Hari ibu biasanya disambut pada Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun..
Sejujurnya saya tidak pernah menyambut hari ibu secara khusus seperti ini...Ini kerana banyak persoalan yang timbul mengenai sambutan Hari Ibu ni sejak saya di bangku skolah lg...
Ada pendapat yang menegaskan bahawa sambutan Hari Ibu itu haram..Ada juga berpendapat bahawa ianya tidak haram bergantung kepada niat kita menyambutnya..So,saya yang agak jahil ini berada di atas pagar...Sambut tidak,menghalang orang yang menyambutnya pun tidak sama sekali...
Saya amat berharap sahabat2 seperti AnakUluCheka,Piewahid, Zulkbo,AkuAnakPahang, Pacifist, Captain atau sape2 saje yang tahu pasal hukum ini bolehlah berkongsi dengan kami yer.

---> Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”
Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.
Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu,
dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.
Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]
Islam adalah Ad-Din atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.
Salam Sayang,

17 comments:
eh! ari bu kristian pnye ke???? sy x thu plak psl ni sbb sy pun x pnh smbut ari ibu slalu ari ibu mak sy yg bg hadiah kat kitorg? pelik kan? hehe
Irfan - wah best la camtu,haro ibu jer dpt adiah dr mak..err,mak Irfan nak amik anak angkat x? heheh... ;)
Pasal Hari Ibu ni hukum dan fatwa bercanggah2,ade negeri di Malaysia ni yang menyatakan ianya boleh disambut...ade yg kata haram..Wallahualam...
shin~ju,
bcakap pasal hukum, saya bukanlah org yang layak. cuma scara peribadi, saya tidak menyambut hari ibu kerana menghormati dan menggembirakan hati ibu adalah perkara yg dituntut islam spanjang masa.
kalau nak berikan alasan kenapa saya bersikap begitu, panjang senarainya dan boleh menjadi perbahasan panjang.
pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang shin~ju google kat atas bagi saya sudah jelas dan saya mmg cuba mengelakkan diri dari melakukan sesuatu tanpa asas agama yang jelas. cabarannya pula, sikap saya ini biasanya akan dianggap sbagai extremist atau silap² wahabi)
cari fakta, (seperti yg shin~ju lakukukan sekarang) tengok hujah, (hujah paling tinggi ialah al qura'an & sunnah) dan pilih keputusan yang shin~ju rasa paling yakin.
wallahu a'lam!
salam Yun..
aok pas ke koi la pulok
koi ni orang rumah jer ustazah
koi rock jer..la la la..
tapi fakta yang aok beri tu
koi memang setuju..ibu bapa
nak hormat tak payah tunggu
hari istimewa..hari2 pun kena sayang
dan hormat..sambutan harijadi pun
setengah ulamak kata haram..kalau membazir
semua tu budaya barat kristian..tapi jika kita
niat nak bersedekah pada hari tu jamu orang
alhamdulillah..syarat lelaki pompuan tak bercampo..paling afdal berpuasa sunat hari jadi kita...sunnah rasulullah..
byk la nak citer..koi menaip ni dah la out..nanti kita sembang panjang
Salam shinju...
Nak bercakap soal hukam hakam bak kata piewahid itulah, kawan juga bukanlah juga orangnya. Bagi saya yang hanya ada ibu dimasa ini rasanya hari ibu itu saya sambut setiap hari...kerana melihat sahaja wajah ibu sudah diberi ganjaran pahalanya.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Kesimpulannya apa jua yang kita lakukan amat bergantung dgn niat itu.. biar pun kalau org barat menyambut hari ibu maksudnya (hari ibu tuhannya) kita menyambut hari ibu sekadar hari istimewa buat ibu tarsayang rasanya tidak bercanggah cuma kalau bimbang terkeliru usahlah kita menymabut pada hari yang sama kita ubah lah pada hari lahir ibu kita lagi bagus.
Apapun rasanya persolan ini sebaiknya aok rujuklah pada yang lebih mengetahui terbimbang tersalah ikut drp pendapat saya yg juga tidak mengetahui sepenuh soal ini.
Jika dipandang dari sudut yang negatif memang lah tidak dibolehkan menyambut segala macam hari yang tak berkenaan macam hari april pool..Hari kekasih..Hari Buruh..Hari HOl..
Tapi jika dipandang dari sudut Positif dibolehkan..cuma sumber sumber maklumat yang kita dapat ini adakala tidak punya kesahihan yang tepat..
Jadi bagi kawan yang tidak terer ini ..kawan syorkan '' Sambut lah dengan cara kita yang tersendiri ''..Jika sambut hari Jadi tu jangan lah adanya lilin yang boleh kita berniat tu..buat saja nasik pulut dan kenduri doa selamat..begitu juga untuk menyambut Hari ibu...sambut dengan cara kita.. Kita balik Kampung jengok ibu bapa tu pun dah kira satu Hadiah buat mereka.. heh heh!
...Olahan ini daripada Tengku Relevan ..mana2 yang tiada bersangkutan harap maaf '' Hapy Mother days''.. :)
SALAM YUN..saya mungkin atau tidak layak bercakap soal agama hanya saya mampu kupas dari segi kita sebagai insan bergelar anak dan kita juga bakal menjadi ibu/bapa..walau sekadar ucapan sebenarnya sudah cukup mengembirakan mereka jika disambut pastinya lebih mengharukan mrk krn ia dianggap hari penganugerahan buat mereka dari darah daging mrk sendiri apatah lagi jiwa seorg ibu lebih sensitif dari bapa...
setiap hari adalah hari ibu....
anak angkat? mak sy kata why not? haha eh! sy dua kakak la nmpknyer?? haha hmm...sy pun x thu jgk psl hari ibu ni haram ke x? ape2pun bg sy sma mcm si para ni stiap ari adelah ari ibu... :)
anak angkat boleh je mak sy kata? hehe jd ade 2 kaka la lps ni? hehehe tu ls sy pu kdg2 pening jgk bleh smbut ke x? jd sy ikut para je setiap ari adelah ari ibu... hehe
Thanks semua yg bg comment...Kesimpulannya,setiap hari adalah hari ibu...
ermm.. baru tahu kisah disebaliknya..
banyak betul agenda barat yer...
cek alin pon xpnah sambut hari ibu.tp taun ni rase cam nak balik umah mak dgn membawa kek plak.hu3
nk tnye xde kena mngena dgn entry.. eh! akak ni org mne ek? umor brpa? sj je nk thu... :)
salam ziarah cik shinju.
saya setuju dgn pendapat sahabat2 diatas.
kenkadang bila ulama bagi fatwa pun ramai yg tidak mengikuti atau hanya memandang sebelah mata kerana pada mereka tiada halangan daripada pihak memerintah.disini kita dpt melihat dimana kedudukan institusi ulama.kebanyakkan daripada kita umat islam akan mengikut bulat2 apa yg dianjurkan oleh barat.walaupun pd dasarnya nampak baik seperti hari ibu, hari kekasih atau apa hari yg disambut oleh mereka.kita perlu selidiki dan melihat pandangan ulama @ para cendiakawan kita bagi memastikan ianya bkn perangkap kepada kita,kerana mereka tidak akan redha selagi kita tidak mengikut telunjuk mereka.jalan paling selamat adalah hormati fatwa ulama dan sambutlah dgn cara kita walau betapa sayangnya kita pada ibu, bapa kekasih dan siapa sahaja.
-ulama adalah penyuluh kehidupan.
koi rase la kan..koi nak tanye ustaz dulu la..bole gitu aok..
tp koi paham dah maksud aok te.
bagus2 aok bangkitkan cerite gini.
thnkz sudi kasi thu! :) eh! akak study ke keje skrg?
Post a Comment