Malam tadi saya bantai tengok Desperate Housewives Season 7
sampai lebam mata..huhuh..Tima kasih Yusnita sbb tlg donlod.
Dapat tengok sebelum kuar tv..heheh :p
Ada orang cakap,tengok siri2 atau filem barat ni tak elok.
Banyak pengaruh buruk dari pengaruh baik.Saya tak setuju
dan minta dibicarakan! ( tetiba emo :p )
Sejak dari kecik saya tengok drama2 dan filem2 barat..Saya
cuma kagum dengan kualiti dan jalan ceritanya yang tidak
memandang rendah akal penonton.Maksud saya ceritanya tidak memperbodohkan penonton.Kebanyakan citer Melayu kita dah
boleh agak ending dia cemane.Yer dak? Dialognya juga lemah
dan ntah ape2.Takde isi.
Pengaruh buruk? Tidak sama sekali,sebab kita dah tau itu filem
dorang dan mengikut acuan budaya dorang.Sangat berbeza dgn
budaya kita.Saya lebih menyampah tengok citer Melayu yang
langsung tak menggambarkan budaya Melayu baik dari segi
berpakaian dan budaya hidup.Semuanya kebaratan.Saya lebih
suka tengok filem Iran yang memaparkan budaya rakyat Iran.
Apa salahnya buat filem Melayu yang berwajah Melayu? Macam
filem 'Abang' lakonan Dato' Rahim Razali dulu tu? Filem
Pontianak lakonan Maya Karin tu pun banyak unsur2 Melayu.
Filem macam tu la baru wajah kita.Bukan filem Melayu tapi citer
pasal remaja yang kebaratan.Baik tengok filem barat daripada
tengok Melayu yang kebaratan camtuh.Geli.Wek!
Saya bukan anti filem Melayu..Saya cuma tengok filem Melayu
yang matang dan berinformasi.Bukan yang tiru filem barat,tidak
juga yang mengandungi lawak murahan.Baik tengok drama
Melayu yang banyak pengajaran dan penuh nilai kekeluargaan
kat tv daripada bazir duit beli tiket tengok citer Melayu yang tak
bermutu.
Bukan nak double standard tapi itulah hakikatnya.
Tetiba Emo,

30 comments:
salam..
tak semua orang barat buat tak molek
kita dah ada akal jadi fikir2 kan sendiri lah..koi suka citer omputeh berbanding tempatan...
salam...
Memang filem melayu sering dikritik & pengarah filem juga turut serba salah sebenarnya antara idealogy dgn komersial (keuntungan)..
p/s - koi dah lama nak terbitkan en3 ni cuma blm ada masa yg sesuai.
Abg Zul - W'salam..betul ter..kala takat filem Melayu mcm omputeh baik kita tgk citer omputeh betul..Filem Melayu eloklah bircirikan budaya Melayu.. :)
Sifu - W'salam...filem berbudaya melayu pun boleh untung dan meletup kalau kena strateginya..smpai bila nak sogokkan org kita dgn filem x bermutu? Tgk golongan yg p pawagam tu pun dah tau..golongan yang sama.Ajar penonton berfikir sket,lelama berubahlah selera dorang.
nak banding cite melayu ngan omputeh memang ler jauh panggang dari api yun. Cite melayu kite skarang ni bile tengok dah semakin berani dan kebaratan sangat, heran juga takde saper yang menegur,agak2ni lah punca mengapa org kita semakin berani wat dosa!
film magika pun ok gak..walau apepun, bergantung kepada persepsi kita bagaimana kiter nak menaakul sesuatu itu..persepsi bergantung kepada persekitaran...semoga industri film malaysia makin berkembang
Cekwa - byk pengarah Melayu terdiri dari cerdik pandai,prof pun ade tapi x ramai yg nak buat citer berkualiti..yg bg pengaruh negatif pun byk..mklumlah,pgarah muda,jiwa muda..
Sahrom San - Setuju secircle suara..xde bantahan di sini yang arif.. :D
salam..
setuju dgn pendapat aok te weh..koi meloye gitu ajer tengok org melayu cam citer hotel ape te?mania?nyampoh lalu..terkinje2 menyanyi..sore x sedap pon..tp ala2 filem greese kan?
kala nak buat cerite bior cam citer nur kasih tu ke..ok gek..
citer hantu pun koi da bosan..
jgn satu hari sok jadi cam sinetron alisa dah la..lg bosan.
omputeh memang pandai wat cerita. plot tersusun dan ada isi. cerita melayu berterabur dan skrip merepek.
Bila tegok citer melayu kawan mudah naik bosan nok pulok slotnya tak lebih berkelahi dgn bini..bergaya jadi org kaya huhuhuhu...
betul tu...klu cite melayu tunjuk budaya barat ni mcm meluat pulak tgk...walaupun ramai gak org melayu yg dah berbudaya camtu...hehe
Mazru - setuju ngn semua komen aok ter..huhu...betul sesangat.. :D
Nerzhul - setuju ngn aok..bkn xde citer melayu yg bermutu tp drama jelah...kala wat filem mmg x laku..
Abg Yassin - ho'oh..kelahi laki bini,samseng taik kucing,merupa org korporat,mak datin pkai gigolo..naik bosan dh koi..
Mario - nak tgk gaya barat baik tgk citer omputeh..tol dak? :p
blogwalking.. visited.. XD
setuju..filem & drama barat lebih berkualiti..cuma budaya mereka yg kurang sesuai dgn kita...namun kita sebagai penonton yg matang jgnlah sampai terpengaruh dgn cara hidup mereka..ambil saja inti cerita yg baik..memang tidak dinafikan filem melayu semakin berkualiti tetapi cuma bbrapa kerat saja
X semua filem barat tu teruk. Kita kena luaskan horizon pemikiran sblm menghukum. Jujur, terfapat filem barat yg membicarakan tg islam dgn sebaik2nya. Antaramnya filem Malcolm X (lakonan denzel washington)dan lion of the desert(lakonan anthony quinn). Ia jauh lebih bagus berbnading filem melayu yg entah apa-apa entah.
Mr Lonely - heheh..msti x jumpe shoutmix neh.. :p
Orang Muo - betul tu..tgk xpe,terpengaruh jgn..heheh.. :D
sy minat cte omputih jgk x minat langsung cte melayu ni tp bkn smua la... sbb cte org putih lakonan dorg? semua mcm btol2 bkn belakon berbeza dgn mlyu...
Babak drama melayu ranking tertinggi..
1. babak makan ..restaurant/rumah
2. babak dalam office/mesyuarat
3. babak memandu smbil mnelefon..
4. babak dating/shopping SOGO
5. babak kantoi dengan makwe/girlfriend
6. babak tembak menembak menggunakan pistol plastik tp kene mangaiii mati woo... haha.. x de feel.
7. babak sms/call awek..wajib babak nie..
itu jer la kot hehehe... dan drama terbaik dan penuh menyentuh hati Drama " Taubat Nasuha" memang terbaekkk!!!!..
Shameel San - betul sesangat tu.. :)
Irfan - drama2 Melayu byk yg best..mcm Nur Kasih semua tu..Filem pun ade tp x byk.. :)
MrV - hahahahaha..mmg betul tu..satu lagi bila bab lagu jer,terus hero ngn heroin jalan2 tepi tasik..buat2 tunjuk sana tunjuk sini smbil gelak2 gedik.. :D
Lama tak tengok cerita Tamil lakonan sivaji Ganesan atau pun MGR..mau pun filem padayapa..!
whoa.. ang ada bakat buat filem aku rasa.. saing-saing suhaimi baba jugak ang ni rupanya.. aniway aku memang setuju dengan pendapat ang.. aku suka dengan hollywood & bollywood.haha
Relevan San - koi xleh lgsung nengok tamil muvie..pening pala..huhuh
Tapak Kaki - aku mmg ade bakat...kritik orang..hakhak.. :p
Post a Comment