Sunday, October 9, 2011

Jangan Sampai Muflis...


Assalamualaikum...
Hadith dari Abu Hurairah ra,
Satu hari Nabi saw bertanya kepada para sahabat,
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”

Jawab sahabat,  
“Orang yang muflis itu wahai Rasulullah ialah orang yang habis hartanya dan perkakas rumahnya untuk membayar hutang dan belum juga selesai, sehingga ia tidak punya harta dan perkakas rumah lagi.”

Sabda Nabi saw,  
“Bukan macam tu. Sebenarnya orang yang muflis ialah mereka yang datang pada hari qiamat dengan sembahyangnya yang cantik, dengan zakatnya yang cukup, dengan puasanya yang penuh; tetapi ia telah memaki ini, menuduh itu, memakan harta ini, menumpahkan darah itu, memukul ini. Maka dibayarkan untuk semua itu dari hasanat-hasanatnya. Kemudian bila telah habis segala pahalanya sebelum selesai membayar tanggungan hutangnya, maka diambilkan pula dosa-dosa orang yang diganggunya itu dan ditanggungkan kepadanya. Kemudian dilemparkan dia ke dalam neraka.”.
 (Riwayat Muslim dan Tirmizi)





~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Seram tengok orang yang merasakan dirinya mulia
dan sempurna lalu mengata peribadi orang lain
dengan lantangnya.Tak kira la kalau orang yang
dikata itu memang perangainya buruk,Hanya ALLAH
yang berhak mengadili hambanya.Entah2 orang yang
dikata itu lebih mulia dr kamu disisiNYA tapi
luarannya nampak buruk.

Andai kata la kan,yang dikata itu orang yang kita
tak pernah jumpa pun,macammana caranya kita
nak minta maaf?? Dosa tetap dosa yer kawan2
sekalian.

Di Padang Masyar kelak,berlaku la 'pemindahan akaun'... 
Dia ambil segala pahala kamu dan kamu pula ambil segala 
dosa2 orang yg kamu kata itu.Kamu muflis!!!  
Neraka la tempatnya.Nauzubillah!



Untung jadi orang terkenal macam ahli politik dan
artis kot.Ramai orang 'mulia' yang mengata2.
Ada perbezaan antara 'menegur untuk kebaikan' 
dan 'mengata di belakang'.


Jangan sampai muflis di Padang Mahsyar.
Jaga akaun masing-masing.










(Peringatan untuk diri sendiri...)












26 comments:

al-lavendari said...

memang terlalu banyak cabaran dan gangguan untuk kekalkan akaun kita tidak merah.

fatin said...

amik iktibar di pagi jumaat...x nak la jadi mcm tuh ;)

Anonymous said...

Mengumpatlah yg paling senang menjadikan manusia muflis di sana nanti. Sama2lah kita mengelaknya.

Kuasai Minda said...

Sebab itu, hanya ALLAH yang layak menilai hambaNya. Kita hanya mampu memerhati, dan menilai. Jika baik, ikuti, jika buruk, hindari. Namun, kekadang ada yang perlu ditegur. Andai ada yang menegur, bukan bermakna mengata kepada kita, sebaliknya ingin membetulkan apa yang silap supaya kita menjadi lebih baik...

Prince Halilintar said...

pengajaran dan peringatan yg bermakna di hari jumaat ni..=)

faraherda.razalan said...

Mslhnya, mrk tak sedar yg mereka sbnrnya lebih byk bt dosa dr yg terang-terangan nmpk mcm bt dosa....

Kakzakie Purvit said...

Allah.... Yun takut betul kakak. Bimbang amalan kita sekadar membayar dosa-dosa dan akhirnya "0" dihari perbicaraan kelak. Na'uzubillah....

zella y said...

btul tu yun...
takut sgt jd mcm ni....
kata org xigt2 kan..nanti muflis kat akhirat...
minta dijauhkan....

thanks for sharing...

AzMaslenda said...

Terasa takut.. mungkin banyak jugak mencalarkan hati orang lainkan..

Anum said...

perkongsian yang menarik

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

terima kasih sudi berkongsi peringatan.
insya-Allah kita sama2 ambil pengajaran

Mario said...

thanks utk ingatan ni...

Azlan Strider said...

hehe..betul2..banyak cara nak bagi account tu still generate pahala walaupun kita da xde macam wakaf atau derma even menurunkan ilmu yang baik terhadap seseorang pun kita still dapat pahala selagi orang tu practice..hehehe.. :)

Regards,
-Strider-

So Shy Lady (SSL) said...

adehhh... takutnya muflis. jom lah byk cari klemahn dr sndiri drp cari klemahn org lain

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Memang rasa gerun rasanya bila fikir nanti di Padang masyar kita akan diperiksa setiap apa yang kita lakukan baik merupakan kebaikan atau kejahatan. Bimbang jadi muflis kerana dosa berkaitan dengan manusia

kella said...

subhanallah... minta jauhkan.. betul la byk kelemahan diri dari segi itu kan! teriam ksih berkongsi info berguna ini...

Qamaruls said...

sungguh bagus post dari saudari ini. huhuhu

Nizam Awang Brahim said...

Bersame lah kite penuhkan akaun masing2

Miecyber said...

Semuga kita semua tidak muflis dunia & akhirat...

Kantoi

zulkbo said...

salam..
moralnya..berbelanjalah
ikut kemampuan..ye dok..?

Hanis MY said...

Lovely entry...

Aku Anak Pahang said...

Miskin donia takpe lagi jgn miskin disana... semoga menjadi iktibar bersama TQ

shameel Iskandar said...

Terima kasih ats entry yg padat dan sarat dgn mesej kerohanian.
muflis diakhirat, itulah yg ditakuti dan digeruni.

Tapi dalam islam juga dibenarkan utk mendedahkan keburukan seseorg atas maslahah-maslahah tertentu. Terutamnya dgn itu dpt menyelamatkan org lain dari terkena tempiasnya. ini bertepatan dgn maqasid syariah.

contohnya kita dibenarkan mendedahkan ttg kepalsuan sesebuah ajaran yg disampaikan oleh seseorg ustaz atau penceramah. mmg terdapat ustaz tertentu yg gemar membawa cerita dongeng dan hadis palsu dlm ceramah, maka kita dibenarkan utk mendedahkan meskipun terpaksa mengaibnya sebab maslhahnya lebih besar dari mudaratnya. ini kerana penyebaran kisah palsu spt kisah israiliyat akan menyabakab ajaran islam tercemar. manakala hadis palsu pula akan membawa dosa yg besar kpd org yg mempercayainya.lagi teruk Nabi SAW menegaskan dalam hadisnya yg bertaraf mutawatir " sesiapa yg berdusata atas namaku maka tertempahlah tempatnya di dalam neraka."

Begitu juga dgn mendedahkan kesesatan gerakan tarekat tertentu yg menyebarkan ajaran Nur Muhammad. Itu bukan hanya dibolehkan tapi diwajibkan.

Tidak juga dinamakan fitnah andainya kita menentang teori rahsia tarikh lahir yg dibawa oleh pakar2 motivasi tertentu. sebab jelas dan terbukti, rahsia ramalan itu diambil dari sumber2 yg bertentangan dgn agama, antaranya dari kitab tajul muluk. Dalam soal ini mendedahkan adalah perlu.

Tapi dlm persoalan dosa2 peribadi, kita sepatunya menutup aib org tersebut. contohnya dlm kes minum arak or berzina. seeloknya kita tutup sebab ia hanya memudaratkan si pelaku dan tidak memudaratkan org ramai.

lainlah jika si kaki penzina itu tiba2 ingin mengahwini org yg kita kenali, dibenarkn kita dedahkan utk keselamtan org tersebut.

sepatu said...

makasih banyak gan artikelnya...

sabree hussin said...

kalau dah muflis masa dekat akhirat nanti.. apa pun tak boleh nak buat

ozzy said...

hati-hati dgn perbuatan kita masa di dunia ni