Friday, June 25, 2010

Bacalah...(Semoga Bermanfaat)




Dari Abu Umamah Al-bahili ra, dia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda, "Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaƔt kepada para pembacanya." (Sahih Muslim) Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. [Surah Luqman:18]






Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.






1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.






2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.






3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.






4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..






5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.






6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.


Semoga Bermanfaat Utk Kita Semua.

21 comments:

sahromnasrudin said...

kesimpulannya, kne haruslah menghormati semua org walau sesiapapun kita malah dlm alam blog ini juga boleh dipraktikkan...cth cubalah sedaya upaya utk melawat dan menghantar komen kpd blogger yg rajin melawat dan komen kat blog kita..jgn anggap mrk tak penting..lg 1, cube follow semula blogger yg add kita (jika dia ada tinggalkan link) walau followernya sedikit

ozzy said...

salam..
Moga menjadi ingatan dan panduan kita bersama.

zulkbo said...

salam..
alhamdulillah..
byk menafaat ni..
ni koi bagi link nak
buat 5 entri terbaru

http://maribinablog.blogspot.com/2009/10/memasang-widget-recent-post-with.html

Cik SHiNJU said...

Sahrom San - noted..mmg boleh di amalkan dlm dunia blogging juga..

Cik SHiNJU said...

Sifu - pkai kimono dia yek.. :)
semoga bermanfaat utk kita semua...

Cik SHiNJU said...

Abg Zul - TQVM...nt koi try widget nih...senang nak tgk 5 n3 terkini...

Aku Anak Pahang said...

Sesungguhnya jadilah kita insan yang baik dikalangan yang terbaik. Bersamalah kita berusaha ke arah itu.

ikutsukakoi said...

salam cik shinju,

insyaAllah ramai yg akan dapat manfaat dr entri ni.

Cik SHiNJU said...

Abg Yassin - InsyaAllah... :)

Puan Da - Wslm...InsyaAllah..peringatan utk diri sya sdiri sambil2 share dgn kwn2..

mazru said...

salam..

bagus2..koi suke.

Cik SHiNJU said...

Mazru San - Wslm...TQ..

Unknown said...

alhamdulillah sya sampai ke laman ini.
Agak sama n3 ya..cuma saya dapat kelazatan budi dan ilmu membaca di laman saudari. Salam ukuhuwa..dtglah lagi ke laman ku orang keningaurain & sabahan blog.

MAZHA said...

salam
Renungan pagi Jumaat yang mendidik jiwa..

zella y said...

betul tu....
ape2 pun kita sbgai manusia boleh memperbaiki diri kita dan sam2 igt mengingati..

thanks!!

Cik SHiNJU said...

etuza - InsyaAllah, terima kasih.. :)

Cik SHiNJU said...

Admin My J SSU : Tq sudi singgah :)

Cik SHiNJU said...

Zella - betul3x...InsyaAllah...TQ :)

si para para said...

nasihat yang cukup berharga..semoga menjadi panduan dalam hidup ini...

Cik SHiNJU said...

Para-para - sekadar peringatan utk diri sdiri dan kwn2.. :)

annfrendly said...

suke entry ni... memukadimahkan diri.. betul.. kena sentiasa merendahkan diri..

Cik SHiNJU said...

Ann - kdg2 kita lupa nak hormat n hargai org lain...sedangkan di sisi Allah kita semua sama..hanya amalan yg membezakan kita...