Tuesday, March 27, 2012

Hanya DIA.


Ya ALLAH...
Sesungguhnya aku minta petunjuk 
yang baik dariMU, Dengan ilmuMU..
Aku minta kekuatan dariMU,
Dengan kekuatanMU

Aku meminta dariMU,
Dari kelebihanMU yang banyak...

Maka sesungguhnya Engkau berkuasa,
Aku tidak berkuasa...

Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling
mengetahui perkara-perkara ghaib..

Ya ALLAH..
Jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini
baik untukku pada agamaku,duniaku dan kesudahan
urusanku buat masa kini dan masa yang akan datang,
Maka tentukannya untukku dan permudahkannya 
kepadaku...

Jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini
tidak baik untukku pada agamaku,duniaku dan
kesudahan urusanku buat masa kini dan masa
akan datang,
Maka elakkannya dariku dan elakkanlah
diriku daripadanya...

Tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja
aku berada..

Sesungguhnya
Engkau berkuasa di atas segala sesuatu...

AMIN.

14 comments:

Anum said...

sesungguhnya dia la segalanya

ctpayong said...

Doa solat Ishtikharah...Allah SWT penuh dengan pemberian yang melimpah-ruah.

Unknown said...

amin .. dan yakin serta tawakkallah kepadaNya.

Aku Anak Pahang said...

Salam semoga kita semua diberkatiNYA jua amin.

Cik SHiNJU said...

Anum - betul tu...Kita semua di dalam genggamanNYA, hati kita semua pun di dalam genggamannNYA...

Cik SHiNJU said...

ct - Iyer...berserah padaNYA adalah yg terbaik...DIA maha pengasih..

Cik SHiNJU said...

Uncle Hamzah - Tima kasih byk2 Uncle... Uncle byk bg nasihat berguna..InsyaALLAH,yun akan berjaya harungi semua ni..

Cik SHiNJU said...

Yassin San - W'salam...Amin..mudah-mudahan...tima kasih :)

zella y said...

bersabar,redha and tawakal..

amin...

Yunus Badawi said...

Amin.

Semoga kita menjadi hambaNya yg redha dan diredhai.

Azlan Strider said...

amin!!!semua yang datang adalah ujian dariNya.. :)

Regards,
-Strider-

Anonymous said...

Salam Cik Shinju,

Semoga diberi pertunjuk oleh Allah sebagaimana di pohon. Amin.

Mario said...

yep...redha tu penting...

arsenal dpt no3 not bad lah..

eelobor said...

Amin...