Saturday, January 15, 2011

Kempen Untuk Blogger

Salam...



Saya ingin menyeru dan mengajak semua rakan-rakan
blogger untuk menulis entri dalam Bahasa Melayu dengan
betul pada setiap 15 haribulan.


Sila rujuk  SINI

Ini adalah bulan kedua kempen ini berlangsung.Jika bukan
kita yang memartabatkan Bahasa Melayu,siapa lagi?
Bukan susah pun,hanya sehari dalam sebulan kita diminta
menulis dalam Bahasa Melayu dengan betul.Jika anda
semua peka dan bangga dengan bahasa kita,sahutlah
seruan kempen ini.

Saya harap jangan pula nanti ada rakan-rakan blogger yang
terlebih bijaksana dan cuba melawan arus trafik dengan
melancarkan kempen menulis entri mencarut atau memaki 
hamun pada setiap 30 haribulan.Jika ada,saya tidak akan 
teragak-agak pula melancarkan kempen 'menyantau' anda 
nanti  (muka saya agak serius waktu ini).

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~**~*~*~*~*~*~

Menu minum petang..
Siapa suka makan laksam sila angkat tangan? (saya sedang
angkat tangan sambil tersengih ni.. :P )


Jom makan laksam.. Bismillah...




Salam Hormat, 
 

46 comments:

2ury said...

Marilah kita sama-sama mengutamakan Bahasa Melayu.

Wah, sedapnya laksan tu.

Cik SHiNJU said...

2ury - heyp..laksam tu ada semangkuk jer..saya ajak-ajak ayam jer tadi..harap maklum :P

terokai seni said...

sokong...

nok sikit laksam

Cik SHiNJU said...

Cemomoi San - Laksam dah abeh..koi ajok2 ayam jek tadi.. :P

IMANSHAH said...

Sentiasa cuba menggunakan bahasa melayu yang terbaik setiap entri.

Hairun Azmi said...

Awak sungguh garang hari ini.Lalu saya ketakutan tetapi bolehkah saya memiliki sedikit laksam awak itu.Awak baik hatikan .Hehehehhe


Benteng Jerantut di langgar Garuda

al-lavendari said...

syabas anak muda .. dan terima kasih bukan sahaja kerana ju turut menyokong usul pakcik (hari ini tak mahu guna perkataan "uncle" .. hehe) tetapi juga akan menyerang para bloggers yang melawan arus.

* laksam tu buat sendiri atau ju beli sendiri ?

azman JINKAMEN said...

salam
saya dengan ini menyokong

Cik SHiNJU said...

IMANSHAH - hehehe..saya susah nak aplikasikan penggunaan BM yang betul...elok juga Uncle Hamzah buat kempen macam ni..

Cik SHiNJU said...

Miecyber San - kahkahkah (gelak ala2 dalam buku teks) Saya hanya membeli sebungkus sahaja laksam...semuanya sudah selamat masuk ke dalam usus saya.. :P

Cik SHiNJU said...

Pak Cik Al-Lavendari - Sama-sama pakcik.. kempen yang baik haruslah disokong.. :)

Laksam tu saya beli..saya tak pandai masak laksam...

p/s : Pakcik boleh panggil saya Yun. Shinju tu saya pinjam perkataan Jepun bermaksud mutiara :D

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Bersetuju untuk mengambil langkah sewajarnya..

Ermmmm lemak sangat kuah laksam tu, tak larat saya..

Cik SHiNJU said...

azman Jinkamen - W'salam.. terima kasih kerana menyokong...sila ambil cenderahati di kaunter no-5 :P

Cik SHiNJU said...

Ustaz Abd Razak - W'salam.. Mari kita sahut kempen Pakcik Hamzah ini...

Kuah laksam tu tak berlemak sangat pun..isi ikan yang buat pekat... :)

munna said...

kak munna sokong....

Anonymous said...

Malam ini nak kemaskini masuk (entry la kan.kalu no entry di larang masuk lak)hehe~
dengan menggunakan bahasa melayu dgn btl...

Bahasa Jiwa Bangsa =)

Cik SHiNJU said...

Kak Munna - saya pun menyokong apa yang Kak Munna sokong tu..hehehe :D

Cik SHiNJU said...

budakmana_tah - kemaskini masuk ekh? hehehe..nak gi jenguk jap.. :P

Miss AZ said...

bukan pada 15 hb ja.. saya mmg taip bahasa melayu.. hehe!! sedapnya laksam.. lama dah tak makan.. :)

Anonymous said...

bagus, kawan pun memang setuju kempen ni

Cik SHiNJU said...

Mirra - bukan setakat berbahasa Melayu..tapi tak boleh gunakan bahasa pasar dan perkataan yang diringkaskan.. :)

Cik SHiNJU said...

eelobor - blog aok memang tak banyak kesalahan bahasa..tak macam blog koi..huhuhu :D

Aku Anak Pahang said...

Salam, kawan sedaya upaya mempratikkan bender ini :( mmg kaco kalau tulis ringkas (ayat sms) kawan tak reti nok bace :(

Anonymous said...

hammboi laksam plak die batai..shin ni selera kuat la.....kan.....ahahaha

Unknown said...

marilah kita sama-sama memartabatkan bahasa melayu:)

laksa penang pn sedap/.heeeee

Unknown said...

Errrr...kalau time ade makanan dengan mende2 yang lain...kompom koi pilih makanan dulu..he3!!!
Sedap laksam tu...dh kenyang barulah koi setuju 100% kempen aok nih!!!!
Hahahaha.....

Anonymous said...

Saya sentiasa meyokong aspirasi berbahasa. Apa kena-mengena bahasa dengan laksam?
huhuu.....

si para para said...

wah sedap tu laksam...mintak sikit.hehe tak perasan ke tengah tulis penuh ni...sokong bahasa melayu..tapi tulisan jawi jgn lupa..kena sokong jugak...jangan bagi hilang. :)

mie said...

eh!!
laksam pantai timur ye..
lain je warna kuah tu..
ehheee

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

huhu...

kalau laksam ni memang tak boleh telan tapi kalau laksa memang suka !

sud@is said...

selepas baca n3 ni coba buat yang terbaik k

Cik SHiNJU said...

Abg Yassin - W'salam... tolong kekalkan penggunaan loghat daerah2 di Pahang yek..Sbb koi pun xtau byk loghat daerah ni..heheh

Cik SHiNJU said...

S!L4H - hahaha...dengki la tu :P Selera makan tu memang kuat tp kuantitinya masih dalam kawalan..heheh..

Cik SHiNJU said...

echah mahsuri - laksa penang saya x berapa gemar..laksam,laksa pahang n laksa johor jer yang saya salu makan.. :D

Cik SHiNJU said...

Yas - ahaha...komen x boleh blah.. :P
Makan2 dulu yak..dah full baru boleh runding pasal kempen.. :D

Cik SHiNJU said...

Sephi Sephia - laksam tu sub entri jer... :D

Cik SHiNJU said...

Para-para San - laksam tu dah abes..hahaha..p beli sendiri..siuhh :P

Wah..tulis penuh nampak..ok,sat lagi saya tulis n3 pasal bahasa jawi pulak yer..

Cik SHiNJU said...

mie - yup..laksam Kelantan..lain ker? hehehe...saya tau beli n makan jer..bukan pandai buat pun...:P

Cik SHiNJU said...

Kak Reen - Yun pandai makan laksam sejak dok serumah ngan member dari Kelantan la..huhuh..Laksa Pahang pernah makan x?

Cik SHiNJU said...

S..U..D..@..I..S - InsyaALLAH...kempen yang baik harus diikut... :D

AkuMuzikFilem said...

Saya memamng suka menggunakan Bahasa Melayu yang betul dan indah penggunaannya=)

AkuMuzikFilem said...

Lah, macam salah eja je tadi, baru je nak mulakan kempen 15hb

Aleen Aiden said...

pergh,laksam la plak kan.hances!

Cik SHiNJU said...

AokMuzikFilem - heheh..tersalah eja xpe..jangan sengaja salah eja..

Cik SHiNJU said...

Aleen - terliur ker? hehehe..beshh.. :P

ozzy said...

salam...

Bahasa jiwa bangsa..rasanya saya mmg gunakan bahasa melayu sepenuhnya setakat ini dalam blog saya