Nukilan hati saya ni dah lama disimpan dlm folder..
Tapi hari ni rasa mcm nak share plak ngn kwn2..
Khas untuk seseorang yang suka menjatuhkan dan
memburukkan org lain hanya utk mendapatkan perhatian
dan menunjukkan kononnya dia lebih mulia....
Semoga dapat membuatnya mahu berfikir dan menggunakan
akal sebaiknya..N3 merepek ni kalau xmau baca pun xpe..
Penyakit Hipokrit
Sejenis penyakit yg sangat…sangat..bahaya kepada
pengidapnya…Penyakit ini akan menyerang organ
penting manusia iaitu
hatinya…Pengidap akan menjadi
seorang yang berpura-pura…Sentiasa mahu kelihatan
sempurna di mata orang sekeliling untuk mendapatkan
pujian dan sanjungan…Dan
lebih teruk lagi supaya dia
dibezakan dengan orang yang dirasakan
pesaingnya…
Orang yang sentiasa dicemburuinya…Pesakit akan
berpura-pura baik
tapi di belakang pandangan orang lain
hatinya penuh dengan hasad dengki,irihati
dan
memburukkan orang lain…Segala kebaikan yang
dilakukan tidak pernah
ikhlas…Hanya untuk
dipandang mulia…
Begitu pentingkah penilaian manusia hingga kamu
mengabaikan penilaian Yang Maha Kuasa?Kamu mampu
menipu orang sekeliling kamu bahkan paling
memalukan
kamu menipu diri sendiri…Kamu tau kamu bukan orang
yg sempurna tapi kamu berlagak sempurna di pandangan
orang sekeliling kamu.Bila saja kamu
bersendirian atau
tidak berada di khalayak kamu akan kembali ke sikap
asalmu
itu..Bahagiakah jadi penipu seperti itu?
photo : google
Pasti hatimu tidak tenang.Sentiasa
perlu berpura-pura.
Kasihan..Kamu sedar dan tahu bahawa Allah yang maha
berkuasa dan maha
bijaksana itu sentiasa memerhatikanmu.
Dia maha mengetahui lahir dan batin
kamu…Tapi kamu
tidak peduli itu semua..kamu lebih pedulikan pandangan
manusia
sekeliling kamu yg semuanya adalah hamba Allah
seperti kamu juga…
Jagalah
pandangan Allah drpd menjaga pandangan
sesama manusia…Ingatlah bahawa mereka
juga hamba
seperti kamu dan mereka tidak akan menolong kamu
di hari pembalasan
kelak.Setiap amalan kamu yg jujur
dan ikhlas akan diberi ganjaran yang baik…Benar,amalan
pura2 kamu itu akan dipuji dan disanjung di
dunia ini
oleh mereka di sekeliling kamu…Kamu akan dapat
sanjungan yang mungkin
juga pura-pura oleh mereka.
Kamu akan dilihat baik dan sempurna…Tapi yg
lebih
penting di hari pembalasan nanti…Itulah
yg lebih penting…Allah maha mengetahui
keikhlasan
hati kamu…Kamu mungkin fikir kamu boleh
memanipulasi penilaian orang
lain terhadap kamu…Tapi
tidak sekali2 boleh memanipulasi Pencipta kamu…
photo : google
Adakah kamu akan hidup selama-lamanya?
Adakah kamu merasakan
kamu tidak akan kembali
menghadap Penciptamu? Bagaimana kamu akan
berdepan
dengan Penciptamu nanti?Jujurlah pada
diri sendiri…Jadilah diri sendiri..Tidak perlu
berpura-pura jika hatimu di dalam itu sakit dan
merana…
Gunakanlah akal yang
diberi olehNya dengan
sebaik-baiknya…Tidak kira berapa akal yg kamu ada,
satu
ataupun Sembilan akal…ianya tetap bermanfaat
jika kamu gunakan akal pemberian
ilahi itu sebaik-baiknya…
Begitu juga nafsu…Walaupun Sembilan nafsu yang
kamu
ada,tetap akan boleh dikawal jika kamu Berjaya
menggunakan akal
sebaiknya..Tetapi jika kamu gagal
menggunakan Sembilan akal,ianya tidak mampu
mengawal nafsu yang satu…
Allah maha kaya…Allah maha adil kepada semua
hambanya…Jgn
berasa teraniaya dengan fitrah
yang dijadikan untuk kamu…Bersyukurlah kerana
kita sebagai manusia masing-masing dikurniakan akal.
Jika kamu Berjaya memanfaatkan akal itu,
InsyaAllah kamu akan
bahagia di dunia dan akhirat…
Sebaliknya…jika tidak mahu dan tidak mampu
menggunakan akal
kurniaan ilahi itu,apa kata
kamu dermakan kepada haiwan…kerana dalam
dunia
haiwan tidak ada manusia tetapi di dalam
dunia manusia ada haiwan…
Bagaimana
agaknya jika haiwan ada akal??
photo : google
Yang Tidak Sempurna,

26 comments:
mmg lumrah manusia ada yg perangai mcm 2
kdg2 org gunakan kemahiran hipokrit ni utk mengejar hajat di hati. ampu sana, ampu sini, boss plk makan bodek...
abis la jawabnya...
p/s mana itu cik kembang setaman, lama tak nampak?
wah..siap ni yun??
xpela..biar siapa pon identiti "kamu" itu..harap2 lps ni..sedar2 la...
salam..
aok maroh ke koi
ke nih???
salam shin ju..sebenarnya entri ini utk kawan baik awak ke jiran awak ke rakan blog awak ke seseorang yang pernah awak sayangi?? apepun, semoga Allah SWT terus merahmati awak ya...
Moralnya sifat ini amat tidak bagus usah diamalkan kalau ada campokkan aje kedalam sungai Pahang te. Koi pun hamun menkala ande org pesen nei:)
salam...
itulah manusia, payah kita tau apakah tujuan dan matlamat hidup ini...moga Allah melindungi kita dari segala kejahatan dunia dan akhirat amin
huh! mmg sy pun xske org mcm ni
cerita kita sama hari ni.."hipokrit". perlu atau tidak? saya sndiri musykil~
cik Shinju: kaki hipokrit ni besenya yg sker kipas pun iya juga....
slm ziarah!
semoga kita2 dijauhkan dgn pangai camni...
Lain macam saja entri kali ini..antara sesama yang rapat yang tak rapat..ramai yang Hipokrit..seeloknya sumbat dalam konkrit je..
Jey - kalau pangai tu x menyusahkan org xpe..ni mmg sah2 menyusahkan dan menyakitkan org...susah kita nk ubah selagi dia x berfikir sdiri btl ke tindakan dia tu.. :)
Piewahid San - setuju secircle suara..nak ampu ke bodek ke buat la,tp jgn jatuhkan org lain..kita xleh ubah sikap org melainkan dia berfikir dan muhasabah diri..
CK bz kot..Tp blog dia update jer cuma x bw dah..xde masa gaknye..Last jumpe dia thn 2007..huhuh..
Zella - heheh..mujur ade belog..nak tego depan2 payah,jenis org yg rase diri sdiri sentiasa btl ni payah... :)
Abg Zul - W'salam...heheh..manade..
X marah sesape..cuma tego jer.. :D
Sahrom San - W'salam..bkn kwn baik,bkn rakan blogger,bkn org yg pernah disayang..cuma kenalan jer..
Dah penat diburuk2an..Sabo jelah!
Amin..Tima kasih.. :)
Abg Yassin - Mmg sifat yg sgt2 tdk bagus,menjatuhkan org utk kepentingan sdiri..Campok ke Sg Hudson kat Amerika nu la..Campok Sg Phg kang terjumpe plak mase mandi sungai sok..huhhu :P
Ustaz Mitos - Betul sgt2 tu..Amin..tima kasih :)
Irfan - sape2 pun xkan suke org pangai camtu..Org mcm tu mmg xkan berubah kecuali dgn kesedaran sdiri..
Kaseh Mirha - berpura2 tdk perlu walau dgn cara ape pun..Lbh2 lg klu menjatuhkan org lain..Jadi diri sdiri lbh bagus.. :)
Azzey - W'salam..jenis kipas2 ni lg bahaya..sesambil kipas dia cantas org lain yg dirasakan saingan.. :@
Mario - mintak simpang malaikat 44..huhuh
Relevan San - Sumbat dlm konkrit pun x slamat gek,nt polis jumpe..alangkan yg kena bakar pun polis dpt kesan.. :P
sabar dengan ujian tuhan,sebab ragam orang berbagai,itu yang kutempuhi setiap hari
Kau Dan Teksi - Thanks..mmg takat ni saya sabar lg..abes marah pun tulis dlm diari jer..mgkin bila share kat blog ni dapat share pgalaman kwn2..komen2 anda semua amat membina.. :)
Post a Comment