Tuesday, June 28, 2011

Tiket Perlawanan Malaysia vs Taiwan Dijual Esok


Assalamualaikum...




Untuk makluman penyokong setia Harimau Malaya:



2011/06/28

TIKET untuk perlawanan pertama, pusingan pertama kelayakan Piala 
Dunia 2014  antara Malaysia dan Taiwan akan dijual mulai jam tiga 
petang pada hari perlawanan, esok. 

Perlawanan bermula jam 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Menurut kenyataan laman web Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), 
semalam, tiket terbahagi kepada tiga kategori iaitu RM30 untuk tempat 
duduk grand stand, RM20 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 
12 tahun.
Beliau berkata penonton boleh membeli tiket perlawanan di pintu kuning 
stadium berkenaan. 

Malaysia tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia sejak pertama kali 
beraksi dalam pusingan kelayakan pada 1974 di Jerman. 

Pusingan akhir Piala Dunia 2014 akan diadakan di Brazil. - BERNAMA 


Sumber : Berita Harian Online




*** tu dia...rega tiket grandstand 30 hengget jek..
Gi la reramai bg sokongan ke team kita.Better naik lrt
la weh..Untuk elakkan kesesakan dan bayaran parking.

14 comments:

al-lavendari said...

tak de ke tiket percuma untuk warga emas ?

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

utk pembawa HIV, ada yg free?
mesti org xmboh duduk dekat punya.
dracula pun takut, he3

Cik SHiNJU said...

Uncle Hamzah - mane leh... Uncle mmg la warga emas tp kategori yg ade card platinum..xleh2... baik bg tiket free ke peladang anggur mcm yun neh..hehehe :P

Cik SHiNJU said...

AHP - Jgn cakap mcm tu... :'(
Semua insan sama disisiNYA,hanya amalan yg membezakan kita semua...

Yun pernah join xpdc berakit dgn penghidap HIV...Harap blog AHP dapat memberi kesedaran kpd masyarakat dan mengubah stigma mereka terhadap penghidap HIV...

Semoga AHP tabah dgn ujian ini...
(wlupun yun x puas hati lg dgn kecuaian pihak lain tu)

Admin said...

deme belanja kome la weh
sekali sekala hehehe

Unknown said...

sama-samalah kita bagi sokongan kepada skuad negara...semoga harimau malaya boleh makan tapi taiwan... yes!!

blog-tips-kurus said...

fuuuhhhh! rasa dug dag dug dag menanti saat itu. (macam aku yang main!!)

Anonymous said...

yang pasti, kawan mesti pergi ke sana malam nanti. tak best tengok kat tv, takde feel bila tak dengar kemeriahan laungan dari pasukan penyorak

Cik SHiNJU said...

Ustaz Mitos - koi pun x gi weh.. ic tggal kat kg..x bani nak gi memane.. pegang status pelarian skang ni... :D

Cik SHiNJU said...

Khairil - wah..semangatttt!!! harap2 menang la kan...

Cik SHiNJU said...

blog-tips-kurus - hehehe...malam ni lagi laju 'dup dap' tu nt... jgn smpai gugur jantung sudah la... :P

Cik SHiNJU said...

eelobor - yess...yg biasa pergi stadium mesti x puas hati takat tgk live kat tv jek... malangnys ic kawan tertinggal kat kg..ngn seluruh isi wallet.. x bani la plak nk gi..buatnya ade polis nk check ic kang..huhuh

Tapak Kaki said...

promote je ke? takan tak mau pergi sekali kot..hehe. ops, lupa.. ang bergelar PATI sekarang. :P

Cik SHiNJU said...

Tapak Kaki - hahaha...siot jek.. slamber nganjing erk.. :P