Saturday, July 16, 2011

Mari Pakai Baju Kuning!!!

Assalamualaikum.....

Gambar : jaguru-ohyeah.blogspot.com

Jom rakyat Malaysia,kita pakai baju kuning petang ni.
Err,maksud ai,jersi Harimau Malaya kaler kuning tu yer.
Jersi biru pun ok.


Tau la awak tu 'kipas susah mati' Liberpul.
Tapi agak2 la kan.Kalau nak sangat pakai campur2.
Jersi Liberpul,sweater kuning Harimau Malaya atau
jersi Harimau Malaya,topi Liberpul.


Ala,friendly match jer pun...Bukan senang nak
tengok kelab ternama bermain kat tempat kita kan.
Kalau boleh nak dua2 menang.Liberpul datang pun
dapat duit.Harimau Malaya lak jadikan perlawanan
ni sebagai medan latihan berdepan Singapura x lama
lagi untuk kelayakan Piala Dunia.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Gambar : Harian Metro


KETUA jurulatih negara, Datuk K Rajagobal menggesa peminat tempatan mempamerkan semangat patriotik apabila hadir menyaksikan perlawanan persahabatan Harimau Malaya menentang Liverpool petang ini.
Pengendali yang menjulang Piala AFF 2010 dan pingat emas Sukan Sea 2009 itu jelas kurang senang dengan suasana ‘Gelombang Merah’ yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil ketika menentang Arsenal pada Rabu lalu.

“Saya mengharapkan mereka akan lebih patriotik kali ini. Saya menasihatkan mereka untuk memakai jersi biru (jersi kedua Malaysia) namun saya tidak melarang mereka untuk menyokong kelab luar.
“Saya tidak faham dalam keadaan genting seperti ini kenapa mereka tidak menyokong skuad negara. Mereka perlu berfikir dengan bijak untuk membandingkan pasukan mana yang lebih penting untuk disokong,” katanya.

Tambahnya ia mungkin memberi impak positif untuk pemain negara bangkit memberikan tentangan kepada lawan, malah pemain luar (Arsenal) memuji aksi pemain negara yang menggambarkan permainan Malaysia bagus pada separuh masa pertama.

“Gol mudah dan sepakan penalti pada peringkat awal mengubah permainan. Peminat perlu faham Malaysia adalah negara mereka namun bukan semuanya bersikap seperti itu kerana ia membabitkan sebahagian peminat saja,” katanya.
Rajagobal menggalas tugas berat petang ini untuk mengembalikan semula rentak sebenar permainan Harimau Malaya selepas aksi hambar menentang Arsenal sehingga diaib dengan kekalahan 4-0.


Berita selanjutnya : Harian Metro




24 comments:

al-lavendari said...

walaupun friendly match .. tapi kalau menang best gak kan ?

zella y said...

msti xde live kat astro kn??

monalea said...

ramai penyokong fanatik tu......
tapi tulah semangat kenegaraan tu kurang sikit. kalau indon....

blog-tips-kurus said...

sila sokong pasukan M'sia. :-)

mama wanie said...

dtg tgk baju kuning

blogwalking....target 50 jer uv...

zulkbo said...

salam..
kuning belang hitam kan?
kalau kuning saja nanti
bukan ke dalam stadium
koi takut ke "dalam" tu
je...he he

JunAina said...

jangan tersalah ambik baju kuning dah le...

apa pun cayokkk...cayokkk...malaysia...

gadisBunga™ said...

saya sokong harimau malaya.

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

kali ni (malaysia-liverpool) i sokong malaysia yun. tak sampai hati rakyat sendiri boo team sendiri. dulu2 malaysia sebenarnya pernah kalahkan arsenal w/pun pmainan persahabatan.

ozzy said...

Assalam..

Harap ramai yg beri sokongan pada pemain malaysia hari ni..pada penyokong liverpol diorg blh sokong liverpol balik pasni kan

Cik SHiNJU said...

Uncle Hamzah - kalau menang lagi bagus..naik sket moral pemain nak lawan Temasik nt.. Mane tau dpt main kat World Cup pasni... (brangan)

3 hari lepas Liberpul lawan Guangdong FC menang tipis 4-3 jer..Harap2 Malaysia boleh wat camtu gak..

Cik SHiNJU said...

Zella - Wallahualam... kalau buat live kat tb pun xpe kan...tiket dah byk laku tu...Lagipun kesian peminat2 yg dok jauh,xleh gi stadium..

Cik SHiNJU said...

mMoOnN aAlLeEaA - panjangnya nama..saya kopipes jer..huhuh...

Tulah,org kita mmg camtu..Tapi dorg pakai jer jersi Liberpul,dlm hati tetap ada Harimau Malaya... :)

Cik SHiNJU said...

blog-tips-kurus - baikkkkk :)

Cik SHiNJU said...

Mama Wanie - ujung minggu camni payah sket nak dapat 100uv kan.. kecuali buat n3 sal bola.. :)

Cik SHiNJU said...

Zulkbo San - W'salam... opkos ade belang... tp kala masuk dalam pun x le kena dera macam tahanan Israel.. Makanan pun mewah :)

Cik SHiNJU said...

JunAina - Kalau salah mmg kena bukak baju tgh crowd la jawabnya..kihkih :)

Cik SHiNJU said...

gB - saya pung! :P

Cik SHiNJU said...

AHP - Sama la...sbb bukan Arsenal yg main kan..kihkih :P

Tp frenly match jer pun.. harap xde yg amik serius smpai tahap boo bagai..

Cik SHiNJU said...

Sifu - harapnya gitulah... Mase training smlm kan dah bg sokongan ke Liberpul, arini pakai jersi Harimau Malaya la pulok..

Miecyber said...

Harap harap Malaysia tak kena belasah lagi...

OrangTasek said...

Walau koi penyokong liverpool.....tetapi koi takde feel nak sokong liverpool ketika mereka menentang malaysia di TANAH MELAYU!!!!! saya pakai malaysia training jersy jer mase tengok match tu...hehehe

Cik SHiNJU said...

Miecyber San - kali ni xkan punya... koi dah asapkan kemenyan 4 penjuru stadium tu... :P

Cik SHiNJU said...

Mr V - Semangat!! tahniah! :)