Friday, June 10, 2011

Bacalah...


Salam Jumaat...



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan
 pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di
 bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu 
berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 
2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan
cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh 
menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri 
mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak 
itu berkata, 

"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku.
Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. 
Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.
Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia 
dimasukkan ke dalam Syurga."


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal 
dan berkata: 

 "Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu 
membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring
 dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan 
bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu 
tidak akan bersedih."


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya 
daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat
tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi.


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :

"Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang 
lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi 
atau malaikat."

*** Al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua 
penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran..

26 comments:

Guru said...

terima kasih atas peringatan...

eelobor said...

terima kasih di atas peringatan. memang saya nie jenis lalai andai tidak di ingatkan

Kakzakie Purvit said...

Cantik N3 ini. Benar Al-Quran tiada tolok bandingnya. Sayang ada yg menjadikannya sebagai hiasan tanpa pembacaan yg sepatutnya...

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Setiap orang yang tidak mengambil manfaat dengan zikir dan bacaan Al-Quran serta tidak takut dengan peringatan dan keterangan maka hal itu terjadi kerana lemahnya iman serta sakitnya hati yang telah menutupinya.

Wahai diri, tidakkah kamu malu kepada Allah SWT? Mengaku cinta kepada-Nya, tetapi kamu tinggalkan kalam-Nya.

Aku Anak Pahang said...

Terima kasih berkongsi perkara yang begitu bermanfaat utk pengetahuan bersama.

blog-tips-kurus said...

Mari mengaji.. :-)

'Bergunalah kamu kepada 2 perkara sebagai ubat iaitu Al-Quran dan madu'

KuNanGKuNanG said...

baca la walaupun 1 ayat..kadang2 mmg rase xsempat tp kene paksa jg diri ni. bende lain kite leh wat nape bc Al-Quran kejap pun xleh kan?

Tapak Kaki said...

iqra'...

zella y said...

salam yun...
tahnk for the peringatan ya... ;)

munna said...

sama2lah kita amalkan membaca Al-Quran...

AzMaslenda said...

:) terima kasih kerana mengingatkan.

Mario said...

thanks...

Kuasai Minda said...

Bacalah ALQuran secara istiqamah, walaupun dengan hanya sekadar satu muka surat dalam sehari...

Unknown said...

SALAM,
AL QURAN UTK DIBACA, DIFAHAMI DAN DIAMALKAN ! TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN

zhrhtoodem said...

Allahuakbar. Subhanallah. terima kasih mengingatkan :)

terokai seni said...

baca quran pon dah 'jarang-jaran!' camana dia nak dok kat kita nanti...

Admin said...

terima kasih kerana berkongsi n3

zulkbo said...

salam Yun..
menginsafkan..
terima kasih
mengingati..

Qamaruls said...

wer aku insaf..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...'

trime kasih kerana mengingatkan kami..semoga ia bisa menyedarkan kami yang lalai dan alpa ini

Aleen Aiden said...

en3 neh terbaekkk!aku sukeeee.hu3

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

timaseh Yun..

Unknown said...

SALAM,
TERIMA KASIH BYK2 ATAS PERKONGSIAN INI ! AL QURAN MESTI DIBACA, DIFAHAMI DAN DIAMALKAN

Mario said...

jumaat dtg lg...alhamdulillah...

grOundnUt said...

thanks for the takzirah jumaat...peringatan untuk kita semua...masih ada lagi orang yang tak mahu belajar Al-Quran..rasa bersyukur kerana Ibu dah AYah telah mendidik kita untuk mengenal apa itu Al-Quran...

Woofer Storm said...

salam yun..

terima kasih buat entry ni..orang yang lupa,mari kita sedarkan dari yang lena,semoga bukan sekadar dikata,tapi yang paling penting di hati masing2..