Friday, July 29, 2011

Tazkirah ~ Seminit Sahaja..

www.7art-screensavers.com


SEMINIT SAJA 
 
Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid 
untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan! 

 Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun 
betapa singkatnya kalau kita melihat filem. 

betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun 
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat 
tanpa harus berfikir panjang-panjang. 

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun 
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa. 

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi 
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris. 

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun 
lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid 

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun 
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.
 
Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun 
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada 
saat terakhir untuk event yang menyenangkan. 

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun 
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain. 

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar 
namun 
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran. 


Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun 
betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema. 

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau 
 berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa. 


Betapa kita dapat menyebarkan seribu 
kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun 
kalau ada e-mail yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya, 
serta terus klik pada icon 
DELETE 


ANDA TERTAWA ...? atau ANDA BERfIKIR-fIKIR. ..?
Sebar luaskanlah 
 dan bersyukurlah kepada ALLAH, YANG MAHA ESA,PENGASIH
DAN PENYAYANG.







~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


n3 autopublish untuk seminggu ni..
Ada komitmen yg x dapat dielakkan..
Minggu depan saya ziarah balas..
TQ sudi singgah... :)





15 comments:

adrinaqamarina said...

betapa susahnya nak didik hati kita, didik diri kita :(

Aku Anak Pahang said...

Salam terima kasih berkongsi artikel yang bermanfaat utk kome yang sokmo leka nie.

nadia fatihah said...

betul,,manusia sah sangat lalai dengan duniawi.

Yunus Badawi said...

Salam Cik SHiNJU,

Terima kasih berkongsi peringatan w/p sekadar kopipes. Semoga kita diberi kekuatan utk mendekatkan diri kpd Allah.

Kakzakie Purvit said...

Kakak pun dapat e-mail ini Yun. Bagus sebagai peringatan walau kelihatan boleh tersenyum dgn cara ia disampaikan...

AzMaslenda said...

sharing is caring

zulkbo said...

salam..
alhamdulillah..
terima kasih tazkirahnya

Anonymous said...

Semuanya benar belaka. Kalau ke jalan Allah memang berat sikit ujiannya.

dwatyKNY said...

saya ngan entri saya hari ni... cuba ada kelainan sikit... jom singgah...

blog-tips-kurus said...

memang benar..

Iznie said...

syukran alaik...jazakillah ya ukhti. tazkirah yg berguna, insyaAllah...

ozzy said...

Assalam..

Kalau kita fikir mmg itulah hakikatnya..

p/s - Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak - semoga ibadah kita di bulan yg mulia ini diberkati

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

jazakallah khier...
t kasih yun...

Unknown said...

sama2 kita bermuhasabah diri.. :)

Aleen Aiden said...

woah,terkedu kejap.huuuuuuu