gambar : atok google
memberi tazkirah sesambil kami menyemak tafsir Al-Quran...
Nama beliau adalah Ustaz Abdullah Fatani...rasanya ramai
yang kenal kot...
Topik utama ialah 'SABAR' kami semak surah Al-Baqarah
ayat 155-157 sambil beliau menerangkan maksud ayat
secara terperinci..Pastu ke surah Al-Nahl, Al-Qasas dan
beberapa surah lain...Saya x bawak pen dan kertas...(sbb
tujuan utama nak baca tahlil).
Pastu kan,masa menyentuh tentang kesabaran Nabi
Musa.a.s,ustaz mengambil contoh sewaktu Firaun mengupah
seorang wanita untuk menfitnah Nabi Musa dengan mengaku
berzina dengan baginda.Nabi Musa a.s sangat sabar dan
sentiasa berdoa agar satu masa nanti kebenaran terbukti.
Akhirnya wanita itu berasa tidak sedap hati dan mengaku
bahawa Firaun telah mengupah beliau untuk menfitnah Nabi
Musa a.s. Moralnya,jika kita di pihak yang benar,bersabar
dan berdoalah.
Contoh kedua, isteri Nabi Muhammad s.a.w iaitu Saiyidatina
Aisyah telah difitnah berzina...Ustaz menggelarkan mereka
yang menfitnah wanita mulia itu sebagai golongan hipokrit
dan munafik.Kata ustaz, nak kata dorang kafir x boleh. Sebab
mereka mengucap dua kalimah syahadah dan mengakui
kerasulan Nabi Muhammad.Lainlah kalau mereka itu tidak
solat dan tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad..
Maka,jangan sewenang2nya mengkafirkan saudara
seagama!
Ustaz juga berpesan,carilah redha ALLAH dan bukannya
redha sesama manusia...redha ALLAH,kita x nampak
dengan mata kasar..Hasilnya kita akan nampak bila berada
di Padang Mahsyar kelak.Janganlah mengejar kesenangan
dunia yang sementara kerana ia hanya la secebis sahaja,
tidak setanding kesenangan yang bakal kamu perolehi di
akhirat kelak.Harta,pangkat dan gelaran semuanya akan
hilang dan musnah kecuali amalan kita.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Kamon la...bersatulah saudara seagamaku,demi
mempertahankan agamanu,bangsamu dan negaramu.
Yang beragama,betulkan mereka yang kamu kata kafir
itu...Gunakan pengetahuan agamamu untuk membimbing
saudara seagama.Bersengketa sesama sendiri bukanlah
bijak.Kasihanilah anak2 generasi akan datang.Jangan
biarkan todak melanggar untuk kali kedua...Kesian mereka
yg dilanda todak itu kerana bumi dipijak milik orang...
*** Mereka itu gentar bila dengar kita akan bersatu,
dan mereka akan memastikan itu tidak berlaku...Jangan
biarkan kita dipergunakan untuk kepentingan orang lain.
Telah banyak contoh kita lihat,bangsa yg musnah kerana
tidak bersatu.Mereka berpecah dan perpecahan itu memberi
kelebihan kepada musuh untuk menjajah mereka.Sedarlah
bangsaku sebelum terlewat.Hapuskan segala kebencian.
Selagi ada benci,hati kita takkan tenang.
29 comments:
Allahhh....Yun kakak bukan mengeluh kerana penat, tapi sedih kerana yg mahu bersatu hanyalah yg kecil tanpa kuasa tapi yg berada di atas dan punya kuasa berantakan, perebutan suara dan lalai hingga lupa yg jawatan disandang hanya seketika, tidak dapat nak bezakan yg mana sunnah, halal-haram:( langgar semacam je....
xfhm la knp yg 1 bangsa 1 agama xnk duk semeja...ego xtentu psl...tuduh menuduh sana sni...xkira la yg pkai baju coat atau yg pkai serban....xfhm dgn segelintir yg sanggup bersatu dgn bangsa lain tp nk duduk semeja nak berunding sikit pn payah....aissshhhhh....
btul sgt2 yun...mereka gentar kita bersatu tp mereka xkn benarkannya....
politik Malaysia di tahap memualkan...dan saya maksudkan kedua duanya-kerajaan & pembangkang.
Salam, masalah besor org islam kita hari ini bab bersatu nielah... bab lain tahan lagi :(
Bila masing-masing hendak menegakkan benang yang basah....
alhamdulillah, terfana seketika mambacanya n3 adik aku ni :)
tahniah yun!
bila usaha tuk bersatu disekat.....disekat dgn pelbagai cara...
betul la tu..jika kita dipihak yg benar..bersabar lah...berdoa lah... :)
Kakzakie - jom la kita mengeluh sesama..sbb kita orang kecil jek..hehehe...doalah semoga ape yg kita harapkan jadi kenyataan... bangsa kita bersatu..mual dh nengoknye.. berkelahi mcm budak2..kalau tgk siaran lgsung dr parlimen tu rase mcm tgh tgk budak2 tadika gaduh!
Zella - betul sgt2 komen zella tu... nape ngn bangsa lain kita boleh beralah tp benci sesama kita.. agama sama,budaya sama,bahasa sama...
Daddy Ziyyad - betul sgt2 tu.. hodoh org kita berpolitik..sampai menggadaikan masa depan generasi akan dtg...
Yassin San - W'slm... betul.. payoh betul nak bersatu.. dlm hati memasing tu dh bersarang rase benci..buat ape pun mmg xleh tima dah..
Mommy Fara - bagusnya 'teladan' yg dorg tunjuk kat anak2 generasi baru kan..
AHP - sekadar luahan perasaan.. nak lebih2 kang ilang pulop blog ni nt...
Mekasih..
nabilah - tiada ape yg menyekatnya kalau kita betul2 ikhlas nak bersatu.. ape saja tujuan yg baik ALLAH akan restu dan permudahkan.. tggal mahu atau tidak jer...
bersatu itu teguh... bercerai itu roboh... macammana nak bersatu kalau semua tak sependapat...walaupun seagama... semua pun taknak mengalah@ bersabar... nak tunjuk kuasa masing2...
satu
bersatu
persatuan
kesatuan
penyatuan
dwaty - selagi ade phd dalam hati...
salam..
ermmm..insaf koi baca..
moga aok sihat wehh..
Assalam..
Entah kenapa org melayu ni suka sgt bertelagah sesama sendiri tapi mudah pulak ikut tulunjuk bangsa lain..hmm x paham sungguh
Kadang kadang hilang sabar gak...
Grapevine singgah Miecyber's Blog
Karnival Silat,Pameran Ubat & Forum Perdana Anjuran PSGLM
SAYA NAK JADI PROTEGE JAMALUDDIN.NET
Hati Kering Membawa Maut
Ini lah yang menjadi penghalang dan mnjadi modal 'diorang' untuk menjatuhkan perpaduan kita.. itu lah PHD.. padahal sejarah telah membuktikan bahawa bangsa kita adalah bangsa yang paling bersatu.. dan kuat semgt antara kaumnya..
:) satu senyuman buat N3 yg best dari Yun...
Ustaz Mitos - bersatu demi agama... dok berpecah camni pun x untung... buat menambah dosa memasing jek..
Zulkbo San - W'slm... Alhamdulillah,sihat... balik kg ni..
musim duyan kan..huhuhu... koi x makan duyan...tumpang nengok jek...
Sifu - Waalaikumussalam... x paham gak.. bab berniaga pun sama... sggup ilmu hitamkan pesaing..kedai bangsa lain dia x usik pun.. dengki sesama bangsa..busuk sungguh la...
Miecyber San - koi ilang sabar ngn dedua pihak...sama naik jer.. x mboh nak bersatu...
ChipCoklat - sejarah membuktikan bangsa kita mmg kdg2 boleh membelot.. kalau tidak xkan portugis boleh masuk Melaka...
Ate - senyuman buat Ate gak... :)
Salam Perkenalan...
Nilah part paling sedih dalam bangsa seagamaku.. kenapa susah sangat nak bersatu???? Bila part gaduh, memang mudah... sejarah dah membuktikan bahawa perpecahan bangsa kita disebabkan oleh ketamakan kuasa.. takkan sejarah nak berulang lagi kot... hmmmmmmmm...
Post a Comment