Monday, November 1, 2010

Penyakit Hipokrit ~ N3 Khas Untuk 'Kamu'

Salam..

Nukilan hati saya ni dah lama disimpan dlm folder..
Tapi hari ni rasa mcm nak share plak ngn kwn2..
Khas untuk seseorang yang suka menjatuhkan dan
memburukkan org lain hanya utk mendapatkan perhatian
dan menunjukkan kononnya dia lebih mulia....
Semoga dapat membuatnya mahu berfikir dan menggunakan
akal sebaiknya..N3 merepek ni kalau xmau baca pun xpe..






Penyakit Hipokrit

Sejenis penyakit yg sangat…sangat..bahaya kepada 
pengidapnya…Penyakit ini akan menyerang organ 
penting manusia iaitu hatinya…Pengidap akan menjadi 
seorang yang berpura-pura…Sentiasa mahu kelihatan 
sempurna di mata orang sekeliling untuk mendapatkan
 pujian dan sanjungan…Dan lebih teruk lagi supaya dia 
dibezakan dengan orang yang dirasakan pesaingnya…
Orang yang sentiasa dicemburuinya…Pesakit akan 
berpura-pura baik tapi di belakang pandangan orang lain 
hatinya penuh dengan hasad dengki,irihati dan 
memburukkan orang lain…Segala kebaikan yang 
dilakukan tidak pernah ikhlas…Hanya untuk 
dipandang mulia…

Begitu pentingkah penilaian manusia hingga kamu 
mengabaikan penilaian Yang Maha Kuasa?Kamu mampu 
menipu orang sekeliling kamu bahkan paling memalukan 
kamu menipu diri sendiri…Kamu tau kamu bukan orang 
yg sempurna tapi kamu berlagak sempurna di pandangan 
orang sekeliling kamu.Bila saja kamu bersendirian atau 
tidak berada di khalayak kamu akan kembali ke sikap 
asalmu itu..Bahagiakah jadi penipu seperti itu? 

photo : google

Pasti hatimu tidak tenang.Sentiasa perlu berpura-pura.
Kasihan..Kamu sedar dan tahu bahawa Allah yang maha 
berkuasa dan maha bijaksana itu sentiasa memerhatikanmu.
Dia maha mengetahui lahir dan batin kamu…Tapi kamu 
tidak peduli itu semua..kamu lebih pedulikan pandangan 
manusia sekeliling kamu yg semuanya adalah hamba Allah 
seperti kamu juga…


Jagalah pandangan Allah drpd menjaga pandangan 
sesama manusia…Ingatlah bahawa mereka juga hamba 
seperti kamu dan mereka tidak akan menolong kamu 
di hari pembalasan kelak.Setiap amalan kamu yg jujur 
dan ikhlas akan diberi ganjaran yang baik…Benar,amalan 
pura2 kamu itu akan dipuji dan disanjung di dunia ini 
oleh mereka di sekeliling kamu…Kamu akan dapat 
sanjungan yang mungkin juga pura-pura oleh mereka.


Kamu akan dilihat baik dan sempurna…Tapi yg 
lebih penting di hari pembalasan nanti…Itulah 
yg lebih penting…Allah maha mengetahui keikhlasan 
hati kamu…Kamu mungkin fikir kamu boleh 
memanipulasi penilaian orang lain terhadap kamu…Tapi 
tidak sekali2 boleh memanipulasi Pencipta kamu…

photo : google


Adakah kamu akan hidup selama-lamanya? 
Adakah kamu merasakan kamu tidak akan kembali 
menghadap Penciptamu? Bagaimana kamu akan 
berdepan dengan Penciptamu nanti?Jujurlah pada 
diri sendiri…Jadilah diri sendiri..Tidak perlu 
berpura-pura jika hatimu di dalam itu sakit dan 
merana…


Gunakanlah akal yang diberi olehNya dengan 
sebaik-baiknya…Tidak kira berapa akal yg kamu ada,
satu ataupun Sembilan akal…ianya tetap bermanfaat 
jika kamu gunakan akal pemberian ilahi itu sebaik-baiknya…
Begitu juga nafsu…Walaupun Sembilan nafsu yang 
kamu ada,tetap akan boleh dikawal jika kamu Berjaya 
menggunakan akal sebaiknya..Tetapi jika kamu gagal 
menggunakan Sembilan akal,ianya tidak mampu 
mengawal nafsu yang satu…

Allah maha kaya…Allah maha adil kepada semua 
hambanya…Jgn berasa teraniaya dengan fitrah 
yang dijadikan untuk kamu…Bersyukurlah kerana 
kita sebagai manusia masing-masing dikurniakan akal.
Jika kamu Berjaya  memanfaatkan akal itu,
InsyaAllah kamu akan bahagia di dunia dan akhirat…

Sebaliknya…jika tidak mahu dan tidak mampu 
menggunakan akal kurniaan ilahi itu,apa kata 
kamu dermakan kepada haiwan…kerana dalam 
dunia haiwan tidak ada manusia tetapi di dalam 
dunia manusia ada haiwan…
Bagaimana agaknya jika haiwan ada akal??


photo : google



Yang Tidak Sempurna,

26 comments:

Abu Uwais said...

mmg lumrah manusia ada yg perangai mcm 2

piewahid said...

kdg2 org gunakan kemahiran hipokrit ni utk mengejar hajat di hati. ampu sana, ampu sini, boss plk makan bodek...

abis la jawabnya...

p/s mana itu cik kembang setaman, lama tak nampak?

zella y said...

wah..siap ni yun??
xpela..biar siapa pon identiti "kamu" itu..harap2 lps ni..sedar2 la...

zulkbo said...

salam..
aok maroh ke koi
ke nih???

sahromnasrudin said...

salam shin ju..sebenarnya entri ini utk kawan baik awak ke jiran awak ke rakan blog awak ke seseorang yang pernah awak sayangi?? apepun, semoga Allah SWT terus merahmati awak ya...

Aku Anak Pahang said...

Moralnya sifat ini amat tidak bagus usah diamalkan kalau ada campokkan aje kedalam sungai Pahang te. Koi pun hamun menkala ande org pesen nei:)

Admin said...

salam...
itulah manusia, payah kita tau apakah tujuan dan matlamat hidup ini...moga Allah melindungi kita dari segala kejahatan dunia dan akhirat amin

Unknown said...

huh! mmg sy pun xske org mcm ni

kAseh Abdul Aziz said...

cerita kita sama hari ni.."hipokrit". perlu atau tidak? saya sndiri musykil~

azzey said...

cik Shinju: kaki hipokrit ni besenya yg sker kipas pun iya juga....

slm ziarah!

Mario said...

semoga kita2 dijauhkan dgn pangai camni...

Relevan said...

Lain macam saja entri kali ini..antara sesama yang rapat yang tak rapat..ramai yang Hipokrit..seeloknya sumbat dalam konkrit je..

Cik SHiNJU said...

Jey - kalau pangai tu x menyusahkan org xpe..ni mmg sah2 menyusahkan dan menyakitkan org...susah kita nk ubah selagi dia x berfikir sdiri btl ke tindakan dia tu.. :)

Cik SHiNJU said...

Piewahid San - setuju secircle suara..nak ampu ke bodek ke buat la,tp jgn jatuhkan org lain..kita xleh ubah sikap org melainkan dia berfikir dan muhasabah diri..

CK bz kot..Tp blog dia update jer cuma x bw dah..xde masa gaknye..Last jumpe dia thn 2007..huhuh..

Cik SHiNJU said...

Zella - heheh..mujur ade belog..nak tego depan2 payah,jenis org yg rase diri sdiri sentiasa btl ni payah... :)

Cik SHiNJU said...

Abg Zul - W'salam...heheh..manade..
X marah sesape..cuma tego jer.. :D

Cik SHiNJU said...

Sahrom San - W'salam..bkn kwn baik,bkn rakan blogger,bkn org yg pernah disayang..cuma kenalan jer..
Dah penat diburuk2an..Sabo jelah!

Amin..Tima kasih.. :)

Cik SHiNJU said...

Abg Yassin - Mmg sifat yg sgt2 tdk bagus,menjatuhkan org utk kepentingan sdiri..Campok ke Sg Hudson kat Amerika nu la..Campok Sg Phg kang terjumpe plak mase mandi sungai sok..huhhu :P

Cik SHiNJU said...

Ustaz Mitos - Betul sgt2 tu..Amin..tima kasih :)

Cik SHiNJU said...

Irfan - sape2 pun xkan suke org pangai camtu..Org mcm tu mmg xkan berubah kecuali dgn kesedaran sdiri..

Cik SHiNJU said...

Kaseh Mirha - berpura2 tdk perlu walau dgn cara ape pun..Lbh2 lg klu menjatuhkan org lain..Jadi diri sdiri lbh bagus.. :)

Cik SHiNJU said...

Azzey - W'salam..jenis kipas2 ni lg bahaya..sesambil kipas dia cantas org lain yg dirasakan saingan.. :@

Cik SHiNJU said...

Mario - mintak simpang malaikat 44..huhuh

Cik SHiNJU said...

Relevan San - Sumbat dlm konkrit pun x slamat gek,nt polis jumpe..alangkan yg kena bakar pun polis dpt kesan.. :P

Admin said...

sabar dengan ujian tuhan,sebab ragam orang berbagai,itu yang kutempuhi setiap hari

Cik SHiNJU said...

Kau Dan Teksi - Thanks..mmg takat ni saya sabar lg..abes marah pun tulis dlm diari jer..mgkin bila share kat blog ni dapat share pgalaman kwn2..komen2 anda semua amat membina.. :)