Hari ni citer sal album2 artis Melayu pulak..
Yang filem hari tu komen kaw2 punye...hahaha..
Tengs utk pengomen2 tegar.. 10 thumbs up!
(setelah digabungkan semua ibujari anak2 DJ) :p
Baru2 ni menteri berkaitan dg industri hiburan ni
umumkan jumlah bantuan yang agak banyak utk
membantu industri muzik yang agak suram... (???)
Pernah la kan,saya baca paper citer pasal luahan
hati artis2 Melayu yang mengatakan orang2 kita
ni lebih suka beli album cetak rompak daripada
membeli album original hasil titik peluh mereka..
Siap mengalir airmata lagi artis tu tau..Pastu dia
macam marah2 la kat pengguna yang dikatakan
menyokong sangat aktiviti cetak rompak..Macam2
la dia kata,perbuatan tak halal la bagai.
Sekali lagi saya tak setuju dan minta dibicarakan!
(emo lagi.. ;p) Tooooooolonggg sket eh! Sape yang
beli album ciplak? Saya rasa orang dah x peduli la
album ciplak2 neh..Ketinggalan zaman la wehhhh..
Macam la pengguna kat Malaysia ni teruk2 sangat
sampai nak tuduh mcm tu skali.Saya tengok la album
artis2 barat laku semedang jer.Nape? Sebab dlm sebuah
album tu,ade 16 lagu,semuanya lagu besh2..Xde yang
sekadar tangkap muat.Proses mengumpul lagu n merakam
album artis barat selalunya makan tahun.Mereka sangat
teliti dengan kualiti lagu dan muzik.Dengan erti kata lain,
mereka betul2 menjadikan industri muzik ini sebagai
perniagaan!
Cuba perati pulak kebanyakkan album artis kita,hasilkan
album dalam masa x sampai setahun,lagu tangkap muat.
Dalam satu album 12 lagu,ade la satu 'killer song'..Yang
lain semua lagu ntah hape2.Pastu nak suh kami beli?
Beli album takat satu lagu jer besh nak watpe wehhh?
Baik donlod kat 4shared jek..hahaha.. :p
Tengok zaman Alleycats dulu,semua lagu best.Album Ella,
Ziana Zain,Ukays n Spider pun meletup jualannya.Sebabnya
lagu2 dalam album mereka boleh dikatakan semuanya sedap
didengar.Sekarang dah xde album yang meletup kan?
Raihan masih memegang rekod jualan album terbanyak.
Kalau sebuah album tu betul2 berkualiti,semua lagu sedap,
orang memang akan beli sebab berbaloi.Walaupun zaman
ni zaman mendownload tapi saya sangat2 yakin album yang
bermutu pasti akan laku gak.Sebab berbaloi tu la.Pasang
satu cd semua 12 lagu best.Tengok betapa hangatnya
sambutan mereka bila keluar album kompilasi lagu2
terbaik..Itu tandanya album yang memuatkan semua lagu
sedap pasti akan laku.
Jadi,janganlah menangis lagi wahai artis2 Malaysia..
Wat malu jek..Hasilkan album bermutu.Jangan buat
album tangkap muat pastu bila x laku korang malu.
Bila malu korang tuduh pengguna yang salah..
macam la kami ni bodoh sangat.Siap ade yang frust
n bawa diri menyanyi kat obersi nun..hakhak.. :p
Salahkan menteri la bagai x kawal lanun cetak rompak.
Lagi satu (x abeh lg upenyer :p), imej tu jaga la sikit.
Kalau dah melayu tu tetap melayu..lagu ntah ape2 tapi
penampilan ngalahkan Beyonce..tayang sana,tayang sini..
Rambut jangan kata la..perang weh..dagu dah tertonjol
asik kena suntik,bibir tebal semacam..Baik kami tengok
mtv artis barat,at least dorang nye rambut mmg
perang pure.hakhak :D
Dah la..malas nak wat dosa byk2..Papai..
Meluat Seh,
..

11 comments:
salam..
setuju dengan leteran anda..
he he..
btul tu yun...
lebih baik download je killer song tu kui3...
artis m'sia ni sibuk sgt nk ikut artis barat...cr la identiti sendiri...
ciplak2 xmaen..skang men pakai download je memaseng..huhuh
betul tu. contoh album baru maher zain. semua lagu best-best. berbaloi beli yang original.
Suka album orang melayu tapi nyanyi lagu orang putih..
Setuju dengan leteran anda juga.... Leteran terbaik 2010 hehehe...
salam weh..
koi bkan nak menyokong aok weh,tapi ntoh gone koi setuju sgt dgn kate2 aok te..
koi ingat lg album search-album buatan malaysia te..semua best2 dlm tu!album wings-hukum karma pun sedap2 lagu semuanye..koi beli kaset ori..mahal?xde la sbb koi puas hati!rock beb!
ter emo pulok...hahhaa
Sesekali layan juga lagu omputih keknya kawan suka dengor lagu lelama :)
cuba cek dorg tu beli album ori ke sama je cam kita... hak hak...
salam..album melayu yang pernah saya beli CD hanyalah Search....sampai sekarang saya layan kerana lagunya teramatlah berkualiti..lagu indie band sekarang pun ok gak..sekurang-kurangnya diorang bikin lagu sendiri..
apepun, hakikat yang sebenar adalah pasaran muzik kita tak besar..sebab tue industri ini tak kemana...kuasa beli kita rendah..kita tak beli CD macam beli nasi bungkus sedangkan di barat tanpa muzik idup mereka tak lengkap...
Sokong sahromnasrudin di atas. Artis sekarang, kalau takde komposer wat lagu, hidup segan mati tak mahula gamaknya. Kita tiada amalan nak jadi artis, wat lagu sendiri. tapi nanti komposer takleh cari makan plak. maksudnya, janganlah terlalu berharap pada komposer, jadi kreatif, macam aizat.
Post a Comment