tunjukkan
contoh 'baik' tu kat anak2 pewaris bangsa.Pastu jangan salahkan
dorang kalau moral semakin teruk...Membuang bayi,merempit,
merogol dan segala 'me' akan berlaku..


Politik wujud sejak zaman Rasulullah lagi..Politik x salah..
Politik x kotor..Tapi mereka yg menjadikan politik sebagai
tempat untuk menempa nama,meraih pangkat dan segala
macam 'me' lagi la yg buat politik itu kotor!


Korang nak bodohkan sape? Kami semua skolah...
Muak semuak-muaknya dengan karenah orang dewasa
berpolitik nih...Macam la kami x tau menilai..Stop la mencaci
dan memaki sesama agama dan bangsa.Bangsa lain gak yang
menang kat tengah2..Di saat kita bergaduh,dorang kaut segala
kekayaan negara...X ke bodoh piang namanye tu?? Berbanggalah
dengan kuasa korang tu,tapi Melayu Islam gak yang miskin hina.




Kalau perkhidmatan cemerlang dan peribadi baik,InsyaALLAH
undi milik kamu..X perlu nak aibkan orang..ALLAH x suka...
Saya takut pasni semua orang mendoakan wakil rakyat
mereka meninggal dunia kalau ikutkan trend semasa..PRK medan
untuk minta ape2 aje..Just name it! Nak bagi pembangunan,bagi sama
rata...Saya pun nak kampung saya jadi Kampung Wi-fi..Sape xnak!
Tapi wakil rakyat saya muda dan sihat lagi...


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Rakyat Libya : Jom Memberontak!
Amerika : Bagus...Pergi buat demonstrasi..
Seranggggg..nt kita kaut hasil minyak mereka! Bodoh!hahaha...
Britain,Perancis,Belanda dll : Kami pun nak jugek! Kami nak minyak..
Seranggggg....
Israel :  Sib baik dorang tengah ralit dgn Libya..pe lagi,moh kita
ganyang rakyat Gaza..miahahahahaha...
Pemimpin Islam : lantak la...kami pun bz bergaduh sesama sendiri...


Sori byk sangat melalut..Banyak sangat baca buku politik
baru2 nih...Kiamat dah dekat,bawak2 la bertaubat...

Friday, February 11, 2011

WAHAI POSLAJU...APE MAKNA LAJU?????????

Assalamualaikum...

Pagi2 jumaat yang mulia ni hangin lak 1 badan.
Selasa malam saya ada order ubat utk resdung
dan kulit saya ni secara online.Malam tu juga
Kak Zee aka Tokey Salun sms no item poslaju
kat saya.Rabu pagi dia pos guna poslaju.


Saya memang sentiasa check kat web poslaju status
barang yang saya tunggu tu menggunakan no item
yang diberi.Pagi semalam barang tu dah sampai
Pusat Poslaju (PPL) berdekatan.Dalam kul 9:51 pagi
dah dibawa utk penghantaran.Ni buktinya:

7:20pg barang tu sampai ke PPL Nilai dari PPL Taiping

9:51 pg dorg bwk keluar untuk penghantaran..
Tengok,pergerakan barang tu cepat jek dr Taiping ke Nilai..
memang efisien la..Tapi akhirnya 'tersadai' kat pusat serahan 
(cawangan) berdekatanmengharapkan saya p amik sendiri barang tu..
Kim salam la..Kalau camtu baik saya p beli sendiri kat Taiping...


Saya tunggu sampai petang...Memang x keluar umah pun.
Pintu umah pun tak tutup,saya kunci pintu grill jek.
Sepanjang masa ada orang kat umah n tunggu barang tu sampai.
Sampai petang tunggu tau.Memang kompem  xde orang datang.
Lagipun no hp saya ada pada barang tu,kalau syarikat kurier lain,
dorang akan call bagitau dorang akan hantar barang jam berapa,
so kita boleh stenbai kat umah.


Pagi ni tengok dalam peti surat ada note ni..


Konon2nya semalam dorang ada hantar tapi xde orang
kat umah...Alasan klise..Bukan sekali saya kena camni.
Dah banyak kali dorang men tinggal note jek.Pastu suh
kami p amik sendiri kat Pusat Serahan.Bukan saya
sorg,ramai dah yg dok area ni komplen.Walaupun dok
Sepang,PPL yang terdekat cuma PPL Nilai.


Kalau saya rajin nak p amik sendiri barang tu tak payah
saya beli secara online.Baik saya p beli kat salun jek.
Konon2 beli on9 boleh la jimat tenaga dan kos.Ni sama jek.


Saya call pusat serahan tu pagi tadi n dorang janji nak hantar
petang.Tapi saya suh datang pagi jugak! Janjinya kul
10:30 kang dorang dtg.


Saya bukan nak komplen Pos Malaysia.Dulu guna poslaju
kat tempat lain ok jer.Byk sangat jasa Pos Malaysia ni sejak dulu.
Cuma mungkin sebab banyak kawasan nak dijaga maka PPL Nilai
hanya letak memo dah serahkan tugas pada cawangan di Sepang
ni.Akhirnya,pengguna gak la yang kena p amik sendiri barang
tu kat Pusat Serahan.


Ape pekdah guna Poslaju kalau mcm tu.baik guna pos biasa jek.

HOT!!!


Update: Skrg dah kul 12:30 pagi..Tadi janji 10:30!!!

Thursday, February 10, 2011

Muslim Yang Sambut Valentine's Day = BODOH!!

Assalamualaikum...

N3 ini bukan untuk rakan2 blogger saya yang budiman.
Rakan2 blogger saya semuanya terpelajar dan ada asas
agama yang kukuh.Mereka semua bijak pandai.




image by Google




Ape yang saya nak leterkan sama jer dengan n3
'BODO PIANG' hari tu.Malas nak ulang byk kali.


SAPE2 YG BERAGAMA ISLAM,YG CINTAKAN ALLAH,
KASIHKAN RASUL,SAYANGKAN AGAMA TAKKAN
TERGAMAK MENGHINA AGAMA SENDIRI DENGAN
MENYAMBUT VALENTINE'S DAY NIH.


KALAU ADA YANG MENYAMBUTNYA JUGA ANDA MEMANG SEORANG YANG BODOH DAN KEBODOHAN
ANDA ITU SAH DIPERAKUI DI SELURUH DUNIA TANPA MEMERLUKAN PENGESAHAN DARI SIRIM!!!!








Gunakan akal kurniaan ALLAH itu sebaiknya,kerana apabila
sampai saatnya DIA menarik balik kurniaan itu anda tidak lagi 
mampu menggunakan akal dan akan disahkan HILANG AKAL!

Friday, December 17, 2010

Betapa Berat Bahu Memikul :'(

Salam...

credit to : getty image


Kembali ke topik berat sket ekh..
2-3 hari ni masa bw dan baca paper asik terbaca
berita yang sentap2 jek...Saya ni xleh..mudah mikir..
Bila dah mikir mula la risau,bila risau sesak dada,
bila sesak dada terus xleh tido..(alasan tido lambat ;p)


Tadi baca paper,kat Penang sane tu..tersebar video 18sx
adik bradik cek oooiiiiiiiiiiiiiii...Adiknya dalam lingkungan
umur 11-12 thn (dah sunat ker blom hang neh??!)..
Si kakaknya pulak dlm lingkungan umur 13-14thn..
Adik bradik boleh jadi cenggitu???!!!! Boleh dia projek 
ngan kakak sendiri? Xde perasaan hormat pada kakak?
Yang si kakak xde perasaan kasih pada adik? Mane 
korang dapat idea nak buat camtu ekh? Mak belikan
dvd xx ker? Dah tentu tidak kan.


Gambar : Harian Metro

Belum reda lagi kisah remaja bawah umur buang bayi.
Hati kering ke korang neh? Kecik2 dah pandai buat
baby ekh..Pastu pandai plak mengandung,pandai plak
branak,pandai plak buang baby yang x berdosa tu?
Kecik2 lagi dah kejam..Sok dah tua maunye korang
bunuh mak bapak plak kan? Xde perasaan langsung
bila buang nyawa x berdosa tu! 






Yang si kaki rempit pun satu hal...Dah la hisap dadah.
Pi merempit sampai bahayakan nyawa orang lain..
Pastu xde duit nak beli dadah korang p ragut reta
benda orang..Sampai sanggup membunuh.Remaja
zaman sekarang semuanya hati kering ker weh?


Keluarga rempit!




Kesian ibu bapa zaman sekarang..Berat sungguh bebanan
mereka.Rasanye membesarkan anak2 di zaman 80-an
ok lagi kot..;p Semuanya jadi orang..Kalau ade yang x
jadi orang tu kes terpencil.. 


Kalau ditangkap dan polis tanya kenapa jadi mcm ni,
remaja akan jawab.."parents saya bz manjang,jarang
ade kat umah..so,saya terpengaruh la dgn kwn2.. "
Menjawab tu.Lempang baru tau!


Kan dah kena lempang!

Parents ko p keje cari duit nak bagi makan ko la
mangkuk! Dah dia hantar ko p sekolah patutnya ko
belajar,jadi insan berguna,jangan sia2kan pengorbanan
dorang.Ni tidak,ko p conteng arang ke muka dorang.
Bayangkan la mak bapak korang kena p balai,
jamin anak yang buat jenayah..Mana mereka nak
sorok muka? Tapi demi kasih pada korang,mereka
sanggup lagi maafkan dan terima korang semula.
Yang mengandung luar nikah tu pun..Ade pikir tak 
perasaan malu yang ditanggung mak bapak?


Dulu2 kebanyakan keluarga hanya si ayah yang bekerja.
Ibu bolehlah dok umah n didik anak.Tapi zaman skang
lain baii...Kos hidup semakin tinggi...Belanja skul korang
pun tinggi..Nak tak nak si  ibu juga terpaksa bekerja.
Betapa beratnya beban ditanggung mereka.


Orang2 kat atas tu tolonglah bagi perhatian lebih
sket kat masalah sosial neh..Elok la tu ada program
khas untuk anak2 permata negara.Tapi dalam masa
sama kena kekang gak pengaruh luar yang -ve daripada
masuk dan menjajah minda anak2 bangsa.Buat macam 
China yang block banyak website2 sampah.Dvd,vcd sampah
tu pun,berleluasa jer lagi...rancangan tv pun sama.Banyak
sangat yang -ve disiarkan.

Banyak lagi point nak bebel sebenarnya...Tapi kalau lebih2
sangat kang budak bawah umur bosan nak baca.Jadi,pointnya
x sampai...Elok membebel cara santai...(macam la aku bagus
sangat ;p )  




p/s : entry terakhir sebelum p service otak...



Salam Sayang,
 

Saturday, November 13, 2010

Album Melayu vs Omputeh!

Salam...

Hari ni citer sal album2 artis Melayu pulak..
Yang filem hari tu komen kaw2 punye...hahaha..
Tengs utk pengomen2 tegar.. 10 thumbs up!
(setelah digabungkan semua ibujari anak2 DJ) :p





Baru2 ni menteri berkaitan dg industri hiburan ni
umumkan jumlah bantuan yang agak banyak utk
membantu industri muzik yang agak suram... (???)
Pernah la kan,saya baca paper citer pasal luahan
hati artis2 Melayu yang mengatakan orang2 kita
ni lebih suka beli album cetak rompak daripada
membeli album original hasil titik peluh mereka..
Siap mengalir airmata lagi artis tu tau..Pastu dia
macam marah2 la kat pengguna yang dikatakan
menyokong sangat aktiviti cetak rompak..Macam2
la dia kata,perbuatan tak halal la bagai.


Sekali lagi saya tak setuju dan minta dibicarakan!
(emo lagi.. ;p) Tooooooolonggg sket eh! Sape yang
beli album ciplak? Saya rasa orang dah x peduli la
album ciplak2 neh..Ketinggalan zaman la wehhhh..


Macam la pengguna kat Malaysia ni teruk2 sangat
sampai nak tuduh mcm tu skali.Saya tengok la album
artis2 barat laku semedang jer.Nape? Sebab dlm sebuah
album tu,ade 16 lagu,semuanya lagu besh2..Xde yang
sekadar tangkap muat.Proses mengumpul lagu n merakam
album artis barat selalunya makan tahun.Mereka sangat
teliti dengan kualiti lagu  dan muzik.Dengan erti kata lain,
mereka betul2 menjadikan industri muzik ini sebagai
perniagaan!


Cuba perati pulak kebanyakkan album artis kita,hasilkan
album dalam masa x sampai setahun,lagu tangkap muat.
Dalam satu album 12 lagu,ade la satu 'killer song'..Yang
lain semua lagu ntah hape2.Pastu nak suh kami beli?
Beli album takat satu lagu jer besh nak watpe wehhh?
Baik donlod kat 4shared jek..hahaha.. :p


Tengok zaman Alleycats dulu,semua lagu best.Album Ella,
Ziana Zain,Ukays n Spider pun meletup jualannya.Sebabnya
lagu2 dalam album mereka boleh dikatakan semuanya sedap
didengar.Sekarang dah xde album yang meletup kan?
Raihan masih memegang rekod jualan album terbanyak.


Kalau sebuah album tu betul2 berkualiti,semua lagu sedap,
orang memang akan beli sebab berbaloi.Walaupun zaman
ni zaman mendownload tapi saya sangat2 yakin album yang
bermutu pasti akan laku gak.Sebab berbaloi tu la.Pasang
satu cd semua 12 lagu best.Tengok betapa hangatnya
sambutan mereka bila keluar album kompilasi lagu2
terbaik..Itu tandanya album yang memuatkan semua lagu
sedap pasti akan laku.


Jadi,janganlah menangis lagi wahai artis2 Malaysia..
Wat malu jek..Hasilkan album bermutu.Jangan buat
album tangkap muat pastu bila x laku korang malu.
Bila malu korang tuduh pengguna yang salah..
macam la kami ni bodoh sangat.Siap ade yang frust
n bawa diri menyanyi kat obersi nun..hakhak.. :p
Salahkan menteri la bagai x kawal lanun cetak rompak.


Lagi satu (x abeh lg upenyer :p), imej tu jaga la sikit.
Kalau dah melayu tu tetap melayu..lagu ntah ape2 tapi
penampilan ngalahkan Beyonce..tayang sana,tayang sini..
Rambut jangan kata la..perang weh..dagu dah tertonjol
asik kena suntik,bibir tebal semacam..Baik kami tengok
mtv artis barat,at least dorang nye rambut mmg
perang pure.hakhak :D


Dah la..malas nak wat dosa byk2..Papai..



Meluat Seh,
..

Thursday, November 11, 2010

Filem Melayu Vs Omputeh

Salam...

Malam tadi saya bantai tengok Desperate Housewives Season 7
sampai lebam mata..huhuh..Tima kasih Yusnita sbb tlg donlod.
Dapat tengok sebelum kuar tv..heheh :p






Ada orang cakap,tengok siri2 atau filem barat ni tak elok.
Banyak pengaruh buruk dari pengaruh baik.Saya tak setuju
dan minta dibicarakan! ( tetiba emo :p )


Sejak dari kecik saya tengok drama2 dan filem2 barat..Saya
cuma kagum dengan kualiti dan jalan ceritanya yang tidak 
memandang rendah akal penonton.Maksud saya ceritanya tidak memperbodohkan penonton.Kebanyakan citer Melayu kita dah 
boleh agak ending dia cemane.Yer dak? Dialognya juga lemah 
dan ntah ape2.Takde isi.


Pengaruh buruk? Tidak sama sekali,sebab kita dah tau itu filem
dorang dan mengikut acuan budaya dorang.Sangat berbeza dgn
budaya kita.Saya lebih menyampah tengok citer Melayu yang
langsung tak menggambarkan budaya Melayu baik dari segi 
berpakaian dan budaya hidup.Semuanya kebaratan.Saya lebih 
suka tengok filem Iran yang memaparkan budaya rakyat Iran.


Apa salahnya buat filem Melayu yang berwajah Melayu? Macam
filem 'Abang' lakonan Dato' Rahim Razali dulu tu? Filem 
Pontianak lakonan Maya Karin tu pun banyak unsur2 Melayu.
Filem macam tu la baru wajah kita.Bukan filem Melayu tapi citer 
pasal remaja yang kebaratan.Baik tengok filem barat daripada 
tengok Melayu yang kebaratan camtuh.Geli.Wek!


Saya bukan anti filem Melayu..Saya cuma tengok filem Melayu
yang matang dan berinformasi.Bukan yang tiru filem barat,tidak
juga yang mengandungi lawak murahan.Baik tengok drama 
Melayu yang banyak pengajaran dan penuh nilai kekeluargaan 
kat tv daripada bazir duit beli tiket tengok citer Melayu yang tak 
bermutu.




Bukan nak double standard tapi itulah hakikatnya.


Tetiba Emo,

Wednesday, November 3, 2010

Bodo Piang!

Salam...

Saya tau makna bodoh tapi saya taktau makna piang..
Tapi pada pemahaman saya bodo piang ni bermaksud
terlalu bodoh la kot...








Semalam baca paper,Tgk gambar artis2 Malaysia yang 
join show sambutan Halloween kat pusat beli belah..
Mmg la korang akan cakap ini kerana keje,tapi rezeki 
ada di mana2,x perlu la terdesak sangat rayakan perayaan
dorang tu..Tak ingatkah mcamana agama kita dihina?
Bar berbentuk kaabah,kasut ade kalimah ALLAH supaya 
kita pijak,permainan LEGO mengambil watak Nabi Muhammad
yg berkahwin ramai dan mcm2 lagi penghinaan mereka.


Korang boleh sambut perayaan dorang?? Tak ke bodo piang
namanye tu? Asal omputeh sambut korang pun sambut...Kalau
x sambut kang ketinggalan jamban zaman plak ye tak?
Mana jatidiri korang? Buat2 bodo atau mmg bodo? Tak kaji ke 
asal usul perayan Halloween tu? Sama mcm Valentine gak..
Sibuk nak sambut gak.. :@


Sedikit sejarah sambutan Halloween yang saya petik 
dari www.hidayatullah.com:



Halloween berasal dari tradisi masyarakat Celtic—yang
 dulu mendiami Irlandia, Skotlandia, dan daerah sekitarnya
—yang percaya kalau pada hari terakhir bulan Oktober, 
para arwah gentayangan di bumi. Tapi tradisi ini sebenarnya 
telah berpulang lama.

Sekitar abad pertama Masehi, masyarakat Celtic ditaklukkan 
oleh warga Romawi, yang kemudian menambahkan kebudayaan 
mereka ke dalam tradisi Halloween. Mereka menambahkan 
dua festival bernama Feralia, diperuntukkan untuk menghormati 
mereka yang telah meninggal, dan Pomona, yaitu festival untuk 
merayakan musim panen, diambil dari nama seorang dewi.

Sekitar abad ke-8, gereja Katolik mulai merayakan tanggal 
1 November sebagai hari untuk menghormati para santo dan 
santa yang tidak memiliki hari perayaan khusus. Maka mulailah 
tradisi bahwa misa yang diadakan pada hari itu disebut 
Allhallowmasyang berarti misa kaum suci (red: dalam bahasa 
Inggris disebut hallow). Malam sebelumnya, tanggal 31 Oktober, 
lalu disebut All Hallows Eve. Inilah cikal-bakal Halloween.


Firman Allah S.W.T. ;
Bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak 
akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak 
mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku 
tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula 
tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama 
kamu, dan bagi aku agamaku.”
(Al-Kafirun ayat 1-6)

hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada 
amalan kami maka ia akan ditolak.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Macamana orang kafir x hina agama kita,orang Islam
sendiri yang menghina agama sendiri tanpa sedar...
Jangan warisi kebodopiangan (maaf yek cikgu BM :P )
anda kepada anak2 anda..Bila budak2 kecik tgk mak ayah
sambut Halloween mgkin mereka ingat x ape..mmg 
budaya kita kot..Sok2 generasi kita mgkin hanya Islam
pada nama jer..

Seorang Pendeta barat pernah bermimpi..Beliau mimpi
seorang ibu barat telah mengandungkan bayi timur (Islam)
dan seorang ibu dari timur telah mengandungkan bayi
barat (kafir)..Mmg betul la tu..Skrg ni ramai orang barat
yang mendalami Islam,perkembangan Islam begitu pesat,
manakala di sebelah sini pula berkembangnya budaya dan
agama dari barat.Terbalik plak yer..


Yang Jahil Tapi Tak Piang,