KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas)
berjanji akan membela nasib 5,000 peniaga di sekitar Kuala Lumpur yang menanggung
kerugian akibat perhimpunan haram, kelmarin. Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah
(gambar), berkata Ikhlas menyediakan perkhidmatan guaman percuma kepada peniaga
yang mahu memfailkan saman bagi menuntut kerugian daripada penganjur perhimpunan
haram itu. Katanya, peniaga hanya perlu membuat laporan polis berkenaan kerugian yang
dialami mereka dan datang kepada kami untuk tindakan selanjutnya. “Sehingga kini,
seramai 150 peniaga sudah membuat laporan polis dan kami menunggu lebih ramai
peniaga berbuat demikian,” katanya.
SUMBER : Metro Online
** Harap IKHLAS betul2 ikhlas membantu peniaga2 ni..Jangan sekadar nak
tunjuk hero dan dapatkan sokongan ahli persatuan jer yek..heheh :P
** Harap IKHLAS betul2 ikhlas membantu peniaga2 ni..Jangan sekadar nak
tunjuk hero dan dapatkan sokongan ahli persatuan jer yek..heheh :P
Credit to : pasarmalamtar.blogspot.com
*** Memang wajar peniaga2 yang terjejas ini menuntut gantirugi kerana kebanyakkan
yang terlibat adalah peniaga kecil termasuk peniaga pasar malam.Paling ramai
terjejas adalah peniaga Melayu.Dengan bulan ramadhan yg semakin hampir.sudah
tentu la mereka memerlukan wang yang lebih untuk membuat pelbagai persiapan.
Kerugian kesemua peniaga yang terjejas dianggarkan mencecah jutaan ringgit.
Tengok la Melayu...mengapa menganiaya sesama bangsa? Tak ada tempat lainkah
nak berdemonstrasi..Lenkali buat kat highway la.Xde kedai2 kat highway sana.Berarak
la dari Perlis ke Johor pun xpe...Kami boleh guna jalan lama..xde hal..Peace! :)
22 comments:
hurm.... tu la yun...tp dorang saman2 ni yg pihak lg 1 tu nk ke bayar??
Skrip yg sama setiap kali lepas perhimpunan haram/demo.
Masalahnya, yg sebelum2 ini punya tuntutan, dapat ke?
Terkadang banyak makna pepatah menanguk di air keruh nie :(
alamanda gak yang untung... semua lari p putrajaya... hehehehe
Hah, kan! Betul juga tu. Ini dibuatnya di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai senang kata kira macam ibu kota lah. Memang habislah semua peniaga-peniaga yang ada.
Berita gembira pada mereka yg terlibat..lain kali boleh buat lagi
p/s - nanti akan ada peniaga yg akan ambil kesempatan rugi seribu dia akan claim 10 ribu..mesti mau untung maa
patutnya yg sudah biar je lah...tap payahlah nak saman2 lagi....
singgah membawa hati, jiwa dan perasaan yang bersih. kebersihan sebahagian daripada iman.
bersihkan segala kekotoran. he3...
p/s- sesekali terfikir, dunia oh dunia!
saya pun nak wat tuntutan gak hehehhee
Moga jadi pengajaran pada semua..yang pasti lalulintas terutamanya menghala ke KL sesak yang amat 2 hari sebelum penganjuran demo ini...
oh bagus la...kerajaan memang prihatin...bukan ke rakyat di dahulukan... kata2 harus dikota kan.... ;)
Tuntutan yang perlu di tuntut...adakah ramai yang menuntut itu adalah di kalangan penuntut??pROpaganda pOlitik..heheheh...^^
http://groundnutsikacangtanah.blogspot.com/2011/07/tentang-bersih-20.html
nabilah - yang menyediakan khidmat percuma tu bukan kerajaan tapi sebuah pertubuhan peniaga2 kecil dan sederhana yang dipanggil 'ikhlas'.. so,undilah Ikhlas! :)
Kak Munna - yg sudah tu 'belum sudah' bagi peniaga yg terjejas teruk sabtu lepas... :)
banyak jugak kerugian deme nih....kesian la pulak! dpt ke gantirugi tu?
Errmm...
Video Karnival Silat ,Pameran Ubat & Forum Perdana Anjuran PSGLM
SALAM,
LETAKKAN DIRI KITA DALAM SITUASI MEREKA ! APA REAKSI KITA, AGAKNYA ?
salam..
duit tak pernah cukup
manusia nih..cepat je
nak ambik kesempatan..
realiti salah siapa?
sungguh hebat ekonomi peniaga2 sekitar bandaraya KL sekarang kerana di khabarkan beratus2 juta kerugian akibat kejadian tempohari. beratus juta keuntungan dalam satu hari terjejas?????? beratus juta??? hebat
eelobor - uik..sampai ratusan juta ker? serius? dgr aritu dlm jutaan ringgit jek..katanya sogo pun tutup hari tu..campur kedai2 sepanjang jalan yg ditutup tu...
peniaga pun satu juga .. bila rugi bukan main banyak lagi. tapi bila nak declare income tax tetiba jer tak berapa untung.
orang time ramai aritulah berniaga habisan-habisan. tak panadai amik peluang langsung. yang berarak tu bukan raksasa, rakyat malaysia yang lemah lembut je
Post a Comment