Thursday, March 31, 2011

Harta Pusaka Dan Wasiat

Assalamualaikum...





Dah dekat sebulan saya berada di kampung
menguruskan hal2 berkaitan harta pusaka...
Tu pun dah puas kena bebel dek mak dan
mak sedara sebab kami x pernah ambil peduli
selama nih...

Terutama kepada mereka yang tidak mempunyai
anak lelaki...Harap dapat baca n3 ini sebagai ingatan.
Saya kongsikan citer ni sebab nak ingatkan kawan2
semua,betapa pentingnya pembahagian harta pusaka
dan penulisan wasiat ketika masih hidup.Fakta menunjukkan
orang Melayu dan umat Islam di negara ini memang 
mengambil mudah tentang perkara ni.Banyak harta dibekukan
oleh Amanah Raya dan tidak dituntut hingga kini.


Saya pernah lihat kes tuntutan harta yang x setel
bertahun2 lamanya kerana tiada kata sepakat 
antara penerima pusaka yang layak.Biasanya ianya
melibatkan jumlah yang besar.Pemberian oleh pemilik
harta semasa masih hidup dapat mengelakkan masalah
perebutan harta kelak.

Act,arwah ayah saya dah tukar nama siap2 tanah hakmilik
beliau ketika masih hidup dulu...Itu dipanggil harta tak alih.
Maksudnya harta itu kekal disitu dan x boleh dialih2.
Kalau kereta,akaun bank dan saham2 tu pulak dipanggil
harta alih.


Cuma ade beberapa lot tanah lagi yang belum sempat 
ditukarmilik memandangkan ade masalah di lot2 tanah 
tersebut.Lagipun ayah saya pergi mengejut,jadi ianya
bukanlah disengajakan.

Salah satunya lot tanah di tengah2 bandar Kuantan,
ianya hadiah daripada bapa angkat ayah saya yang 
berbangsa cina,yang memberi tanah tersebut kepada ayah 
sebelum beliau berhijrah ke Australia.Tanah tu diduduki 
secara haram oleh sebuah keluarga Melayu dan kesnya masih 
belum setel semasa ayah saya meninggal dunia.


Ayah dah bahagikan siap2 tanah tu kepada kami
5 beradik cuma x meninggalkan wasiat secara sah.
Memandangkan kami semua perempuan,ada
masalah sikit mase membuat tuntutan.Kami terpaksa
mencari saudara lelaki untuk menguatkan tuntutan.
Jika tiada saudara lelaki,satu bahagian daripada
harta tersebut akan diserahkan kepada Baitulmal.

Bab ni kami ada masalah sikit sebab ayah pun cuma
dua beradik dan adiknya perempuan..Jadi saya tiada
bapa saudara di sebelah ayah.Mujurlah ayah mempunyai
sepupu lelaki di sebelah bapa saudara ayah.Terpaksa
la kami menyusahkan beliau untuk proses tuntutan
ini.Sekarang ni baru submit borang tuntutan.Banyak
prosedur nak kena buat bila dah jadi mcm ni.Kena p
bank ambil penyata terbaru akaun bank,penyata
saham2 lagi.


Sesiapa yang tiada anak lelaki,saya nasihatkan
buatlah pembahagian harta sekarang samada
terus menukar hakmilik ataupun membuat wasiat
dengan Amanah Raya.Jika tidak mungkin harta 
anda nanti akan jatuh ke tangan pihak lain.Kalau
sekadar dapat ke Baitulmal xpe lagi...Bagaimana
pula jika ade saudara lelaki anda yang tamak
dan merampas hak anak2 perempuan anda nt?
Kita xtau bila ajal kita sampai kan.


Di zaman serba memerlukan RM ni kerana harta ade
yang sanggup putus saudara.Bukan nak menghasut
atau menakutkan,tapi dah banyak kes tuntutan harta
tertangguh di mahkamah..Sanggup bawa ke mahkamah
sivil plak tu.Mohon ALLAH jauhkan sikap 'busuk'
ini dari kta semua.

Dalam kes ini kami sangat bersyukur kerana
mempunyai bapa saudara sepupu yang sudi 
menolong dan sangat bertanggungjawab.

Untuk menulis wasiat sila rujuk web Amanah
Raya Berhad.Kalau nak tukar hakmilik
tanah siap2,gi jer ambil borang di pejabat
tanah.




Untuk mengetahui turutan penerima
berhak ke atas harta pusaka mengikut hukum
faraid lihat di sini:


http://www.yousaytoo.com/pembahagian-harta-pusaka-islam-faraid/82701


Bagi cara menuntut harta pusaka yang x sempat
dibahagikan pula rujuk syarat2nya di sini :







To Be Continue...

32 comments:

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

trime kasih atas info ini..memang ramai( termasuk saya) yang tak ambil port pasal mende nie..apepun awak telah mengejutkan saya....

zella y said...

wah...rumit jugak ye psl harta pusaka ni...

thanks for the info yun..nanti cite lg tau...

Cik SHiNJU said...

Sahrom San - Waalaikumussalam...
Betul..org kita x amik port sgt pasal ni..Mcm ayah saya mmg dah tukar siap2,cuma ade 2-3 lot yg problem..Elok buat wasiat atau tukar milik sekarang,kita xtau bila ajal kita kan..

Cik SHiNJU said...

Zella - Memang rumit kalau xde waris lelaki..Kalau ade anak lelaki pun belum tentu boleh setel segera,kena ade kesepakatan...sama2,InsyaALLAH :)

Aku Anak Pahang said...

Assalam, terima kasih berkongsi info yang baik.. namun ada baiknya juga kalau kita byk reta bagi tengke hidup ini tidaklah dah tak de nanti deme bantainya berebut :(

zulkbo said...

salam..
ermmm..begitu gayanya nya
koi pun tak letak penama
lagi nih..

munna said...

hari ni kak munna baca dalam paper pun banyak lagi wang yg tak dituntut oleh waris sebab masalah pembahagian harta pusaka.. lepas ni nak suruh mak ngan ayah kak munna buat penama harta dia siap2...

Unknown said...

Tak penah berurusan lagi ngan Amanah Raya, sejak abah koi pergi...semua harta tu diserahkan kpd mak..

Unknown said...

eh! smua pmpuan adik beradik akak ke? x boleh ke bagi pembahagian harta? hmm..susah jgk klu xde adik bradik laki ni sy pun kdg2 pening jgk..

grOundnUt said...

Thanks for the Info...^^

Cik SHiNJU said...

Abg Yassin - Waalaikumussalam... haa tu la,takut berebut tu yg paling penting..org ler nih,sggup putus sdara sebab dek harta..Minta dijauhkan sifat buruk tu dr kita semua...

Mcm kami ni masalah berebut tu x timbul,tapi xde adik badik lelaki pulok...Lgpun harta x byk mane pun nak berebut... x padan lalu nak putus2 sdara...

Cik SHiNJU said...

Abg Zul - W'salam...elok buat wasiat awal2...Kita xtau bila masa kita sampai...Tapi aok xpe,Ilhami ade..

Cik SHiNJU said...

Kak Munna - Elok suh dorg tukar sementara masih ada ni...Bukan kita tamak tp byk masalah mase nak menuntutnye nt...

Cik SHiNJU said...

Yas - Kalau pemiliknya nama mok aok xpe la..Nt dia boleh p tukormilik jer kat jabat tanoh..Tapi kalau nama aboh aok lg leceh sikit la prosedurnye...tp ade anok llaki xpe la...

Cik SHiNJU said...

Irfan - Yup..lima2 pempuan..Bahagi tu boleh,tapi mesti ade saudara lelaki dalam list penuntut harta tu..Kalau tidak harta tu akan diserahkan ke Baitulmal satu bahagian...

Cik SHiNJU said...

Kacang - Welcome.. Ko pun kena buat surat wasiat siap2..Bg jer Cindy kat aku..huhuh :P

chenta said...

wah..info y menarik..
tQ ya cik shinju
nti kongsi lagi eh.hehe
rumit gak eh proses harta ni

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Amatlah berguna ni Yun.

tenkiu.

Anonymous said...

hehehehe, saya takde harta yang nak di wasiatkan. kat bank semua duit orang lain, yang saya punya cuma sen2 jer. huhuhuuh

Cik SHiNJU said...

chenta - rumit hanya jika pemilik harta x sempat tukarkan hakmilik kepada pewaris dan tggalkan wasiat..

Cik SHiNJU said...

Kak Reen - sekadar menyambung bebelan org kat pjbt tanah aritu..huhuh..
Harta org Melayu banyak x dituntut kat Amanah Raya tu...

Cik SHiNJU said...

eelobor - haishhh...sen2 tu ade billion jumlahnye dak? :P

Sekadar mengingatkan..sebab org kita ni byk harta x dituntut,tanah terbiar pun byk..sok2 kena rampas haruu...

si para para said...

pembahagian harta pusaka tak leh wat main main kan..
silap bagi boleh putus saudara..
yang hidup tak senang.. yang dah pergi tak tenang.

Mario said...

betul tu...memang kalau bule nak kena tulis awal2 wasiat ni...

Cik SHiNJU said...

Para-para San - Betul..Kalau si waris redha dgn pemberian tu xpe..Kalau sikit jer x puas hati boleh putus saudara...Saya dh pernah tgk bapa saudara bolot semua harta anak saudara,padahal itu mmg hak si anak saudara,silapnye ayah dia x tukarmilik siap2 mase masih hidup..smpai x bertegur sape..

Cik SHiNJU said...

Mario San - tulis awal2 la sebaiknye..surat wasiat tu kita boleh ejas brape kali pun..kot2 harta bertambah atau waris bertambah boleh ejas lg...

Unknown said...

eh! mcm tu plak? rupanya penting ada anak laki dalam pembahagian harta

Cik SHiNJU said...

Irfan - yup..sbb kalau harta x sempat dibahagikan ketika pemilik hidup,pembahagian akan mengikut hukum faraid..lelaki akan dpt lebih bahagian harta...pastu ikut suka hati dia la kalau nak bahagikan2 secara sama rata plak kat kakak or adik ppuan..Yg penting proses menuntut harta kena ade waris lelaki,klau tdk satu bahagian diserahkan ke Baitulmal..Seeloknya bahagikan harta ketika masih hidup atau pun buat surat wasiat siap..

Aleen Aiden said...

woah,mane nak carik ayah angkat mcm 2 eyh?!he3

Cik SHiNJU said...

Alin - buat jek iklan kat metro 'mencari bapak angkat!' letak gambo ko mase bebi..

Woofer Storm said...

sayam..tdke bnda pun nak buat wasiat ni...eehehee

Cik SHiNJU said...

Achie - wasiatkan lappy n motor ko kat aku..heheh :P