Wahhh...line clear nih...
Salam...
Memandangkan idea xde...ai cari emel2 lama yg ai dapat...
Ni ai share salah satu panduan menghalang jenayah dari PDRM...
Mesti semua dah tau dan ada langkah pencegahan masing2 kan
tapi mane la tau kot2 ada yg terlepas pandang ye dok...
Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).
7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plat no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).
9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.
14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.
18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
Sumber: Bukit Aman PDRM

Salam Sayang,

32 comments:
ekarang nih duduk rumah sendiri pun rasa tak selamat
Zara - btl tu... dok umah x selamat,kat luar tu lagi la pulak...
Ape2pun sentiasa mohon perlindungan dr Allah wlu di mana pun kita berada...
keh3...ade pncuri siang ari.
salam...
sekurang2 nya kita beringat dan cuba ikut tip yang diberikan tapi kalau mmg jenis pencuri ada je idea dianya nok mencuri..
thnx bg info ni..xtau nak buat apa bila rumah sendiri pun da x selamat.huhu
sy suka cara annfrendly's buat..dia simpan semua pisau di dapur kat dlm bilik agar tidak dijadikan senjata oleh perampok..dia ada tulis dlm entri yg sy tak brp ingat tajuk dia..sgt berguna tips tue...
ang ni POLIS ke?
thank's for info
Terima kasih kongsi info drp PDRM ini sama kita manfaatkan. TQ
** tak boleh cakap byk sekarang tengah mabuk derian huhuhu...
betul tu
ayah gak selalu pagar rumah dgn bacaan ayat quran sblm tido
takut sekarang ni,mcm2 benda ada
Hiro - pencuri siang mlm ade...dah kunci pintu bilik ke? kang ade member dtg curi megi laks...hehehe... ;p
KamuChumel - beringat2 sebelum kena...malang x berbau...pecuri pun x berbau...mane ade org nk g mencuri pkai perfume siap2 an...hehehe ;p
Sifu - btl 2...pencuri semer dah skolah...byk cara2 mencuri dlm filem2 omputeh tu...ambil lgkah pencegahan tu bgus..at least klu kena pun bkn sbb kita lalai...
Sahrom San - n3 yg parents dia balik kg tu...mmg bgus cara Ann tu..PDRM pun bg tips yg sama...tong gas pun klu boleh kena sorok gak...klu rajin la kan...sya x larat..huhuhu
Tapak Kaki - dak aih...aku Mrs Casillas...hakhak ;p
Abg Yassin - sama2 :) koi suka musim duyan dh abeh...x daya mghidu bau duyan...kat umah bau duyan,g paso mlm tu lg la...x sabor tggu mggis,langsat n moktan masak plak...
Izyanty - welcome dear... :)
Syahira - itulah yg sebaiknya...
pencuri ni x kira siapa...asal ade pluang dorg amik jer...
thanks bg info berguna tu..kalau umah berpagar n ada alarm, cctv..belum tentu selamat..
PakcikLie - sama2...btl tu..
tp at least klu ade cctv senang sket nk cari penjenayah tu..,skang ni umah menteri pun dorg brani rompak...
haha.. ang nak jadi binik no 2 casillas ke?
Getah sekerap selalu juga hilang kena songlap..
Tapak Kaki - boleh gak... aku mmg minat giler Casillas tu...hakhak ;p
Relevan San - tu la pasai..xkan kat kobun gotah pun nak pasang cctv yek..
huhuhu
megi gua simpan dalam perangkap tikus..kena tngan spa mau curi.
Hiro - muahahaha...giler kedekut..
silap2 tgn ko sdiri kena..
memang berguna info2 ini
terbaru dari saya : lalang
salam..
bagusnya tips ni.. maklumlah.. kejdian pecah rumah makin berleluasa. nak tido nyenyak pun tak boleh.. rumah ni.. ann yang jadi jaga.. ehehe
a kl citizen - pencuri skrg dh mkin bijak..
Ann - W'salam..tulah pasai...x ckup ngn drug addict kat negara kita yg jd tkg pecah umah, tambah lg ngn geng penyamun pro dr negara jiran...dorg lg teruk...x kira sape,main redah jer..guna ilmu pukau la bagai...mudah2an dijauhkan kejadian tu dr kita & keluarga...
curi..curi..tu je kerjanya....pg la taman tebu ke..gula kan mahal sekarang...tak pun pg cari minyak ke...jual minyak ke...lagi berfaedah...tak gitu cik yun..
Para2 San - betolll... stok tebu negara mmg kurang skang..heheh
Post a Comment