Showing posts with label Islam ~ The Way Of Life. Show all posts
Showing posts with label Islam ~ The Way Of Life. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

Janji Pasti


Apa yang Yahudi Israel lakukan adalah kerana 
mereka membaca dan memahami Al Quran. 
Mereka sedang cuba menghalang masa depan 
daripada berlaku iaitu kehancuran bangsa mereka 
seperti yang telah termaktub dalam Al Quran. 
Bersabarlah menunggu saat kehancuran mereka itu 
kerana janji ALLAH itu pasti.



Tuesday, March 27, 2012

Hanya DIA.


Ya ALLAH...
Sesungguhnya aku minta petunjuk 
yang baik dariMU, Dengan ilmuMU..
Aku minta kekuatan dariMU,
Dengan kekuatanMU

Aku meminta dariMU,
Dari kelebihanMU yang banyak...

Maka sesungguhnya Engkau berkuasa,
Aku tidak berkuasa...

Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling
mengetahui perkara-perkara ghaib..

Ya ALLAH..
Jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini
baik untukku pada agamaku,duniaku dan kesudahan
urusanku buat masa kini dan masa yang akan datang,
Maka tentukannya untukku dan permudahkannya 
kepadaku...

Jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini
tidak baik untukku pada agamaku,duniaku dan
kesudahan urusanku buat masa kini dan masa
akan datang,
Maka elakkannya dariku dan elakkanlah
diriku daripadanya...

Tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja
aku berada..

Sesungguhnya
Engkau berkuasa di atas segala sesuatu...

AMIN.

Sunday, October 9, 2011

Jangan Sampai Muflis...


Assalamualaikum...
Hadith dari Abu Hurairah ra,
Satu hari Nabi saw bertanya kepada para sahabat,
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”

Jawab sahabat,  
“Orang yang muflis itu wahai Rasulullah ialah orang yang habis hartanya dan perkakas rumahnya untuk membayar hutang dan belum juga selesai, sehingga ia tidak punya harta dan perkakas rumah lagi.”

Sabda Nabi saw,  
“Bukan macam tu. Sebenarnya orang yang muflis ialah mereka yang datang pada hari qiamat dengan sembahyangnya yang cantik, dengan zakatnya yang cukup, dengan puasanya yang penuh; tetapi ia telah memaki ini, menuduh itu, memakan harta ini, menumpahkan darah itu, memukul ini. Maka dibayarkan untuk semua itu dari hasanat-hasanatnya. Kemudian bila telah habis segala pahalanya sebelum selesai membayar tanggungan hutangnya, maka diambilkan pula dosa-dosa orang yang diganggunya itu dan ditanggungkan kepadanya. Kemudian dilemparkan dia ke dalam neraka.”.
 (Riwayat Muslim dan Tirmizi)





~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Seram tengok orang yang merasakan dirinya mulia
dan sempurna lalu mengata peribadi orang lain
dengan lantangnya.Tak kira la kalau orang yang
dikata itu memang perangainya buruk,Hanya ALLAH
yang berhak mengadili hambanya.Entah2 orang yang
dikata itu lebih mulia dr kamu disisiNYA tapi
luarannya nampak buruk.

Andai kata la kan,yang dikata itu orang yang kita
tak pernah jumpa pun,macammana caranya kita
nak minta maaf?? Dosa tetap dosa yer kawan2
sekalian.

Di Padang Masyar kelak,berlaku la 'pemindahan akaun'... 
Dia ambil segala pahala kamu dan kamu pula ambil segala 
dosa2 orang yg kamu kata itu.Kamu muflis!!!  
Neraka la tempatnya.Nauzubillah!



Untung jadi orang terkenal macam ahli politik dan
artis kot.Ramai orang 'mulia' yang mengata2.
Ada perbezaan antara 'menegur untuk kebaikan' 
dan 'mengata di belakang'.


Jangan sampai muflis di Padang Mahsyar.
Jaga akaun masing-masing.










(Peringatan untuk diri sendiri...)












Friday, June 10, 2011

Bacalah...


Salam Jumaat...



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan
 pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di
 bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu 
berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 
2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan
cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh 
menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri 
mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak 
itu berkata, 

"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku.
Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. 
Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.
Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia 
dimasukkan ke dalam Syurga."


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal 
dan berkata: 

 "Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu 
membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring
 dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan 
bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu 
tidak akan bersedih."


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya 
daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat
tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi.


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :

"Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang 
lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi 
atau malaikat."

*** Al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua 
penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran..

Friday, February 18, 2011

Alangkah Beruntungnya Al-Hafiz / Hafizah...





Kelebihan menghafaz al-Quran.

Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara 
umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran 
dengan gelaran “al-Hafiz”, akan mendapat 2 ganjaran :
  • Ganjaran di dunia.
  • Ganjaran di akhirat.

Ganjaran di dunia
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam 
Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, 
terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. 
  • Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan 
manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya 
Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, 
merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan orang-orang pilihannya.” 
(Riwayat Ibnu Majah)
  • Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak 
hafalannya.” (Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.

“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud 
kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang 
lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, 
maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” 
(Riwayat Bukhari)
  • Al-Quran menjanjikan kebaikan.

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)




Ganjaran di akhirat
  • Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang 
terkandung dalamnya maka kedua-dua ibu bapanya akan 
dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota
 itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun 
matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu 
di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
  • Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah 
SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia 
akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para 
pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah 
(al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) 
pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. 
Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi 
alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf 
(Riwayat Tarmizi) 


Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa 
berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz 
al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita 
mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.




Adik Muhammad Al-Hafiz



*** Masih belum terlewatkah?


Salam Jumaat,